Ronaldo Buka Jersi Raikan Gol Kemenangan, Namun Gol Itu Dibatalkan

Cristiano Ronaldo membuka jersi kerana meraikan gol yang beliau fikir gol kemenangan untuk Juventus, namun sayangnya ia dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Beliau berjaya menyumbat gol di minit akhir permainan, dan meraikan gol itu dengan penuh kegembiraan, namun kegembiraan beliau tidak kekal lama selepas pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut.

Bintang handalan Portugal itu masuk sebagai pemain gantian ketika aksi perlawanan pembukaan Juventus bertemu Udinese awal pagi tadi.

Beliau berjaya menanduk masuk bola hantaran cantik dari Federico Chiesa di minit akhir masa kecederaan permainan untuk membantu Juventus menewaskan Udinese 3-2.

Dek kerana beliau berjaya menjaringkan gol di minit akhir permainan, tentunya Ronaldo gembira kerana gol tersebut membantu skuadnya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan liga.

Beliau meraikan jaringan tersebut dengan penuh kegembiraan sehingga mencabut jersinya dan turut dipeluk oleh rakan sepasukannya yang lain.

Walau bagaimanapun, VAR mengesan kedudukan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu sebenarnya sudah berada di kedudukan offside sebelum beliau menanduk bola hantaran dari Chiesa itu.

Pengadil kemudiannya meniup wisel membatalkan gol tersebut dan keputusan perlawanan kekal 2-2.

Keraian Ronaldo hanya sia-sia dan lebih teruk lagi beliau telah dilayangkan dengan layangan kad kuning kerana membuka jersi ketika meraikan gol tersebut.

Agak sakit untuk diterima dan ia jelas satu hal yang tidak akan menggembirakan Cristiano Ronaldo selepas golnya dibatalkan, dan beliau dilayangkan kad kuning kerana meraikan gol yang sudah dibatalkan.

Sebelum sepak mula perlawanan, ramai yang bercakap tentang Ronaldo dan ada yang melaporkan bahawa ketiadaan beliau dalam kesebelasan utama skuad adalah atas permintaannya sendiri.

Fabrizio Romano dan Sky Sports Italia melaporkan yang hal tersebut ada kaitan dengan pemain berusia 36 tahun itu yang mahu meninggalkan kelab sebelum jendela perpindahan ditutup akhir bulan ini.

Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang tawaran rasmi dari mana-mana kelab yang dihantar ke Juventus untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu sangat berharap agar akan ada pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya dan menghantar bidaan untuk mendapatkan beliau sebelum jendela perpindahan ditutup.

Walau bagaimanapun, vice Presiden Juventus, Pavel Nedved menolak tentang berita itu dan menegaskan yang Ronaldo tidak akan meninggalkan Turin dalam masa terdekat ini.

“Kita mesti cuba mencipta cerita sensasi yang mana sebenarnya ia tak wujud.”

Jelas pemenang anugerah Ballon d’or pada tahun 2003 itu kepada DAZN.

“Ia merupakan keputusan yang dikongsi bersama pemain. Pada awal permulaan musim, kebiasaannya dia tidak berada di tahap kecergasan terbaiknya. Jurulatih berusaha untuk menggunakan kesebelasan terbaik yang ada pada ketika ini, contohnya Giorgio Chiellini juga berada di bangku simpanan hari ini.”

“Ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk dibuat oleh pengurus.”

“Saya berani jamin yang Ronaldo akan kekal bersama Juventus musim ini.”

Juventus hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Udinese awal pagi tadi, seterusnya terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Paulo Dybala dan Juan Cuadrado berjaya meletakkan Juventus dua gol dihadapan pada aksi babak pertama permainan, sebelum Roberto Pereyra dan Gerard Deulofeu menjaringkan gol untuk Udinese mengikat The Old Lady 2-2.

Cristiano Ronaldo tentunya sangat sedih kerana gol yang beliau rasakan bakal membantu Juventus mencatatkan kemenangan pertama dibatalkan dan lebih sedih lagi beliau terpaksa menerima kad kuning kerana meraikan gol yang sudah dibatalkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Harry Maguire Nafi Ada Masalah Dengan Cristiano Ronaldo