Bagi peminat bola sepak Inggeris adalah sangat alapek rakaz sekiranya anda tidak mengenali pemilik kelab Chelsea yang merupakan antara orang terkaya dunia.
Kisah anak yatim piatu yang dijaga oleh saudara dekat dan kini adalah seorang ahli pelaburan, ahli perniagaan & ahli politik yang berjaya.
Permulaan
Roman Arkadievich Abramovich dilahirkan pada 24 Oktober 1966 di Saratov, Rusia. Ibunya meninggal pada ketika usianya hanya berusia 2 tahun.
Ayahnya pula meninggal dalam satu kecelakaan di tapak industri selepas 2 tahun pemergian ibu yang dikasihi lagi disayangi.
Pendidikan
Sejak pemergian kedua ibu bapanya Abramovich diasuh oleh ibu saudaranya di Lithuania. Bersekolah di Institut Industri di Ukhta. Selepas pengajian beliau berkhidmat sebagai tentera soviet.
Setelah menakbur bakti kepada negara dan bangsa Rusia dia kembali menyambung pembelajaran di Institut Transportasi Negara di Moscow. Pengajian jangka pendek.
Did you know that as of 2008, Roman Abramovich was the 15th richest person in the world with a net worth of over $23B. pic.twitter.com/c6CQsIUKrj
— Ogechukwu Onye Life (@kingsleynovich) January 14, 2020
Mungkin sekadar sijil MLVK tahap satu.
Menjadi trend di Malaysia pelajar universiti dropout & mengusahakan perniagaan online di Facebook. Sehingga kini masih mengemaskini status kejayaan di wall masing-masing.
Abramovich merupakan seorang yang sangat tekun dalam apa bidang yang diceburi. Membawa beg plastik menjual mainan itik getah dari rumah ke rumah serta di jalanan.
Begitulah logiknya Pakistan di Malaysia berniaga karpet dari rumah ke rumah sehingga mampu memiliki kedai perabot sendiri.
Jangan sampai satu hari warga negara luar membuat seminar usahawan karpet bermodalkan RM30 dan beriklan di Facebook.
Perniagaan
Sebenarnya Abramovich telah menimba ilmu perniagaan minyak sejak dalam perkhidmatan tentera. Di sini dapat kita ketahui fakta perang adalah minyak. Namun Abramovich tidak berperang ketika penglibatan beliau dalam kententeraan.
Berbalik kepada perniagaan itik getah beliau. Isteri pertamanya adalah Olga. Olga juga seorang peniaga jalanan & juga seorang mekanik di sebuah kilang tempatan.
Setelah melakukan bermacam-macam perniagaan, Abramovich dan isterinya telah berjaya menubuhkan syarikat membuat anak patung.
Anak patungnya laku keras.
Roman Abramovich – former Ryssian plastic duck maker until he got his teeth into Russian oil wealth with the help of alcoholic Boris Yeltsin – is now worth $9.3 billion and is investing heavily in New York property. He owns Chelsea football club. Does he have Putin's ear too?
— Arthur O'Connor #FBPE (@Chantepoule) April 27, 2018
Pada awal 1990-an Abramovich telah menubuhkan lebih kurang 20 syarikat dan melakukan perniagaan ladang babi, tayar celup, pengawal keselamatan dan lain-lain lagi.
Biasalah perniagaan kadang ada surut naik. Begitulah juga Abramovich menutup banyak syarikatnya pada tahun tersebut serta bercerai dengan isteri pertamanya Olga.
Dari tahun 1992 hingga 1995, Abramovich telah menubuhkan lima syarikat baru yang menjalankan perniagaan jualan semula, menghasilkan barangan pengguna dan trading.
Dia belum puas dengan perniagaan biasa-biasa. Lalu menghadiri seminar Perdagangan Minyak.
Roman Abramovich started his first business of selling plastic ducks. Now in various sectors like oil, steel, gold, real estate and yachts.
— Allen Bert (@allen_bert) April 24, 2015
Dalam sedap ada malangnya. Beliau ditangkap & dipenjarakan kerana kes kecurian harta kerajaan. Kes minyak bernilai jutaan Rubles.
Namun setel tepi. Susah nak cerita. Baca sini habis sini.
Pada usia 30-an Abramovich telah kaya & berjaya. Beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah timur Chukotka. Kekayaan yang melimpah ruah membolehkan beliau membina semula kawasan miskin & membelanjakan wang sebanyak £112 juta.
Namun lain pula di sebuah negara kecil yang mana pemimpinnya memberi BRIM. Syukur.
Bukan sekadar perniagaan minyak. Abramovich kaya dengan perniagaan aluminium. Bukan kutip tin minuman, pijak-pijak timbang kilo. Kuasa politiknya & duduk semeja dengan Vladimir Putin.
Dicop merasuah & kontroversi hangat yang lain adalah perkara biasa bagi Abramovich. Apatah lagi dikecam di Facebook.
Bola Sepak
Pada bulan Jun 2003, Abramovich menjadi pemilik kelab bola sepak Chelsea. Abramovich mahu Chelsea segera memulakan pembangunan komersial, dengan tujuan untuk menjadikannya satu jenama antarabangsa yang setanding dengan Manchester United dan Real Madrid.
Bermulalah era pembelian pemain & sailang-menyailang. Waktu ini ramai peminat dari kelab Manchester United beralih arah menyokong Chelsea. Tak malu!
Di bawah Abramovich dapat kita saksikan Chelsea mula menjadi sebuah kelab yang sepower Pedas Linggi FC.
Talking to @forbes about Roman Abramovich’s cash-rich attendance-light relationship with Chelsea https://t.co/mlNAIxkR2v
— PriceOfFootball (@KieranMaguire) January 8, 2020
Kini Chelsea hanya perlu menang untuk beberapa permainan sahaja lagi untuk digelar sebagai Juara Liga Inggeris 2016/2017.
Itu lah kepoweran seorang yang bernama Roman Arkadievich Abramovich & merupakan orang kedua terkaya yang menetap di United Kingdom.
Kekayaan
Menurut Senarai Billionaire Forbes bagi tahun 2016, Abramovich berpendapatan bersih berjumlah $7.6 bilion & menjadikan beliau orang terkaya ke-13 di Rusia dan manusia ke-151 terkaya di dunia.
Motivasi The Sukan
- Mula dari bawah
- Jangan berhenti belajar sebab berjaya buat duit online RM2K
- Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
- Jangan sibuk pergi banyak seminar tapi tiada satu pun tindakan
- Jangan cepat putus asa
- Usaha lagi, doa lagi & tawakkal lagi
- Rezeki tidak pernah salah alamat
Sumber
- Wiki
- Sembang kedai kopi