Ronaldo Korbankan €3.8 Juta Selamatkan Juventus Dari Krisis Ekonomi

Juventus kini sangat terkesan dengan penularan virus Covid-19 yang melanda negara Itali.

Daniele Rugani, Blaise Matuidi dan Paulo Dybala telah disahkan positive Covid-19 dan kesemua tiga pemain ini adalah pemain untuk pasukan Juventus.

Itali kini merupakan negara paling teruk terjejas serangan virus Covid-19 ini. Kerajaan mereka telah mengumumkan perintah berkurung yang lebih tegas untuk mengawal penularan virus itu.

Secara tidak langsung ia jelas membuktikan bahawa Serie A tidak mungkin akan kembali bersambung dalam tempoh waktu sebulan dua ini.

Hal ini akan memeningkan pihak pengurusan pasukan-pasukan yang bertanding di Serie A untuk menyelamatkan pasukan mereka dari terkena krisis ekonomi yang teruk.

Salah satu langkah terbaik untuk menyelamatkan kewangan pasukan adalah dengan melakukan pemotongan gaji para pemain mereka.

Pasukan yang menguasai Serie A, Juventus turut menghadapi krisis yang sama dan mereka telah mengumumkan untuk melakukan pemotongan gaji pemain.

Kesemua pemain dan pengurus pasukan Juventus telah bersetuju untuk dipotong gaji mereka dan memahami krisis yang sedang di alami oleh pasukan mereka.

Menurut laporan dari Tuttosport, bintang utama Juventus, Cristiano Ronaldo telah bersetuju untuk dipotong gajinya sehingga €3.8 juta demi untuk kelangsungan pasukan kesayangannya.

Juventus sendiri sehingga kini tidak mengumumkan secara langsung berapa nilai pemotongan yang mereka lakukan dalam setiap kenyataan mereka.

Bahkan mereka hanya menulis di laman rasmi pasukan mereka:

“Pengurusan pasukan bola sepak Juventus ingin memaklumkan, memandangkan situasi kesihatan seluruh dunia kini terancam dan menyebabkan semua sukan digantung,”

“Kesemua pemain dan pengurus telah sebulat suara memahami situasi dan krisis yang bakal dihadapi oleh pasukan ekoran dari keadaan semasa ini”.

Menurut laporan dari Tuttosport juga, Giogio Chiellini telah mewakili keseluruhan pemain telah membuat kenyataan di satu sidang media mengumumkan hal ini.

Juventus turut mengesahkan bahawa pemotongan gaji pengurus dan pemain ini akan menjimatkan kos mereka sehingga €90 juta.

Pendapatan Ronaldo di Juventus sekitar €31 juta. Jika nilai pemotongan €3.8 juta itu benar, maka ada kebarangkalian kesemua pemain turut di potong sekitar 10% dari pendapatan mereka.

Cristiano Ronaldo tidak pertikaikan pemotongan itu dan apa yang penting untuk dirinya adalah pasukan Juventus boleh terus stabil selepas serangan Covid-19 ini.

Cristiano Ronaldo sendiri telah banyak membantu pelbagai pihak untuk melawan virus Covid-19 ini.

Jika sebelum ini tersebarnya berita palsu berkenaan Ronaldo menawarkan hotel mewahnya untuk jadi hospital rawatan Covid-19.

Cristiano Ronaldo tidak mempedulikan hal itu dan beliau terus mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk membantu pihak berwajib.

Baru-baru ini Ronaldo mengeluarkan €1 juta untuk membantu hospital melengkapkan peralatan untuk menghadapi Covid-19.

BACA:  Gol Kemenangan Minit Akhir Portugal Dari Critstiano Ronaldo Dirompak