Robinho Dihukum Penjara 9 Tahun Kerana Melakukan Serangan Seksual

Bekas penyerang Machester City, Real Madrid dan AC Milan, Robinho telah dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara setelah didapati bersalah kerana melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita Albania yang berumur 22 tahun di disko Milanese pada 2013.

Berdasarkan laporan Football Italia, serangan berlaku pada 22 Januari 2013, ketika pemain kelahiran Brazil itu bermain bersama AC Milan. Terdapat lima lelaki lain juga didapati bersalah dalam kes itu.

Laporan itu menjelaskan bahawa Robinho yang berumur 33 tahun akan berpeluang mengelakkan hukuman apabila sistem undang-undang Itali membenarkan “beberapa tahap rayuan” sebelum sebarang hukuman dikuatkuasakan.

Robinho kemudian membuat satu kenyataan mengenai Instagram, seperti diterjemahkan oleh David Rivers Daily Star:

“Dalam laporan berita yang membabitkan Robinho, pada dasarnya berlaku beberapa tahun yang lepas, kami telah mengesahkan bahawa Robinho telah mempertahankan dirinya menentang pertuduhan tersebut dan mengatakan dia tidak terlibat dalam kejadian tersebut. Semua langkah undang-undang telah diambil mengenai keputusan ini sebagai permulaan.”

https://www.instagram.com/p/Bb2NoCBDa_E/

Robinho kini beraksi bersama Atletico Mineiro di Brazil kembali ke Brasileiro Serie A selepas satu tempoh yang singkat dengan pasukan Liga Super China, Evergrande Guangzhou pada 2015.

Robinho juga telah dituduh merogol seorang pelajar universiti di sebuah kelab malam di Leeds pada Januari 2009. Satu pengumuman telah dibuat pada bulan April tahun itu, bahawa dia tidak akan menghadapi pertuduhan itu.

Kehebatan Pemain Bernama Robinho Atau New Pele

Suatu ketika dahulu telah muncul seorang pemain muda yang berbakat besar lagi hebat yang pernah menggegarkan dunia bola sepak bernama Robson de Souza atau lebih dikenali sebagai Robinho.

Robinho sepeti pemain Brazil yang lain terkenal dengan kawalan bola yang menakjubkan, power menggelecek dan tajam di depan gol. Dek kehebatannya itu pada usia 21 tahun beliau dipancing kelab gergasi Eropah Real Madrid.

Pada tahun 1999, di usia 15 tahun Robinho secara peribadi telah dipilih oleh Pele, pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman sebagai penggantinya.

Zaman kejatuhannya bermula selepas menyertai Manchester City pada tahun 2008. Pada musim pertama segalanya bermula dengan baik apabila Robinho muncul penjaring terbanyak City dengan 14 gol dan penjaring ke-4 terbanyak di Premier League.

Pada musim keduanya segalanya bertukar menjadi igauan ngeri apabila Robinho mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama 3 bulan. Musim kedua di City Robinho hanya bermain 12 perlawan dan menjaringkan satu gol.

Robinho mula kehilangan tempat di City dan mahu berpindah kerana hanya dengan bermain kesebelasan utama sahaja cara untuk beliau mendapat tempat di skuad Brazil untuk Piala Dunia 2010.

Robinho kemudiannya dipinjamkan ke Santos sebelum berhijrah ke AC Milan dan cemerlang di musim pertama tetapi terus gagal untuk kembali ke prestasi asalnya pada musim berikutnya akibat kecederaan.

Selepas di AC Milan, Robinho kembali ke Santos pada 2014 dan ke Guangzhou Evergrande pada 2015 untuk bersama Felipe Scolari dan Paulinho. Rabinho yang sentiasa cemerlang di musim pertama, merangkul gelaran juara Chinese Super League pada 2015.

Pada 11 Febuari 2016 Robinho telah diikat selama dua tahun oleh Atlético Mineiro sehingga kini.

Kini Robinho sudah berusia 33 tahun, jika dilihat pada potensi yang ada, Robinho boleh dikatakan agak mengecewakan kerana gagal memenuhi potensi walaupun telah diangkat sebagai new Pele oleh Pele sendiri.

Ya, Pele sendiri mengangkat Robinho sebagai penggantinya bukan seperti Messi Terengganu, Neymar Kedah dan Safawi Rasid Sepanyol (Asensio) yang dilabel oleh media.

Saksikan video Kehebatan Pemain Bernama Robinho Atau New Pele Suatu Ketika Dahulu.

Baca Juga

Baca Juga