Masa depan Cristiano Ronaldo terus menjadi tanda tanya selepas mengeluarkan kenyataan mahu meninggalkan Real Madrid sejurus sahaja pasukan tersebut memenangi Liga Juara-Juara Eropah.
Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan akhir tersebut, Ronaldo memainkan peranan penting dalam memacu Real Madrid mara ke pentas akhir.
Sumbangan awal Ronaldo telah membawa Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut, sesuatu yang belum pernah dilakukan mana-mana pasukan sebelum ini.
Ketika ditemuramah BeIN Sport Spains sebaik sahaja menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah, Ronaldo berkata beliau akan mendedahkan rancangan masa depannya dalam masa beberapa hari yang akan datang.
Ronaldo turut bercakap mengenai pengalamannya bermain bersama Real Madrid dalam nada ‘past tense’ yang berbunyi:
“It was beautiful to be at Real Madrid.”
Jika diamati ayat yang dipertuturkan oleh Ronaldo, ia jelas menggambarkan masa depannya di Santiago Bernabeu akan berakhir tidak lama lagi. Untuk rekod, temu ramah terbabit dilakukan ketika pemain Real Madrid masih melakukan sambutang kemenangan di atas padang dan boleh jadi Ronaldo mungkin terlepas cakap.
On this @FIFAWorldCup, @neymarjr did more shots (and more accurate shots) than his rivals @Cristiano and Leo Messi! He did 17 shots, 9 of which were on goal (53%). In comparison, Ronaldo did 15 shots with 7 on goal (47%) while Messi did 14 shots, 6 on goal (43%). #InStat #Neymar pic.twitter.com/M6S9vaODMD
— InStat Football (@InStatFootball) June 29, 2018
Walaubagaimanapun, selepas segalanya kembali tenang, bekas pemain Manchester United itu berkata beliau tidak menyesal mengeluarkan kenyataan tersebut walaupun tahu beliau tidak sepatutnya berbicara mengenai masa depannya ketika pemain lain masih meraikan kemenangan.
“Saya bercakap mengenai sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan tetapi sesuatu bakal berlaku. Mungkin ia bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai masa depan saya, tetapi saya hanya bercakap secara jujur.”
“Sudah lama saya ingin berbincang mengenai masa depan saya bersama Real Madrid. Duit bukan lagi satu masalah buat saya sekarang. Saya telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 5 kali dan juga 5 Ballon d’Or.”
“Nama saya sudah terpahat dalam sejarah dan sekarang makin banyak rekod saya pecahkan. Saya tidak terkesan dengan perkara ini kerana saya tahu sumbangan saya terhadap kelab ini. Saya tidak mahu melupakan pengalaman unik bersama rakan sepasukan kerana saya tahu mereka adalah juara yang sebenar.”
Ronaldo dan Juventus
Selepas tersingkirnya Portugal dari saingan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia, berita perpindahan Ronaldo kembali hangat dan bertebaran untuk di bawangkan.
Juventus sebuah kelab yang bijak dalam mendapatkan pemain power dunia secara percuma tiba-tiba muncul dengan kerelaan dan kesediaan melaburkan wang yang besar untuk Ronaldo.
Real Madrid are ready to accept a €100m offer from Juventus for Cristiano Ronaldo, according to reports: https://t.co/iI4AZwIAaT pic.twitter.com/GgV2dxwcU3
— ESPN FC (@ESPNFC) July 3, 2018
Selera The Old Lady agak tinggi buat seorang pemuda yang kacak ini. The Old Lady sanggup membayar €90 juta ditambah dengan €30 juta lagi dengan syarat dan terma tambahan.
Secara keseluruhannya berjumlah €120 juta seperti yang diminta oleh Presiden Real Madrid, Florentino Pérez. Permintaan Perez nyata tidak menggentarkan Juventus.
Cristiano Ronaldo has agreed to join Juventus for €100M according to @elchiringuitotv. Huge story.
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) July 3, 2018
Jika semua ini benar Ronaldo akan menikmati kontrak dengan gaji yang bernilai €30 juta setahun. Kurang lebih Ronaldo akan menikmati €500,000 seminggu.
Ronaldo dan Manchester United
Selepas tawaran Juventus itu, Real Madrid juga dilaporkan bersedia dan rela menjual Ketua Pasukan Portugal itu ke Manchester United jika mereka mendapat seorang pemain bintang dalam urusan jual beli.
Real Madrid sanggup menerima €50 juta sahaja sebagai hantaran perpindahan tetapi wajib disertakan sekali pemain penyerang Belgium, Romelu Lukaku sebagai barang hantaran.
Romelu Lukaku is wanted by Real Madrid this summer with the Spanish club ready to offer Cristiano Ronaldo in a huge swap deal to Manchester United. (Daily Star)
— Transfer Centre (@CentreTransfer) June 29, 2018
Lopetegui kini yang merupakan pengurus Real Madrid menggantikan Zinedine Zidane mahu mencari pengganti kepada Karim Benzema dan kekacakan Lukaku menambat hati Lopetegui.
PSG yang turut dikaitkan dengan Ronaldo tidak membuat sebarang tawaran lagi mungkin kerana terikat dengan peraturan Financial Fair Play.