Ronaldo Block TransferMarkt Selepas Melihat Nilai Perpindahannya Turun

Cristiano Ronaldo nyata tidak berpuas hati dengan nilai perpindahan yang diberikan kepada beliau oleh TransferMarkt lalu tanpa segan silu dan teragak-agak telah memblock akaun Instagram rasmi TransferMarkt.

TransferMarkt memberi penilaian kepada harga pemain berdasarkan prestasi dan bererapa lagi faktor lain di mana sistem mereka memantau nilai pasaran yang sentiasa naik dan turun.

Setahun yang lalu Ronaldo yang berusia 35 tahun tidak gembira dengan nilai perpindahan yang diberikan TransferMarkt kepada beliau yang ternyata semakin menurun.

Pada masa itu Ronaldo telah menjaringkan 21 gol dalam 21 perlawanan Serie A temasuklah gol yang dijaringkan dalam 11 perlawanan berturut-turut.

Ronaldo telah diberikan nilai perpindahan sebanyak £67.5 juta dan mengalami penyusutan nilai berbanding £88 juta yang dibayar Juventus untuk mendapatkan beliau dari Real Madrid pada tahun 2018.

Pada ketika itu dengan nilai £67.5 juta, Ronaldo berada ditangga yang ke-37 dalam senarai pemain termahal dunia dan situasi itu nyata tidak menyenangkan hati Ronaldo.

Seorang pengguna Twitter telah menangkap layar aktiviti Instagram Transfermarkt di mana mereka mengakui bahawa Ronaldo telah menekan butang block ke atas akaun mereka.

“Kami tidak boleh menanda Ronaldo kerana beliau telah menyekat kami selepas melihat nilai pasaran.”

Terkini nampaknya Ronaldo tidak akan unblock akaun TransferMakt selepas dinilai pada harga €60 juta dan berada di senarai ke-63 walaupun menjaringkan 26 gol dalam 29 perlawanan.

Ronaldo jugak tidak mampu lagi untuk menyekat akaun TransferMarkt untuk kali kedua walau sebenci mana beliau dengan harga terbaru ini.

Pada usia 36 tahun, nilai €60 juta sangat tinggi bagi pemain veteran dan sama nilai dengan Robert Lewandowski yang menjadi pemain terbaik dunia FIFA Disember lalu.

Lionel Messi pula berada di tangga ke-22 senarai pemain termahal dunia dengan harga yang agak tinggi, €80 juta. Sebab tu Ronaldo mengamuk dari tahun lepas ni.

Pemain muda sensasi yang berasal dari Perancis, Kylian Mbappe merajai takhta selaku pemain termahal dunia di pasaran mengikut penilaian TransferMarkt pada harga €180 juta.

Rakan sepasukan Mbappe, Neymar mengekor rapat dengan harga €128 juta dan Erling Braut Haaland dinilaikan pada harga €110 juta dan jika Dortmund mahu lepas pasti harganya lebih tinggi.

Sementara itu bintang Premier League, Sadio Mane, Mo Salah, Harry Kane dan Kevin De Bruyne masing-masing berkongsi nilai yang sama iaitu €120 juta.

Mungkin Ronaldo sudah lupa bahawa beliau sudah berumur 36 tahun dan dengan harga tersebut rasanya tiada kelab yang mahu membelinya lagi dengan situasi sekarang.

Faktor umur antara faktor penting yang diambil kira dalam penentuan nilai perpindahan.

BACA:  Tindakan Ronaldo Tunduk Menutup Muka Bantu Parma Jaringkan Freekick