Ronaldo Membuka Dekad Baru Dengan Hatrik Pertama Di Serie A

Cristiano Ronaldo memulakan tahun 2020 dan dekad baru dengan penuh bergaya apabila mencetak hatrik pertama beliau selepas dua musim beraksi di Serie A.

Ini merupakan hatrik yang ke-56 Ronaldo dalam kariernya diperingkat kelab dan antarabangsa yang muncul dengan potongan rambut baru.

Dengan jaringan hatrik ini bermakna Ronaldo telah mejaringkan hatrik dalam 10 kejohanan berbeza.

Juventus berjaya menewaskan Cagliari 4-0 dalam perlawanan ini dan sempat kembali ke puncak Serie A sebelum kembali di potong Inter Milan.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-49 melalui satu sentuhan penyudah yang penuh dengan ketenangan.

Tidak sah tanpa penalti, Ronaldo menjaringkan gol kedua daripada sepakan penalti pada minit ke-67.

Gonzalo Higuan turut mencetak nama sebagai penjaring dengan gol ketiga pada minit ke-81 hasil bantuan gol Ronaldo.

Berselang seminit jaringan tersebut, Ronaldo melengkapkan hatrik beliau yang dengan disusuli dengan laungan SI!!

Ronaldo juga menjadi rakyat Portugal pertama menjaringkan hatrik di Serie A tanpa rasa melekit.

Ronaldo telah mejaringkan hatrik dalam 10 kejohanan berbeza sepanjang kariernya :

1. Serie A

2. Premier League

3. La Liga

4. World Cup qualifying

5. Euro qualifying

6. Copa del Rey

7. Club World Cup

8. World Cup

9. UEFA Nations League

10. UEFA Champions League

Baca Juga

Baca Juga