Ronaldo Didenda Hadiahkan Kesemua Pemain Juventus iMacs

Cristiano Ronaldo memberikan rakan sepasukannya di Juventus iMacs selepas insiden beliau dilayangkan kad merah dalam debutnya di Liga Juara-juara Eropah.

Ketika era Max Allegri menjadi pengurus untuk pasukan Bianconeri, beliau telah memperkenalkan satu peraturan tentang kad merah.

Sekiranya ada pemain beliau yang dilayangkan kad merah, pemain itu harus memberikan rakan-rakannya hadiah sebagai tanda permohonan maaf.

Ronaldo menyertai Juventus pada musim panas 2018 dengan nilai perpindahan £99 juta.

Beliau telah dilayangkan kad merah pada minit ke-29 dalam perlawanan menentang Valencia di Mestalla.

Pemain kebangsaan Portugal itu sendiri sangat kecewa dengan kejadian itu hingga beliau menangis ketika meninggalkan padang.

Pemenang lima kali Ballon D’or itu turut membantah keputusan pengadil pada ketika itu dengan mengatakan bahawa beliau tidak salah.

Namun bantahannya ditolak mentah oleh pengadil perlawanan, hasilnya dua bulan selepas kejadian itu semua pemain pasukan Juventus menerima hadiah Apple iMacs.

Peraturan yang sama turut dikenakan kepada sesiapa pemain yang lewat hadir ke pusat latihan.

Antara pemain yang pernah dihukum kerana peraturan berkaitan kedatangan lewat ke pusat latihan adalah Szczesny.

Beliau antara pemain yang sering datang lambat ke pusat latihan dan sudah beberapa kali dihukum atas kesalahan itu.

Mantan pemain Arsenal itu telah menghadiahkan kesemua pemain sepasang headphones Beats.

Beliau turut berbangga dan menganggap bahawa hadiah paling mahal yang pasukan mereka terima dari peraturan ini adalah datang darinya.

Ronaldo sememangnya terkenal dengan sikap murah hati. Beliau seorang hartawan yang sangat dermawan.

Pada Oktober 2017, pasukan wanita U-17 Portugal berjaya layak ke pertandingan Euro 2020.

Ronaldo telah menghadiahkan sepasang boots setiap seorang atas kejayaan cemerlang mereka.

Kalau dari segi bantuan dan kemanusiaan itu tidak boleh dipertikaikan lagi. Ronaldo sememangnya sentiasa bertanggungjawab dalam soal begitu.

Tidak kira negara mana dalam dunia ini, sekiranya berlaku musibah sudah pasti Ronaldo akan menghulurkan bantuan secara peribadi.

Seperti kejadian sekarang, seluruh dunia terkesan dengan penularan virus Covid-19, dan Ronaldo turut menyumbangkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

BACA:  Legenda Liverpool Anggap Gol Kemenangan Ronaldo Seharusnya Dibatalkan