Rodrigo Possebon Bekas Pemain Manchester United Dalam Radar Kelantan

Selepas berjaya untuk kekal dalam Liga Super untuk musim 2018, di bawah Presiden KAFA yang baru Kelantan giat mencari pemain bagi memperkuatkan pasukan dari Pantai Timur itu untuk kembali membari saingan tahun hadapan.

Bekas pemain tengah Manchester United, Rodrigo Posesebon yang beraksi di bawah era kegemilangan Sir Alex Ferguson pada tahun 2008 hingga 2010 merupakan pemain import yang kini berada dalam radar The Red Warriors.

Rooney pernah membuat trial bersama TRW namun direject.

Panel pengurusan kejurulatihan Kelantan, Syed Abdullah Syed Mahmood menyatakan bahawa portfolio pemain dari Brazil itu mampu menarik minat penonton khususnya peminat Manchester United ke stadium.

Adakah anda peminat Manchester United akan hadir ke stadium untuk menyaksikan Possebon? Ke tak kenal Possebon?

Possebon dalam radar

Menurut Syed Abdullah lagi seperti yang dipetk dari Utusan beliau tidak dapat mengesahkan perkara ini namum mengakui Possebon berada dalam radar dan hanya Puan Bibi yang dapat mengesahkan kehadiran pemain ini.

“Saya tidak dapat mengesahkan perkara itu cuma apa yang boleh saya katakan, Possebon kini berada dalam radar Kelantan dan kami berminat mengikat pemain itu untuk jangka masa panjang kerana umurnya baru 28 tahun.

“Hanya Presiden Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) Bibi Ramjani (Ilias Khan) boleh mengesahkan sama ada Kelantan benar-benar akan mengambil pemain ini selepas menerima laporan daripada panel pemilihan.

“Panel pemilihan terdiri daripada jurulatih sementara (Sathit Bensoh), Setiausaha Agung (Hus­sin Deraman) dan empat lagi, termasuk saya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kelantan Ikat Import dari Korea Selatan Do Dong Hyun

Presiden Baharu Persatuan Bola Sepak Kelanta (KAFA), Puan Bibi Ramjani kini semakin aktif dalam mencari pemain, selepas mengikat S. Pogba Venood, pemain import kelahiran Korea Selatan pula menjadi taruhan terbaru.

Do Dong Hyun merupakan bekas pemain UiTM FC yang berkaki dua itu telah diikat kontrak selama dua tahun untuk berbakti bersama The Red Warriors.

Pembelian pemain berusia 23 tahun itu adalah untuk memperkasakan jentera tengah TRW dan bakal bergandingan dengan Gomis serta Pogba Malaysia, S. Venood.

“Ya, Dong-hyun kini pemain import pertama di bawa masuk Kafa untuk memperkuat Kelantan sebenar tadi. Dia akan menyarung jersi TRW selama dua musim,” kata Puan Bibi kepada mStar Online.

Untuk rekod Do Dong Hyun pernah bersama skuad kebangsaan Bawah 20 tahun (B-20) Korea Selatan pada 2011 dan kelab bola sepak India, East Bengal pada musim 2015-2016.

Lihat aksi Do Dong Hyun yang dikatakan persis Messi tapi apa kata kita gelarkan Dong Hyun sebagai Son Heung-min Kelantan kerana sudah terlalu banyak Messi.

Baca Juga

Baca Juga