Romelo Lukaku Mahir Menggunakan Lapan Bahasa Utama Dunia

Romelo Lukaku akhirnya berjaya mendapatkan semula rentak dan aksi mantapnya ketika bersama Inter Milan.

Beliau sering memanaskan bangku simpanan ketika bersama setan merah dan tidak mendapat minit permainan yang cukup.

Jadi beliau tidak mendapat rentak aksi sebenarnya ketika bersama setan merah berbanding dengan kecemerlangan yang ditunjukkan ketika bersama Inter Milan.

Romelo Lukaku berjaya menjaringkan 17 gol dari 25 penampilan di Serie A. Dengan aksi mantap yang dipersembahkan, para peminat kembali mengangkat Lukaku sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia.

Selain mempunyai kehebatan sebagai seorang penyerang yang mampu menjaringkan gol dengan bergaya. Lukaku juga mempunyai bakat luar biasa di luar padang.

Pemain berusia 26 tahun itu fasih dalam bertutur dalam pelbagi bahasa. Beliau mahir menggunakan lapan bahasa utama dunia.

Beliau antara pemain yang bijak dan cepat belajar. Mungkin Lukaku mengamalkan pemakanan kismis minda.

Selepas menyertai Inter Milan, Lukaku terpaksa untuk mempelajari bahasa Itali. Selepas dua bulan setengah, beliau sudah fasih berbahasa Itali dan mampu untuk menjalani temu bual penuh dalam bahasa itu.

Halangan bahasa sering menjadi tugas yang menakutkan bagi seorang pemain bola sepak termasuk sebahagian besar penduduk dunia. Tetapi ternyata tidak untuk Lukaku.

Menurut ESPN, kebiasaan untuk orang Belgium, mereka dibesarkan di tanah airnya dengan boleh berbahasa Perancis di rumah dan Flemish di sekolah.

Lukaku juga boleh berkomunikasi dengan saudara-mara Kongo beliau di Lingala menggunakan bahasa a Bantu.

Bahasa itu sering dituturkan di seluruh bahagian barat laut Republik Demokratik Kongo dan sebahagian besar Republik Kongo.

Lukaku juga boleh bertutur dalam bahasa English, Spanish, Portuguese dan Jerman, walaupun beliau tidak pernah beraksi secara profesional di tiga negara yang tersenarai.

Penguasaan bahasa Portugisnya mengejutkan ramai pihak. Ketika di Piala Dunia 2018, Lukaku melakukan keseluruhan wawancara pasca perlawanan dalam bahasa itu selepas kemenangan Belgium ke atas Brazil di peringkat suku akhir.

Pemain yang serba serbi berbakat dan sesuai untuk menjadi seorang role model yang terbaik.

Terdapat juga pemain yang sukar untuk mahir menggunakan dua bahasa. Sergio Aguero antara yang sukar untuk berbahasa Inggeris apa lagi menjalani sesi temu ramah dalam bahasa itu.

Beliau hanya boleh bertutur dalam bahasanya sahaja walau sudah bersama pasukan Inggeris sejak dari tahun 2011 lagi.

Selain Aguero, Gareth Bale juga mengalami masalah yang sama dengan kesukaran beliau untuk menguasai bahasa Sepanyol walau sudah bersama Real Madrid sejak 2013.

Para pemain lain sepatutnya belajar menjadi seperti Lukaku yang memudahkan perhubungan komunikasi dengan mampu bertutur dalam banyak bahasa.

BACA:  Conte Anggap Tuchel Tidak Pandai Menggunakan Kelebihan Lukaku