Ronaldo Memberi Tip RM94,510 Kepada Pekerja Hotel Ketika Bercuti

Cristiano Ronaldo sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan rajin dalam membuat kebajikan telah memberi tip sebanyak RM94,510 kepada pekerja hotel ditempat beliau menginap bersama keluarganya di Greece.

Bintang sensasi dari Portugal itu kini sedang menikmati cuti sementara musim baru belum bersambung selepas membantu Portugal menjulang Trofi Nation League dengan menewaskan Belanda di perlawanan akhir.

Ronaldo yang menikmati gaji tahunan sebanyak RM147 juta (£28 juta) setahun di Juventus yang belum ditambah dengan penajaan lain nyata tidak lokek untuk menghargai layanan yang diberikan pihaka hotel.

Harga bilik hotel yang didiami oleh Ronaldo dan keluarga berharga RM37,000 (£7,000) sahaja untuk satu malam.

Maka tidak hairanlah Ronaldo memberi tip sebanyak RM94,510 untuk dikongsi bersama 10 orang staff di The Costa Navarino.

Pekerja hotel tersebut berjaya memuaskan hati Ronaldo dengan layanan yang diberikan dan menjauhkan paparazzi daripada merakam cuti rehatnya.

Tahun lalu Ronaldo juga telah memberikan tip dengan jumlah yang hampir sama kepada perkerja hotel yang sama ketika bercuti selepas Piala Dunia 2018 di Perancis.

Terkini, Ronaldo dilaporkan sedang menyambung percutiannya di French Riviera membuat terjun tiruk sambil menunggan jet ski di atas sebuah kapal layar mewah.

Harga sewaan kapal layar tersebut yang berukuran 150 kaki itu hanya bernilai RM945 ribu je seminggu.

Kapal mewah itu mempunyai 6 kabih bersama suite mewah, gym yang serba lengkap, panggung wayang dan dilengkapi dengan peralatan menyelam serta peralatan sukan air.

Ronaldo merupakan atlet sukan yang berada ditangga kedua dalam senarai paling kaya. Maka jumlah itu tidak menjejaskan hartanya.

Berikut adalah 10 atlet yang menerima gaji tertinggi di dunia.

1. Lionel Messi (Football) – £99.8 million

2. Cristiano Ronaldo (Football) – £85.6 million

3. Neymar (Football) – £82.5 million

4. Canelo Alvarez (Boxing) – £73.8 million

5. Roger Federer (Tennis) – £73.3 million

6. Russell Wilson (NFL) – £70.3 million

7. Aaron Rodgers (NFL) – £70.1 million

8. LeBron James (NBA) – £69.9 million

9. Stephen Curry (NBA) – £62.7 million

10. Kevin Durant (NBA) – £53.1 million

Baca Juga

Baca Juga