Pemilik Chelsea Roman Abramovich telah mengesahkan bahawa beliau akan menjual kelab bola sepak Chelsea dan akan melupuskan hutang peribadi beliau kepada kelab yang bernilai hampir $2 Bilion.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Roman Abramovich melalui laman sesawang rasmi Chelsea FC selepas beliau dikaitkan sebagai penyokong kuat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine lantaran hubungannya yang rapat dengan Vladimir Putin.
Sebelum ini Roman Abramovich telah menyerahkan kelab untuk diuruskan oleh yayasan Chelsea untuk mengelakkan pertikaian pemilikan beliau dengan konflik yang terjadi antara Ukraine dan Rusia.
Roman Abramovich bukan sahaja tidak akan mengambil balik pinjaman daripada Chelsea bernilai $2 bilion malahan keuntungan bersih penjualan Chelsea akan disalurkan dan didermakan kepada mangsa perang di Ukaraine melalui yayasan amal yang akan ditubuhkan.
Statement from Roman Abramovich.
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 2, 2022
Namun kebimbangan tetap ada kemungkinan Chelsea bakal diharamkan untuk terus beraksi di Eropah maka Abramovich mengambil keputusan untuk menjual Chelsea melalui kenyataannya:
“Saya ingin menangani spekulasi di media sejak beberapa hari lalu berhubung pemilikan saya terhadap Chelsea FC. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hati saya sentiasa mengambil keputusan yang terbaik untuk kepentingan Kelab. Dalam keadaan semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menjual Kelab, kerana saya percaya ini adalah demi kepentingan terbaik Kelab, peminat, pekerja, serta penaja dan rakan kongsi Kelab.
–
Penjualan Kelab tidak akan terjadi dengan pantas tetapi akan mengikut proses yang sepatutnya. Saya tidak akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik. Ini tidak pernah mengenai perniagaan atau wang untuk saya, tetapi tentang semangat murni serta kegahirahan untuk bola sepak dan Kelab. Selain itu, saya telah mengarahkan pasukan saya untuk menubuhkan yayasan amal di mana semua hasil bersih daripada jualan akan didermakan. Yayasan itu akan menjadi untuk manfaat semua mangsa perang di Ukraine. Ini termasuk menyediakan dana kritikal untuk keperluan mendesak dan segera mangsa, serta menyokong kerja pemulihan jangka panjang.
–
Harap maklum bahawa ini adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat, dan saya berasa sakit untuk berpisah dengan Kelab dengan cara ini. Walau bagaimanapun, saya percaya ini adalah demi kepentingan terbaik Kelab.
–
Saya berharap saya akan dapat melawat Stamford Bridge buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua secara peribadi. Menjadi sebahagian daripada Chelsea FC merupakan satu keistimewaan seumur hidup dan saya berbangga dengan semua pencapaian bersama kami. Kelab Bola Sepak Chelsea dan penyokongnya akan sentiasa berada di hati saya.”
–
Terima kasih,Roman
Kenyataan asal
I would like to address the speculation in media over the past few days in relation to my ownership of Chelsea FC. As I have stated before, I have always taken decisions with the Club’s best interest at heart. In the current situation, I have therefore taken the decision to sell the Club, as I believe this is in the best interest of the Club, the fans, the employees, as well as the Club’s sponsors and partners.
–
The sale of the Club will not be fast-tracked but will follow due process. I will not be asking for any loans to be repaid. This has never been about business nor money for me, but about pure passion for the game and Club. Moreover, I have instructed my team to set up a charitable foundation where all net proceeds from the sale will be donated. The foundation will be for the benefit of all victims of the war in Ukraine. This includes providing critical funds towards the urgent and immediate needs of victims, as well as supporting the long-term work of recovery.
–
Please know that this has been an incredibly difficult decision to make, and it pains me to part with the Club in this manner. However, I do believe this is in the best interest of the Club.
–
I hope that I will be able to visit Stamford Bridge one last time to say goodbye to all of you in person. It has been a privilege of a lifetime to be part of Chelsea FC and I am proud of all our joint achievements. Chelsea Football Club and its supporters will always be in my heart.
–
Thank you,Roman