Ronaldo Hilang Sabar, Kecewa Dengan Taktik dan Latihan Erik Ten Hag

Pemain bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah hilang sabar lantaran rasa kecewanya dengan taktik dan corak latihan yang telah diterapkan oleh Erik Ten Hag kini.

Ronaldo, 37, mengharungi permulaan musim yang sendu sesendu sendunya dengan hanya menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilannya melalui sepakan penalti menentang pasukan Moldova, Sheriff Tiraspol di Europa League.

Superstar Portugal itu telah kehilangan tempat dikesebelasan utama yang dijamin musim ini di bawah Ten Hag, setelah menyerahkan permintaan perpindahan pada jendela perpindahan musim panas dalam usaha yang tidak berjaya untuk menyertai kelab yang beraksi di Champions League.

Ronaldo diberi permulaan yang jarang berlaku pada Khamis dalam perlawanan Liga Europa keitka United menentang pasukan Cyprus, Omonia tetapi gagal mempamerkan aksi meyakinkan dengan terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol ke-700 peringkat kelab.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas dia menjadi pemain gantian yang tidak digunakan untuk United dalam kekalahan 6-3 mereka kepada seteru Manchester City di Liga Perdana.

Erik Ten Hag berkata dia enggan membawa Ronaldo masuk “untuk menghormati kerjaya besarnya”, komen yang menimbulkan pelbagai pendapat.

Kekalahan di Etihad telah menyebabkan United kini berada di tangga keenam dalam Liga Perdana, sembilan mata di belakang pendahulu Arsenal – walaupun bermain kurang satu perlawanan.

Akhbar The Times mendakwa Ronaldo kini telah hilang sabar dengan Erik Ten Hag selepas mendapati dirinya memainkan peranan yang sedikit lagi terhad pada musim ini.

Menurut laporan itu, Ronaldo “sering bertelagah” dengan bekas pengurus Ajax itu.

Sumber mendakwa Ronaldo “mengeluh tentang kriteria dan kualiti sesi latihan” dan percaya “United akan lebih baik bermain dengan cara yang berbeza”.

“Ronaldo dikatakan menganggap Ten Hag degil dan melakukan perkara tidak perlu” dengan taktik yang digunakannya Erik Ten Hag.

Ronaldo telah dikaitkan kuat dengan perpindahan dari United pada jendela perpindahan Januari.

Laporan itu mendakwa pemenang lima kali Ballon d’Or itu “menyediakan dirinya untuk kelab baharu” sebaik sahaja dia kembali dari Piala Dunia 2022 di Qatar musim sejuk ini, kemungkinan penampilan terakhir sebagai pemain bersama Portugal.

“Secara peribadi, Erik Ten Hag berbesar hati untuk dibebaskan daripada masalah berkongsi bilik persalinan dengan pemain yang secara terbuka menentang kaedahnya,” tambah laporan itu.

Bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada United akan membenarkan Ronaldo meninggalkan Old Trafford enam bulan sebelum tamat kontrak dua tahunnya.

Pada awalnya Erik Ten Hag menegaskan Ronaldo masih lagi dalam perancangannya dan Manchester United pula menyatakan Ronaldo bukan untuk dijual.

Namun kerana Ronaldo telah menyatakan hasrat untuk keluar tetapi gagal, Erik Ten Hag pasti tidak mahu lagi bergantung kepada penjaring terbanyak kelab musim lalu.

Ronaldo telah terlepas perlawanan pra musim dan gagal untuk mencapai tahap kecergasan diperlukan untuk bermain menyaksikan dirinya disisih.

Jika benar Ronaldo lantang menjadi pengacau di bilik persalinan sudah pasti jalan keluar adalah yang terbaik buat pemain Portugal itu.

Dengan kelajuan yang semakin menurun berkadaran dengan usia dan sentuhan penyudah yang semakin menghilang, Erik Ten Hag pasti bergantung harap dan memberi peluang kepada pemain muda yang boleh terus berkembang.

Dalam aksi menentang Omonia Nicosia, Ronaldo telah dilabel sebagai tak guna selepas mensia-siakan beberapa peluang terbaik dan satu tolakan mudah walaupun diberi peluang beraksi 90 minit.

Namun masih ada jasa bakti Ronaldo apabila lariannya berjaya membuka ruang untuk Rashford menjaringkan gol selain mencipta satu assist.

Itu semua tidak cukup bagi seorang pemain bertaraf superstar seperti Ronaldo.

BACA:  Pemain Setan Merah Didakwa Tamak Dan Pulaukan Hojlund