Ronaldo, Modric Dan Salah Tiga Calon Akhir FIFA Best Men 2018

Pada bulan lalu Fédération Internationale de Football Association (FIFA) telah mengumumkan 10 calon yang berada dalam senarai akhir bagi anugerah Best FIFA Men Player 2018 yang akan berlangsung di London pada 24 September ini.

Cristiano Ronaldo telah menggondol anugerah Best FIFA Men Player pada tahun lalu dan tahun sebelumnya iaitu dua tahun berturut-turut mengatasi seteru terdekat Lionel Messi dan Neymar Guling.

Seramai 10 calon akhir telah disenaraikan FIFA sebelum 3 finalis diumumkan :

1. Luka Modric
2. Cristiano Ronaldo
3. Lionel Messi
4. Antoine Griezmann
5. Raphael Varane
6. Mbappé
7. Salah
8. Hazard
9. De Bruyne
10. Kane

Modric dan Salah muka baru di peringkat akhir

3 finalis bagi anugerah FIFA Best Men 2018 telah diumumkan dan hanya Cristiano Ronaldo masih kekal dalam senarai ini bersama dua muka baru dan tiada lagi Messi.

1. Luka Modric

  • Ketua pasukan Crotia yang membawa Crotia ke final Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah.
  • Pemenang kasut emas di kejohanan Piala Dunia 2018, Russia.
  • Membantu Real Madrid menjulang Champions League dan FIFA Club World Cup.

2. Cristiano Ronaldo

  • Membantu Real Madrid menjulang Champions League dan FIFA Club World Cup.
  • Penjaring terbanyak Champions League 2017/18 dengan 15 gol.

3. Mohamed Salah

  • Membantu Liverpool mara ke final Champions League pada musim pertama.
  • Menjaringkan 32 gol di Premier League sekaligus memecahkan rekod jaringan.
  • Penjaring kedua terbanyak Champions League 2017/18

Hampir Separuh Daripada 30,000 Undi Memilih Modric Sebagai Best FIFA Men Player 2018

Tetapi tahun ini mungkin senario berbeza akan berlaku di mana penguasaan dan monopoli antara Ronaldo dan Messi akan tamat, situasi ini berdasarkan kepada satu tinjauan yang melibatkan 30,000 orang pengundi.

Sebuah penerbitan dari Sepanyol, AS telah melakukan satu tinjauan atas talian bagi memilih siapa yang akan memenangi anugerah Best FIFA Men Player 2018 melibatkan pemain yang berada dalam senarai akhir iaitu, Cristiano Ronaldo, Kevin De Bruyne, Antoine Griezmann, Eden Hazard, Harry Kane, Kylian Mbappé, Lionel Messi, Luka Modrić, Mohamed Salah dan Raphaël Varane.

Dapatan dari tinjauan yang melibatkan 30,413 undi itu sebanyak 14,277(46.78%) undi telah memilih Kapten Croatia, Luca Modrid sebagai pemenang terulung lagi unggul dengan jumlah undian yang begitu selesa dengan majoriti mudah.

Undian diterima Modric jauh meninggalkan Cristiano Ronaldo di tangga kedua yang meraih 5,350(17.59%) undi dan Lionel Messi sekadar di tempat ketiga dengan capaian 4,384(14.41%) undi serta Antoine Griezmann sekadar di tempat keempat.

Diikuti oleh Raphael Varane dengan 1,110 undi (3.65%); Kylian Mbappé, 861 undi (2.83%); Mohammed Salah, 242 undi (0.8%); Hazard, 224 undi (0.74%); De Bruyne, 87 undi (0.29%); dan paling sedih sekadar Kane 34 undi (0.11%).

Namun ini hanyalah undian atas talian dibuat AS bagi meninjau siapa pilihan yang menjadi igauan dan idaman Netizen. Ternyata pasukan pasukan bawah anjing, Croatia yang dipimpin Modric hingga ke final Piala Dunia 2018 memberi kesan kepada undian tanpa perlu bermain isu perkauman dan kos sara hidup.

https://twitter.com/RMadridBabe/status/1022109725733867521

Keputusan Penuh Undian Atas Talian Anugerah Best FIFA Men Player 2018

1. Luka Modric – 14,277 (46.78%) undi
2. Cristiano Ronaldo – 5,350 (17.59%) undi
3. Lionel Messi – 4,384 (14.41%) undi
4. Antoine Griezmann – 3,894 (12.8%) undi
5. Raphael Varane – 1,110 (3.65%) undi
6. Mbappé – 861 (2.83%) undi
7. Salah – 242 (0.8%) undi
8. Hazard – 224 (0.74%) undi
9. De Bruyne – 87 (0.29%) undi
10. Kane – 34 (0.11%) undi

Pengacara terbaik pada 2016

FIFA The Best Awards ini telah diwujudkan pada 2016 selepas FIFA berpisah dengan France Magazine yang menganjurkan anugerah Ballon d’Or yang menawarkan 6 kattegori utama :

1. Best Men Player (Pemain lelaki terbaik)
2. Best Women Player (Pemain wanita terbaik)
3. Best Men Coach (Jurulatih lelaki terbaik)
4. Best Women Coach (Jurulatih wanita terbaik)
5. Best Goal (Gol terbaik)
6. Best Fans (Penyokong terbaik)
7. Best Transgender (Pemain dua alam terbaik)

FIFA juga telah memberi penghormatan kepada 11 pemain terbaik mengikut posisi masing-masing dalam satu pasukan pilihan yang digelar FIFA FIFPro World11 award.

Anugerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA digabungkan pada 2010 untuk menjadi FIFA Ballon d’Or, kerjasama ini akan berakhir tahun 2016 yang membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.

Bagaimana Sistem Undian FIFA The Best Awards Dijalankan?

Tiada sistem 4-4-2. 3-4-2-1 atau 3-5-2 digunakan dalam pemilihan mereka yang terbaik walaupun melibatkan sukan bola sepak. Pada 3 Julai hingga 15 Julai lalu merupakan tempoh penilaian untuk memilih senarai 10 terbaik.

Daripada 10 calon terbaik hanya 3 terbaik akan dipilih bagi setiap kategori selepas undian yang akan diadakan pada 24 Julai hingga 10 Ogos yang melibatkan :

1. Wartawan – 25%
2. Penyokong (Kau la tu) – 25%
3. Jurulatih Pasukan Kebangsaan – 25%
4. Ketua Pasukan Kebangasaan – 25%

Jurulatih dan ketua pasukan setiap pasukan kebangsaan diharamkan untuk mengundi pemain yang berasal dari negara sendiri. Tu pun kalau pemain negara kau tercalon la kan dan pemenang akan diumumkan pada 24 September 2018 di London.

Kalau kau nak undi silakan ke pautan ini yang akan membawa anda ke laman sesawang FIFA.

Baca Juga

Baca Juga