Ronaldo Dedahkan 3 Pemain Yang Membuatkan Beliau Sedar Akan Kehebatan Diri

Cristiano Ronaldo telah mendedahkan tiga nama pemain Manchester United yang telah membantu beliau menyedari bakat dan kehebatan diri yang selama ini terpendam di dalam dirinya bukan seperti sesetengah lelaki yang terpendam jiwa wanita dalam dirinya.

Pemenang Ballon d’Or 2017 telah mencipta fenomena apabila berhijrah ke Old Trafford pada tahun 2003 walaupun pada ketika itu bilik persalinan Manchester United dipenuhi dengan lagenda kelab.

Pada asasnya bakat yang ada pada Ronaldo tidak perlu dipertikaikan lagi namum Ronaldo masih perlu mengadaptasi untuk menyesuaikan diri dengan kelab barunya itu dan roh Premier League itu sendiri.

Sepanjang 6 musim bersama Alex Ferguson Ronaldo telah memenangi 9 kejuaraan utama. Musim terbaiknya adalah 2077/08 apabila Ronaldo menjaringkan 42 gol di mana Setan Merah telah memenangi Premier League dan Champions League.

Kecemerlangan Ronaldo itu telah melayakkan beliau dinobatkan pemain terbaik dunia dan dianugerahkan Ballon d’Or buat pertama kali dalam kerjayanya dan semalam Ronaldo memenangi Ballon d’Or buat kali kelima.

Selama ini Ronaldo telah menyedari bahawa beliau berbeza dengan pemain lain dan mempunyai kualiti yang istimewa namun mentaliti yang ada pada Roy Keane, Ryan Giggs dan Rio Ferdinand menyedarkan Ronaldo bahawa betapa bagusnya beliau dan beliau boleh mencapai lebih daripada itu.

Berkat kesabaran dan kepatuhan Ronaldo kepada Alex Ferguson yang berjaya mengubah Ronaldo daripada mempamerkan skill yang sia-sia dalam perlawanan kepada mesin pencetak gol Canon. Ditambah dengan usaha dan kerja keras Ronaldo sendiri maka itulah kedudukannya sekarang.

Ronaldo akhirnya berjaya memenuhi bakat dan potensi yang ada pada dirinya pada tahap maksimum sehingga mencapai tahap pemecah atom dengan kuasa 1 juta petala langit sekaligus mengeluarkan belang tarung didahinya.

“Sejak aku berusia 14, 15, atau 16 tahun, aku sedar aku berbeza berbanding budak-budak lain. Masa itu dak-dak WeChat tak wujud lagi.” Ujar Ronaldo.

“Aku melakukan perkara yang berbeza, aku sedar bahawa aku bagus berada di Manchester United ketika aku bermain bersama pemain seperti Giggs, Keane atau Ferdinand. Aku mempunyai bakat.”

“Mentaliti Inggeris sungguh berbeza dan mereka inilah yang banyak membantu aku untuk menjadi seperti sekarang. Aku harus berterima kasih kepada rakan sepasukan di Manchester.”

Tahun 2017 menyaksikan superstar Portugal itu menjaringkan 49 gol dam 56 perlawanan sekaligus menjulang kejuaraan La Liga, Champions League dan UEFA Super Cup. Kejayaan ini melayakkan Ronaldo menjulang Ballon d’Or buat kali kelima menyamai pencapaian Lionel Messi.

“Aku rasa sangat gembira, ini sangat menakjubkan dalam karier aku. Aku telah lama menanti saat ini.”

“Tahun ini sangat hebat, kami menang Champions League, La Liga. Pencapaian peribadi aku adalah aku penjaring terbanyak Champions League. Ko Hado?.”

“Trofi yang diraih membantu aku memenangi anugerah ini (Ballon d’Or) dan aku berterima kasih kepada rakan sepasukan di Madrid dan Portugal yang sangat penting dan bermakna bagi aku.”

Dengan usia yang semakin meningkat Ronaldo berharap dapat terus bermain ditahap ini untuk tempoh beberapa tahun lagi dan persaingannya dengan Messi akan berterusan.

“Aku berharap dapat bermain pada tahap ini untuk beberapa tahun lagi, aku juga berharap persaingan dengan Messi akan berterusan. Semua benda berlaku dengan bersebab.”

“Aku rasa bagus musim ini dan kita lihat apa yang kami akan menang pada penghujung tahun.”

Cristiano Ronaldo Memenangi Ballon d’Or Buat Kali Kelima

Cristiano Ronaldo menjulang France Football Golden Ball 2017 atau Ballon d’Or buat kali kelima dan kali kedua berturut-turut sekaligus menyamai pencapaian yang dilakukan oleh Lionel Messi.

Ronaldo sebelum ini pernah memengani anugerah sama pada tahun 2008, 2013, 2014 dan 2016. Ronaldo menjulang anugerah ini buat kali ke-4 dalam tempoh 5 tahun.

Walaupun prestasi Ronaldo di La Liga agak merosot tetapi di Eropah Ronaldo masih lagi berbisa.

Pemenang Ballon d’Or ini dipilih berdasarkan prestasi pemain sepanjang tahun 2017 di mana Ronaldo telah memenangi La Liga, Champions League dan peraduan gores & menang.

Bersama Portugal di kelayakan Piala Dunia 2018, Ronaldo telah memacu pasukan Portugal untuk layak ke Russia tahun hadapan.

Negara : Portuguese
Umur : 32Tahun
Posisi : attacker
Kelab : Real Madrid
Perlawanan 2017: 56
Gol 2017 : 49.
Trofi 2017: Champions League; European Supercup; Spanish Championship; Spanish Supercup; penjaring terbanyak Champions League (12 goals).
Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Kampung Telur Goyang

Sejak 10 tahun lalu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menguasai anugerah ini selepas kali terakhir Kaka memenanginya pada 2007.

Baca Juga

Baca Juga