Ronaldo Bukti Ketajaman Ledak 4 Gol

Cristiano Ronaldo akhirnya membuktikan ketajaman yang ditunggu-tunggu serta memenuhi jangkaan oleh orang ramai apabila telah meledak 4 gol untuk Al Nassr dalam satu perlawanan.

Al Nassr berjaya menewaskan pasukan ditangga ke-13 Saudi Pro League, Al Wehda untuk terus mendahului liga dengan kelebihan satu mata yang disaing hebat oleh Al Shabab dan Al Ittihad.

Bintang Portugal itu menghasilkan gol pertama di dalam perlawanan kompetitif ketika membantu Al Nasrr mengikat Al Fateh 2-2 kira-kira seminggu yang lalu melalui sepakan penalti.

Namun pada ketika itu, jaringan tersebut belum cukup untuk mendiamkan pengkritiknya yang menyifatkan perpindahan beliau ke Arab Saudi sekadar indah khabar daripada rupa.

Kali ini, Ronaldo berjaya menampilkan kualiti sebenarnya apabila menjaringkan kesemua 4 gol untuk membantu Al Nassr membelasah Al Wehda empat gol tanpa mampu dibalas.

Ronaldo yang akan menyambut hari kelahiran ke-38 pada Ahad akan datang menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan menentang lawan mereka itu pada minit ke-21 perlawanan, sebelum menambah satu lagi jaringan pada minit ke-40 untuk Al Nassr selesa mendahului 2-0 pada babak pertama perlawanan.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu menambah dua lagi jaringan pada separuh masa kedua perlawanan termasuk sepakan penalti pada minit ke-53.

Empat jaringan yang dihasilkan dalam perlawanan ini bermakna Ronaldo kini telah menjaringkan 503 gol liga di peringkat kelab di empat negara berbeza.

Ronaldo menyertai Al Nassr pada penghujung Disember lalu dan dilaporkan menerima gaji sekitar £177 setahun, bayaran tertinggi dalam sejarah bola sepak.

Namun ia bukan permulaan yang diharapkan oleh pemain itu apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua penampilan pertamanya bersama kelab baharunya itu.

Ronaldo meninggalkan Manchester United pada November lalu selepas kontrak beliau bersama kelab itu ditamatkan secara persetujuan bersama setelah temubual kontroversi bersama Piers Morgan.

Menghasilkan 103 gol untuk United setelah menyertai kelab itu sebanyak dua kali, beliau turut menghasilkan 311 jaringan untuk Real Madrid di La Liga, 81 gol untuk Juventus di Serie A, selain 3 jaringan yang pernah dihasilkan oleh beliau untuk Sporting Lisbon di Portugal sebelum berhijrah ke Old Trafford pada 2003.

Empat gol yang dijaringkan oleh Ronaldo pada malam tadi turut memastikan Al Nassr kembali menerajui kedudukan teratas Liga Arab Saudi dengan kelebihan satu perlawanan di dalam tangan berbanding pencabar terdekat, Al Shabab.

503 Gol Ronaldo di liga:

Manchester United (Premier League) – 103 gol
Real Madrid (LaLiga) – 311 gol
Juventus (serie A) – 81 gol
Sporting Lisbon (Primeira Liga) – 3 gol
Al Nassr (Saudi Pro League) – 5 gol

Mampukah Ronaldo terus menjadi senjata utama Al Nassr selepas ini? Adakah Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya mendiamkan pengkritiknya?

Sudah pastinya tidak mampu menutup mulut semua orang, di mana bagi pengkritik tegar Ronaldo bagi liga yang berkualiti sangat rendah berbanding Eropah tidak mengejutkan mereka kerana nenek mereka pun boleh menjaringkan 5 gol satu perlawanan jika beraksi di sana.

BACA:  Ronaldo Dihalang Untuk Masuk Stadium Kerana Pengawal Tidak Mengenalinya