Ronaldinho Dedah Samada Beliau Sengaja Atau Tidak Melemaskan Seaman di Piala Dunia 2002

Piala Dunia 2002 yang berlangsung di buat negara Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun meninggalkan banyak kenangan dan kontroversi serta jaringan-jaringan menakjubkan dan membuatkan penonton tersenyum puas.

Antara detik itu adalah lakonan Rivaldo, ketika Rivaldo menunggu bola di penjuru padang untuk mengambil sepakan penjuru, pemain Turki Hakan Unsal telah menyepak manja bola ke arah penyerang Brazil tersebut.

Dramatiknya, bola tepat mengenai peha Rivaldo namun dek kepantasan berfikir, Rivaldo merebahkan diri sambil menutup muka, memperlihatkan seolah-olah bola tersebut dirembat ke mukanya.

Ronaldo ‘ori’ mencium trofi yang belum pernah dicium Messi atau CR

Kontroversi mutu pengadilan antara ketika perlawanan Korea Selatan menentang Portugal, Italy dan Sepanyol menyaksikan pasukan Eropah kandas di kaki Korea Selatan.

Ronaldo original dari Brazil pula telah mencuri perhatian dunia dengan potongan rambut ala si Pekan dalam cerita batu belah batu bertangkup telan lah aku makan lah aku.

Potongan rambut yang dicukur hampir keseluruhan kepala dan hanya ditinggalkan sejemput di bahagian depan itu kekal menjadi antara potongan rambut yang teruk dalam sejarah bola sepak dunia.

Gol Ronaldinho vs Seaman

Sudah 18 tahun Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun berlalu, namun gol hasil jaringan Ronaldinho yang berjaya melemaskan David Seaman dengan bola lob masih segar dalam ingatan.

Pada ketika ini Ronaldinho sedang meningkat naik untuk menjadi pemain terbaik dunia lagi menghiburkan dengan skilnya yang bersahaja serta manis leting dengan senyuman yang terukir di bibir.

Gol hasil jaringan Ronaldinho itu telah memberi inspirasi kepada Brazil untuk melepasi England di saingan suku akhir Piala Dunia pada tahun 2002.

Dalam perlawanan itu Ronaldinho telah menjaringkan gol serta membuat bantuan gol untuk Brazil menewaskan England dengan keputusan 2-1.

Adakah percubaan daripada Ronaldinho itu untuk terus menjaringkan gol atau sekadar mencuba nasib?

Ronaldinho mengimbas dan mengenang kembali gol sepakan percuma yang berjaya melemaskan David Seaman sambil mendedahkan niat sebenarnya ketika sebelum menjaringkan gol yang begitu epik sekali.

“Aku tengok Lelaki Laut(Seaman) berada di luar garisan. Lebih kurang dalam 5 meter. Aku apa lagi terus target ke gawang la, walaupun bukan ke situ sebenarnya sasaran bola.” Dedah Ronaldinho.

Melihat kepada kedudukan Seaman yang sedikit keluar dari posisi terbaik, Ronaldinho menghidu peluang untuk memaksa Seaman melakukan kesilapan dan panik untuk kembali ke posisi.

“Apa aku mahu lakukan sebenarnya mahu membuatkan David si Lelaki Laut(David Seaman) terdesak dan mungkin akan tergelecoh(tersadung) ketika kembali ke gawang.”

“Itu merupakan satu gol terhebat dalam perlawanan yang agung untuk Brazil di Piala Dunia.”

Tidak cukup dengan sumbangannya itu dengan satu gol yang epik dan satu bantuan gol, Ronaldinho telah mengutip kad merah untuk menambahkan rencah dan drama dalam perlawanan suku akhir itu.

Ronaldinho terlepas perlawanan separuh akhir kerana penggantungan kad merah namum bermain kembali di final dan membantu Brazil menjulang Piala Dunia kelima mereka.

Ronaldinho menganggap aksinya dalam perlawanan menentang England antara moment paling rare dalam kariernya ketika itu dan kemenangan ke atas England menjadi pemangkin kepada keyakinan Brazil.

“Aku buat bantuan gol, menjaringkan gol, dan juga dibuang padang. Jarang-jarang la aku dibuang padang sebab aku suka senyum. Menewaskan Belgium juga sangat sukar, tetapi menewaskan England satu titik tolak kerana menaikkan keyakinan.”

“Orang ramai sudah jangka kami akan ke perlawanan akhir Piala Dunia kerana kebanyakkan pasukan pilihan terlah terkeluar awal.”

Pada Piala Dunia 2002 di Korea dan Jepun menyaksikan Brazil muncul juara buat kali kelima dalam sejarah kejohanan selepas menewaskan Jerman 2-0 di perlawanan akhir.

Dalam edisi ini banyak pasukan pilihan tersingkir awal menyaksikan dua pasukan bawah anjing(Underdog) iaitu Turki dan pasukan tuan rumah Korea Selatan ke separuh akhir.

Dalam Piala Dunia 2002 ini juga banyak keputusan pengadil yang meragukan sehingga ada pasukan pilihan yang tersingkir awal seperti Italy.

BACA:  Drama Comeback Penuh Kegilaan Young Boys 2 Gol Dan 3 Kad Merah Di Masa Kecederaan