Ronaldo Dikecam Kerana Kurang Sensitif Selepas Kehilangan Emiliano Sala

Pemain bola sepak paling sensasi, Superstar Cristiano Ronaldo yang mencipta sensasi di Liga Italy, Serie A teruk dikecam dan menjadi bahan bawangan netizen selepas bersikap kurang sensitif di media sosial.

Penyerang baru Cardiff City, Emiliano Sala disahkan berada dalam pesawat yang hilang berdekatan dengan Channel Islands dalam kejadian yang berlaku petang semalam berdasarkan informasi yang diberikan pihak berkuasa Perancis.

Gerakan mencari pesawat yang hilang sedang giat dijalankan dan setakat ini belum ada berita tentang sebarang penemuan.

Cristiano Ronaldo teruk dikecam selepas memuat naik gambar swafotonya di dalam pesawat di laman Twitternya ketika dunia bola sepak sedang bersedih dengan kehilangan Emiliano Sala.

Kicauan di Twitter tanpa sebaarng kapsyen hanya disertakan emoji dianggap kurang sensitif dan tidak kena pada masanya serta kurang ajar.

Mungkin tiada niat dari Ronaldo untuk bersikap tidak sensitif dan gamabar dimuat naik itu tidak kena pada masanya.

Baca Juga

Baca Juga