Ronaldo Dan Messi Siapa Lebih Hebat Menurut Sembilan Pemain Ini

Sembilan orang pemain yang sebelum ini pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mendedahkan pendapata mereka tentang siapa lebih hebat antara kedua pemain itu.

Hanya beberapa pemain yang mempunyai keberuntungan sahaja akan dapat peluang untuk beraksi bersama kedua-dua pemain terhebat dunia ini.

Ronaldo dan Messi adalah dua pemain yang menguasai pentas bola sepak dunia sejak sedekad lalu.

Seorang dari Portugal dan Seorang lagi dari Argentina. Kedua-dua mereka beraksi bersama pasukan yang berbeza.

Walau bagaimanapun ada pemain yang beruntung kerana mempunyai peluang untuk beraksi bersama kedua-dua pemain itu dalam pasukan berbeza.

Akan tetapi, pastinya setiap pemain mempunyai pendapat yang berbeza tentang bagaimana pandangan mereka terhadap dua pemain ini.

Dan bagaimana cara dua pemain ini membantu mereka dari segi persembahan di atas padang.

Berikut sembilan pemain yang pernah beraksi bersama Ronaldo dan Messi berserta perkongsian mereka tentang siapa lebih hebat antara kedua pemain itu.

1) Angel Di Maria :

Beraksi bersama Messi untuk pasukan Argentina dan beraksi bersama Ronaldo untuk pasukan Real Madrid.

Pilihan : Lionel Messi

Pemain sayap PSG, Di Maria memilih rakan senegaranya Lionel Messi berbanding Ronaldo dan dalam masa sama beliau tetap mengakui bahawa kedua-dua pemain itu sangat hebat dan berada dikelas mereka tersendiri.

Beliau turut mendedahkan kepada TyC dan dilaporkan kepada Daily Mail pada tahun 2018:

“Messi sentiasa terbaik, setiap tahun beliau adalah pemain terbaik. Cristiano Ronaldo seorang pemain yang istimewa, tetapi Messi di datang dari planet lain.”

“Tiada kata yang boleh diungkap untuk menggambarkan Messi, dia sentiasa mengujakan anda.”

2) Carlos Teves :

Beraksi bersama Messi untuk pasukan Argentina dan bersama dengan Ronaldo untuk pasukan setan merah.

Pilihan : Lionel Messi

Tevez memenangi dua kejuaraan premier league dan pernah sekali memenangi kejuaraan Liga Juara-juara bersama Ronaldo ketika mereka bersama pasukan setan merah.

Walau pernah beraksi dan mencapai kejayaan bersama, Tevenz masih menilai Messi lebih hebat berbanding Ronaldo.

“Messi bermain sukan lain. Untuk Messi, menjaringkan tiga gol dalam satu perlawanan itu perkara biasa.”

Kata pemain Argentina itu kepada ESPN .

3) Nelson Semedo :

Beraksi bersama Ronaldo untuk pasukan Portugal dan beraksi bersama Messi untuk pasukan Barcelona.

Pilihan : Keduanya

Nelson Semedo merupakan pemain pertama yang mengambil langkah selamat dalam pemilihan ini.

“Saya diberi kesempatan untuk beraksi bersama kedua pemain hebat ini, saya menikmati setiap detik waktu saya bermain bersama mereka. Saya harap kamu faham situasi saya.”

Jelas beliau kepada L’Esportiu.

4) Andre Gomes :

Beraksi bersama Ronaldo untuk pasukan Portugal dan bersama Messi untuk pasukan Barcelona.

Pilihan : Keduanya

Pemain midfield Everton, Gomes juga menolak untuk memilih salah satu dari dua pemain ini kerana menurutnya itu bukan keputusan yang mudah untuk dibuat.

Beliau merupakan salah seorang pemain Portugal yang berjaya memenangi Euro 2016 bersama Ronaldo.

Masa yang sama beliau turut menghormati bekas ketua pasukannya ketika di Barcelona, Messi.

“Saya tidak suka untuk membandingkan mereka berdua dan saya menghormati Kedua-dua pemain itu”.

Kata beliau kepada Catalunya Radio pada tahun 2017.

“Saya tidak akan pernah jawab soalan begitu, saya seorang Portugis dan saya akrab dengan Ronaldo seperti mana akrabnya saya dengan Messi rakan sepasukan saya di Barcelona.”

5) Gerard Pique :

Beliau beraksi bersama Messi untuk pasukan Barcelona dan bersama Ronaldo untuk pasukan setan merah.

Pilihan : Lionel Messi

Pique masih lagi pemain remaja ketika beraksi bersama Ronaldo Di United, tetapi beliau telah menjadi salah seorang bintang ternama setelah beraksi bersama pasukan Barcelona.

” Untuk saya secara peribadi, Ronaldo adalah manusia terhebat akan tetapi Messi berada di tahap beliau bukan manusia.”

Kata-kata Pique kepada ESPN yang sangat terkenal.

6) Ezequiel Garay :

Beraksi bersama Messi untuk pasukan Argentina dan beraksi bersama Ronaldo untuk pasukan Real Madrid.

Pilihan : Lionel Messi

Garay sama saja seperti Pique, memulakan karier peringkat remaja bersama Ronaldo tetapi tetap sempat beraksi bersama.

“Apabila orang bertanya saya siapa pemain terbaik dunia selamanya? Saya pasti akan jawab Leo.”

Jelas Garay kepada ESPN pada tahun 2018.

“Sejak pertama kali saya melihat dia bersama pasukan bawah 15 tahun Argentina sehingga ke hari ini, Messi tidak pernah gagal untuk membuat saya kagum padanya.”

7) Henrik Larsson :

Beraksi bersama Messi untuk pasukan Barcelona dan beraksi bersama Ronaldo untuk setan merah.

Pilihan : Messi

“Cristiano bernasib malang apabila bermain di era wujudnya Messi. Ronaldo seorang pemain yang sangat hebat, tetapi Messi lebih hebat.”

Jelas pemain Sweden itu kepada Goal.com.

“Messi muncul dari planet lain. Messi sangat bagus dan boleh dikatakan hampir sempurna. Apabila anda melihat bola dikakinya, sukar untuk anda melihat pemain lain melakukan hal sama. Beliau pemain yang sungguh menakjubkan.”

8) Gabriel Heinze :

Beraksi bersama Messi untuk pasukan Argentina dan beraksi bersama Ronaldo untuk pasukan setan merah.

Pilihan : Keduanya

Heinze seorang lagi pemain yang tidak mampu untuk memilih siapa lebih hebat antara dua bintang itu.

“Cristiano Ronaldo telah mempamerkan aksi mantap didalam padang dan mempunyai disiplin yang sangat baik.”

Jelas beliau kepada La Nacion.

“Beliau seorang yang tidak pernah puas sekiranya tidak mencapat tahap yang beliau kehendaki. Beliau tidak akan pernah menyerah kalah.”

“Leo seorang pemain yang menakjubkan. Gaya permainan bola sepaknya tidak menunjukkan dia warga bumi. Dan dalam kehidupan manusia normal beliau seorang yang merendah diri dan boleh dijadikan ikutan.”

9) Fernando Gago :

Beraksi bersama Messi untuk pasukan Argentina dan beraksi bersama Ronaldo untuk pasukan Real Madrid.

Pilihan : Messi

Gago beraksi bersama kedua pemain itu ketika waktu kemuncaknya. Beliau antara pemain paling layak untuk berbicara topik tentang dua pemain hebat itu.

“Pada saya Ronaldo bukanlah nombor satu. Secara peribadi saya merasakan Messi adalah pemain terbaik dunia dengan apa yang dipersembahkan oleh beliau.”

“Messi mempunyai kemampuan yang luar biasa dan saya sangat suka menonton aksinya diatas padang”.

Jelas Gago mengenai dua pemain handalan dunia ini.

Ini hanyalah pandangan dari pemain yang pernah beraksi bersama kedua handalan bola sepak dunia itu.

Hakikatnya, kedua pemain itu sama hebat dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing.

BACA:  Cristiano Ronaldo Manusia Lelaki Pertama Jaringkan Gol Di Lima Edisi Piala Dunia