Ronaldo Label Ketua Pengarang France Football Penipu

Cristiano Ronaldo telah melabel ketua pengarang France Football yang juga penganjur Ballon d’Or, Pascal Ferre sebagai seorang penipu selepas menabur fitnah dengan tuduhan tidak berasas ke atasnya.

Pascal Ferre sebelum ini menyatakan bahawa Ronaldo sendiri memberitahunya bahawa cit-cita utama Ronaldo adalah mengatasi jumlah Ballon d’Or yang dimiliki Lionel Messi.

Selain itu Pascal Ferre menambah lagi bahawa Ronaldo hanya akan bersara dari dunia bola sepak selepas mengatasi jumlah Ballon d’Or Messi.

Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2021. Ini bermakna penyerang PSG dan Argentina itu kini telah mengumpul tujuh daripada anugerah pemain individu paling berpresti itu.

Tiada pemain lain lebih banyak memenanginya daripada Messi di dalam sejarah. Dengan yang paling hampir adalah Cristiano Ronaldo yang masih dengan 5 Ballon d’Or.

Messi menewaskan 29 lagi calon pemain untuk memenangi gelaran Ballon d’Or 2021, Robert Lewandowski di tempat kedua, dan Jorginho di tempat ketiga.

Pascal Ferre kemudian menggambarkan Ronaldo sebagai sakit hati sehingga tidak mahu menghadiri majlis gala tersebut. Ronaldo melabel Ferre sebagai penipu dan berbohong.

Ketika ketua pengarang France Football itu bercakap kepada New York Times telah berkata:

“Ronaldo cuma ada satu cita cita iaitu bersara dengan Ballon d’Or lebih banyak daripada Messi.”

“Saya tahu perkara itu kerana Ronaldo sendiri yang memberitahu saya.”

Ketika ini Ronaldo ada 5 Ballon d’Or. Dan ketika kenyataan Ferre itu dikeluarkan, Messi masih ada enam Ballon d’Or. Sehinggalah Messi menambah satu lagi Ballon d’Or untuk menjadikannya 7 Ballon d’Or miliknya.

Selain itu Ferre turut menyatakan bahawa Ronaldo tak akan menghadiri malam gala Ballon d’Or kerana dia tahu dia tak akan menang tahun ini. Serta Messi berpotensi untuk memenanginya sekali lagi.

Dan Ronaldo benar benar tidak hadir dalam majlis tersebut.

Ronaldo Membuat Serangan Balas

Cristiano Ronaldo tidak berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan oleh ketua pengarang France Football, Pascal Ferre dan tampil memberikan penjelasan beliau berkaitan perkara tersebut.

Ronaldo menjelaskan bahawa Pascal Ferre memang sengaja mencipta naratif perkara itu. Kerana dia tahu Ronaldo memang tak akan datang ke majlis itu. Namun Ronaldo ada alasan beliau tersendiri.

“Hasil pada hari ini menjelaskan tentang kenapa Pascal Ferre membuat kenyataan itu minggu lalu, kononnya saya meyakinkan dia bahawa satu satunya cita cita saya adalah untuk menamatkan karier saya dengan lebih banyak Ballon d’Or daripada Lionel Messi.”

“Pascal Ferre menipu!”

“Dia menggunakan nama saya untuk mempromosi dirinya dan syarikat penerbitan tempat dia bekerja.”

Ronaldo kemudian mengecam penganjur Ballon d’Or, France Football kerana ketua pengarangnya yang menipu dan menabur fitnah.

“Ini adalah tindakan yang tidak boleh dimaafkan apabila orang yang bertanggungjawab untuk penganugerahan anugerah yang sangat berprestij, telah menabur fitnah ke atas seseorang yang sentiasa menghormati France Football dan anugerah Ballon d’Or.”

“Dan hari ini dia menipu lagi. Membuat spekulasi bahawa ketidakhadiran saya hari ini. Saya tak hadir ke malam gala kerana ianya memerlukan saya dikuarantin.”

“Saya sentiasa mahu mengucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang memenanginya atas dasar semangat kesukanan dan fair play yang diajar kepada saya sejak awal karier saya. Dan saya akan terus melakukannya kerana saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa.”

“Saya sentiasa mahu menang untuk diri sendiri dan kelab yang saya wakili. Saya ingin menang untuk mereka yang menyayangi saya. Dan saya bukan mahu menang untuk menentang [trofi ballon d’or] orang lain.”

“Cita cita terbesar dalam karier saya adalah untuk memenangi sesuatu untuk negara dan piala antarabangsa untuk kelab yang saya wakili serta pasukan negara saya.”

“Cita cita dalam karier saya adalah untuk menjadi tauladan kepada para pemain atau yang mahu menjadi pemain bola sepak profesional.’

“Cita cita terbesar saya dalam karier adalah untuk mengukir nama saya dengan warna emas dalam sejarah bola sepak dunia.’

“Saya akan mengakhiri kenyataan ini dengan menyatakan bahawa fokus saya sudah pada perlawanan Manchester United yang seterusnya dan kesemua perkara yang itu, bersatu dengan rakan sepasukan, penyokong kami dan kami masih boleh mencapai sesuatu musim ini.”

“Selebihnya? Selebihnya biarkanlah ia terus menjadi selebihnya.”

Buat pertama kali sejak 2010, Cristiano Ronaldo tidak berada dalam senarai lima teratas anugerah Ballon d’Or dan pada usia 36 tahun agak sukar untuk Ronaldo mengejar 7 kemenangan Messi.

Maka tuduhan dari Pascal Ferre agak tidak masuk akal walaupun Ronaldo masih mampu bermain di tahap tertinggi namun sukar untuk mengulangi pencapaiannya untuk tempoh 10 tahun yang lalu.

BACA:  Man Utd Goyang Memikirkan 'Badi' Ronaldo Bertemu Chelsea