Ronaldo Beri Ucapan Motivasi Kepada Pemain United Sebelum Mereka Bedal Newcastle

Cristiano Ronaldo beri ucapan motivasi kepada para pemain Manchester United sebelum mereka bedal Newcastle 4-1 di Old Trafford malam semalam.

Hal itu telah disahkan sendiri oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang mengakui penandatanganan baru kelab itu memang ada berikan ucapan motivasi sebelum perlawanan bermula.

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan 4-1 setan merah membedal Newcastle, pengurus dari Norway itu mendedahkan kepada MUTV yang pemain berusia 36 tahun itu telah memberi sedikit ucapan motivasi kepada para pemain di hotel kurang 24 jam sebelum perlawanan bermula.

Selepas menunjukkan ciri kepimpinan di luar padang, Ronaldo membuktikan pula kemampuan luar biasanya di atas padang dengan meledak dua gol dalam perlawanan tersebut.

Dua gol jaringan Ronaldo dan satu gol jaringan dari Bruno Fernandes dan Jesse Lingard sudah cukup untuk membantu Manchester United mencatatkan kemenangan 4-1 menewaskan Newcastle.

Kejayaan Ronaldo menjaringkan gol dalam perlawanan debutnya membuat seluruh stadium beremosi dan bergembira meraikan gol tersebut.

Ibu beliau sendiri turut dilihat begitu beremosi meraikan gol jaringan Ronaldo, dengan gambarnya yang dilihat dalam keadaan terharu tular di media sosial selepas tamat perlawanan.

“Kembalinya saya ke Old Trafford merupakan satu peringatan ringkat tentang mengapa stadium ini dikenali sebagai The Theatre of Dreams.”

Tulis Ronaldo di laman instagram miliknya.

“Bagi saya, ia sentiasa menjadi tempat yang magis yang mana kamu boleh capai segalanya yang kamu tanamkan dalam fikiran kamu.”

Pengurusnya turut memberikan pujian yang menggunung atas persembahan Ronaldo dalam perlawanan tersebut, dan beliau turut memberi penjelasan tentang deria yang dimiliki oleh pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu ketika berada di dalam kontak penalti.

“Dia berhak untuk itu.”

Jawab Solskjaer ketika beliau ditanya tentang ‘Ronaldo mania’ yang meraikan debut legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu.

“Atas apa yang sudah dia lakukan untuk kelab ini dan untuk apa yang sudah dia lakukan dalam kariernya.”

“Dia ada bakat yang, ‘saya perlu tampil bagus untuk kekal jadi yang terbaik’. Dia berkembang sebagai pemain. Dia sebenarnya lebih aktif dan lebih banyak terlibat dengan build up berbanding aksi dia sebelum ini.”

“Ia memang tak mudah selepas rehat antarabangsa, ia tak pernah mudah dengan jangkaan yang diletakkan padanya, kamu tahu Cristiano kembali pulang dan kamu ada skuad yang kamu perlu bersaing untuk masuk. Saya rasa kami sudah lakukan yang terbaik.”

Di usia 36 tahun 218 hari, Cristiano Ronaldo menjadi pemain paling tua yang menjaringkan dua gol dalam saingan Premier League, sejak kali terakhir dilakukan oleh Graham Alexander yang beraksi untuk Burnley pada April 2010 di usia 38 tahun 182 hari.

Cristiano Ronaldo juga turut menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah yang berjaya menjaringkan lebih 30 gol setahun sejak 15 tahun lalu.

Selain Ronaldo yang berjaya mencipta sejarah baru Premier League, rakan sepasukannya Paul Pogba turut cemerlang mencipta sejarah baru dalam saingan EPL, selepas mencatatkan tujuh assists dari empat perlawanan awal liga.

United selepas ini bakal kembali menyaksikan aksi Ronaldo di pentas yang lebih besar, dengan mereka bakal beraksi bertemu Young Boys dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League minggu hadapan.

Manchester United bakal kembali memulakan saingan liga pada 19 September nanti dengan mereka bakal berkunjung ke London Stadium untuk beraksi bertemu West Ham.

Para peminat tentunya tidak sabar untuk melihat apa lagi yang bakal Cristiano Ronaldo persembahkan dan berapa banyak lagi rekod yang akan beliau pecahkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Varane Laung Amaran: "Manchester United Ada Kualiti Untuk Menjulang UCL"