Rombak Skuad Man Utd, Ini Pula 5 Muka Baharu Di Dalam Radar Erik Ten Hag

Secara teknikal, Erik ten Hag hanya akan memulakan tugas sebagai pengurus baharu Manchester United bermula 1 Julai 2022.

Bekas pengendali Ajax itu bagaimana pun kini sudah berada di Old Trafford sejak beberapa minggu lalu, setelah tugasan beliau di Liga Belanda selesai.

Jelas, ada banyak ‘kerja’ yang perlu dilakukan oleh Ten Hag sebelum memulakan pra musim. Antaranya merombak skuad Manchester United secara besar-besaran.

Beberapa pemain seperti Edinson Cavani, Juan Mata dan Nemanja Matic sudah mengesahkan akan meninggalkan Old Trafford.

Beberapa pemain lain seperti Jesse Lingard, Anthony Martial, Eric Bailly, Phil Jones turut bakal menyusul – bergantung kepada bidaan oleh kelab-kelab yang berminat.

Tidak kurang tujuh sehingga 10 pemain bakal meninggalkan kelab yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu pada musim panas ini.

Tetapi siapakah pemain lain yang bakal dibawa masuk oleh Ten Hag?

Antony dos Santos (Ajax Amsterdam)

(Photo by MIGUEL MEDINA / AFP)

Hilang khidmat Mason Greenwood, ini bermakna Erik ten Haag akan mengalami kekurangan di posisi sayap kanan apabila mengambil alih Manchester United pada musim panas ini.

Buat masa ini, Ralf Rangnick terlalu bergantung harap kepada pamain muda dan produk akademi, Anthony Elanga di posisi tersebut.

Dan sekiranya Ten Haag mahukan seorang pemain yang berpengalaman dan mampu memberikan impak segera, maka Anthony dos Santos dianggap sebagai pemain yang sesuai.

Di bawah kendalian Ten Haag bersama pasukan Ajax pada musim ini, Anthony dos Santos telah menghasilkan 12 gol dan 10 assist – ia adalah profil pemain yang amat diperlukan oleh United pada ketika ini.

Jurrien Timber (Ajax Amsterdam)

(Photo by PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)

Ia bukan menghairakan sekiranya Ten Haah turut akan memborong beberapa pemain lain dari Ajax bersamanya untuk menyertai Manchester United pada musim panas akan datang.

Dan salah seorang pemain yang dimaksudkan adalah pemain pertahanan Ajax berusia 20 tahun, Jurrien Timber.

Timber dilihat sebagai seorang bek sayap kanan moden yang mampu bertahan dan melakukan serangan – standard yang gagal dipenuhi oleh Diago Dalot dan Aaron Wan-Bissaka di United setakat ini.

Usianya yang muda dan harga sekitar £30 juta, ini juga bermakna Timber boleh menjadi pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi untuk United.

Darwin Nunez (Benfica)

(Photo by CARLOS COSTA / AFP)

Jentera serangan Manchester United selepas ini mungkin tidak lagi diketuai oleh Cristiano Ronaldo. Bintang portugal itu dianggap sudah berada di penghujung karier – tatkala Ten Haag lebih berminat membina sebuah pasukan United yang baharu.

Gaya permainan Ronaldo juga dikhabarkan tidak sesuai dengan corak permainan pressing yang diterapkan oleh jurulatih dari Belanda itu. Ini bermakna seorang pemain berdarah muda dan laparkan gol diperlukan oleh United pada musim hadapan.

Kerana itu United turut dikaitkan dengan penyerang Benfica yang berasal dari Uruguay, Darwin Nunez.

Berusia 22 tahun, Nunez tampil garang bersama Benfica pada musim ini apabila sudah menghasilkan 33 gol daripada 39 penampilan untuk kelabnya setakat ini.

Pau Torres (Villarreal)

Pemain centre-back Villarreal, Pau Torres telah berjaya mencuri perhatian kebanyakan kelab-kelab gergasi di benua Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dikenali sebagai ‘ball-playing centre-back’ dan beliau merupakan pemain terpenting yang membantu Villarreal menjuarai saingan Europa League pada musim lalu.

Kemampuan pemain berusia 24 tahun itu untuk membawa bola dan melakukan build up membantu jentera serangan sememangnya cukup menakjubkan.

Secara purata, beliau mampu melakukan 58 hantaran dalam setiap perlawanan sepanjang tahun 2021 yang lalu, dan beliau juga mempunyai kemampuan yang sangat mengagumkan dalam memenangi perebutan bola di udara.

Tackle bukanlah kelebihan utama yang dimiliki oleh Pau Torres, namun dengan kebijaksanaan dan kemahiran beliau melakukan hadangan, ia sudah cukup untuk menutupi kelemahan beliau itu.

Torres baru-baru ini turut mengesahkan tidak akan kekal bersama Villareal. Adakah Old Trafford bakal menjadi rumah baharu buat pemain ini?

Frenkie de Jong – €70 juta

Frenkie de Jong merupakan antara pemain penting yang membantu Ajax untuk mara sehingga peringkat separuh akhir saingan Champions League musim 2018/19 ketika di bawah kendalian Ten Hag.

Gergasi Belanda itu berjaya menyingkirkan Real Madrid dan Juventus pada ketika itu dan mereka juga hampir sahaja untuk mara ke pentas perlawanan akhir.

Barcelona kemudiannya mengeluarkan dana bernilai €86 juta pada penghujung musim tersebut, untuk menandatangani Frenkie de Jong.

Pemain central midfielder itu merupakan antara pemain midfield terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau sangat selesa bergerak baik dengan bola mahupun tanpa bola dan beliau juga boleh berfungsi di posisi attacking midfielder jika diperlukan.

Pada musim lalu, De Jong tidak menyembunyikan kekecewaannya sering tersisih dari kesebelasan utama Barcelona.

Keutamaan De jong ialah untuk beraksi di Champions League. Ia boleh menjadi penghalang untuk Man Utd mendapatkan pemain ini.

Namun kemungkinan untuk pemain ini bergabung kembali dengan Ten Hag juga tidak boleh disisihkan, apabila jurulatih tersebut dikhabarkan sedang berusaha memujuk pemain itu untuk ke Old Trafford.

Kebarangkalian akan digandingkan semula dengan Donny Van de Beek seperti ketika di Ajax, dan kedudukan kewangan Barcelona memungkinkan perpindahan ini bakal berlaku.

Baca Juga

Baca Juga