Ronaldo tembam telah mendedahkan rahsia dan sebab kenapa beliau membuat potongan rambut yang sejemput ala-ala si Pekan dalam cerita batu belah batu bertangkup telan lah aku makan lah aku di kejohanan Piala Dunia 2002, Korea/Jepun.
Sehingga kini potongan rambut yang dicukur hampir keseluruhan kepala dan hanya ditinggalkan sejemput di bahagian depan itu kekal menjadi antara potongan rambut yang teruk dalam sejarah bola sepak dunia.
Rahsia Di Sebalik Rambut Ronaldo
Selepas 15 tahun Piala Dunia Korea/Jepun berlalu Ronaldo tampil untuk membicarakan dan menceritakan sebab beliau melakukan potongan rambut sedemikian yang tak semengah mana pun.
Bila ditanya kenapa cukur rambut macam pekan sehari Temerloh?
“Koi bukan mende. Malam ter koi nutuh dahan mutan. Bole pulok dia jatuh ke peha koi. Pemberita pulok sibuk nanye. Bila nok sihat peha aok ter? Boleh main ke dok? Giler aok dekat seminggu nanyer koi gitu. Koi ngaku koi cergas cuma 60%.”
“Esoknye koi cukur la macam pekan. Terus orang dok nanyer peha koi dah. Sibuk ke rambut pulok. Power betei koi nipu pemberita.”
Legend kalau cerita tak perlu panjang-panjang. Senang cerita Ronaldo cukur rambut sebab nak alih perhatian orang supaya tak bercakap mengenai kecederaan beliau dan tindakan kurang popular Ronaldo itu berjaya.
Hasilnya Brazil mengalahkan Jerman di final untuk Brazil mendakap trofi kelima Piala Dunia. Ronaldo penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan menjaringkan kedua-dua gol di perlawanan akhir.
15 Jaringan Ronaldo Di Piala Dunia