Roma Haramkan Pemainnya Bergambar Dengan Drake Hingga Habis Musim

Kelab Serie A Italy, AS Roma telah melarang dan mengharamkan semuanya pemainnya daripada mengambil gambar bersama penyanyi tersohor dunia, Drake sehingga penghujung musim ini.

Drake telah membawa sial dan malang buat pemain atau atlet yang pernah bergambar dengannya. Pembawa sial macam Fasha Sandha dalam drama Natasha di zaman dulu kala.

Aubrey Drake Graham atau Drake berasal dari Kanada merupakan seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, pelakon, penerbit dan juga seorang usahawan serta tidak pernah menyertai Akademi Fantasia.

Pasukan yang menjadi mangsa terbaru adalah Paris Saint-Germain yang telah mengalami kekalahan memalukan 1-5 kepada Lille sekaligus menangguhkan lagi kejuaraan Ligue 1.

Kekalahan ini telah mencatatkan rekod :

1. Kekalahan terbesar di Ligue 1 sejak 2010.
2. Pertama kali bolos 5 gol di Perancis sejak 2000.
3. Kekalahan terbesar dalam semua pertandingan sejak kalah 6-1 kepada Barcelona di Champions League.

Sebelum perlawanan pemain pertahanan Paris Saint-Germain, Layvin Kurzawa telah memuat naik gambar beliau berswafoto bersama Drake menjelang perlawnaan menentang Lille.

Paris Saint-Germain yang hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan telah dibelasah tanpa belas.

Sial Drake kepada pasukan bola sepak bermula apabila beliau bergambar bersama Jordan Sancho dan kemudian Borussia Dortmund telah dibelasah Bayern Munich 5-0.

Kemudian Arsenal pula tewas kepada Everton dalam perlawanan yang memilukan selepas Pierre-Emerick Aubameyang juga telah bergambar bersama Drake.

Selepas itu Sergio Aguero telah bergambar dengan penyanyi itu lalu, Manchester City telah tumpas dikaki Tottenham Hotspur di Champions League.

Lantaran itu Roma yang percaya dengan sumpahan Drake telah mengambil keputusan larangan bergambar dengan Drake sehingga penghujung musim ini.

Sumpahan Drake ini juga bukan setakat kepada bola sepak malah telah lama membawa kepada sukan dan atlet lain. Bola sepak baru je terkena sumpahan.

Pasukan bola keranjang Kentucky gagal menang sebarang gelaran sejak 2012 dan Toronto Raptors gagal ke final dalam tempoh setahun antara pasukan yang dikaitkan dengan sumpahan Drake.

Antara kekalahan yang dikaitkan dengan sumpahan Drake :

2013: Kentucky tewas kepada Wisconsin (bola keranjang).

2014: Heat tewas kepada Spurs (bola keranjang).

2015: Serena Williams tewas kepada Roberta Vinci (tenis).

2016: Johnny Manziel tersingkir dari NFL (American Football).

2018: Conor McGregor tewas kepada Khabib Nurmagomedov (UFC).

2019: Alabama tewas kepada Clemson (College Football).

Drake dilihat berjalan bersama Conor McGregor ketika pertarungan di UFC 229 dan Mcgregor tewas kepada Khabib Nurmagomedov.

Perlawanan American Football peringkat Universiti juga tidak terlepas dari Sial Drake apabila Alabama tewas kepada Clemson pada Januari lalu selepas dilihat memakai baju Alabama.

Drake ke ni?

Nasib baik ni gambar 2016. Harap ada efek lagi.

Baca Juga

Baca Juga