Cristiano Ronaldo pada tahun 2015 pernah menyatakan bahawa dia mahu menamatkan karier bola sepaknya dengan penuh bermaruah dan tidak nampak jalan dirinya akan bermain di Amerika Syarikat (USA), Qatar atau Dubai.
Pada tahun itu Cristiano Ronaldo baru berusia 30 tahun dan berada dikemuncak kariernya serta baru sahaja mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.
Pad ketika itu juga, Liga bola sepak Amerika Syarikat iaitu Major League Soccer (MLS) telah menjadi destinasi pilihan pemain bintang dan handalan dunia bagi menamatkan karier mereka di luar Eropah.
Nama besar seperti Didier Drogba, Steven Gerrard, Frank Lampard, Andrea Pirlo dan David Villa semua ke MLS dan nama-nama tak berapa besar biasanya ke negara Asia atau timur tengah kecuali Xavi dan Andreas Iniesta.
If Ronny goes to Saudi Arabia literally 2 months after this ๐ญ๐ญ๐ญ
โ Marc Geschwind (@MarcGeschwind) December 30, 2022
Kenyataan Cristiano Ronaldo itu merujuk kepada situasi terjadi kepada pemain bintang ketika itu dipenghujung karier dan dia tidak melihat dia akan memilih jalan yang sama.
Ronaldo tidak memperlekehkan liga US atau Qatar namun itu bukan destinasinya. Bercakap dalam rancangan The Jonathan Ross Show di saluran ITV, Cristiano Ronaldo menyatakan:
โDalam fikiran saya saya mahu menamatkan di peringkat teratas, saya mahu menamatkan dengan bermaruah di kelab yang bagus.โ
โIa tidak bermakna pergi ke Amerika Syarikat atau Qatar atau Dubai tidak bagus tetapi saya tidak nampak diri saya (pergi sana).โ
In 2015, Cristiano Ronaldo spoke about his desire to finish his career at the top level. pic.twitter.com/A0evhhsQAs
โ ESPN FC (@ESPNFC) December 30, 2022
Cristiano Ronaldo melahirkan rasa yakin akan mampu bermain dalam tempoh 6 ke 7 tahun lagi kerana usianya masih muda dan itu juga ternyata benar.
โSaya rasa saya masih muda. Saya berumur 30 tahun tetapi nampak 25 tahun. Saya mahu bermain selama enam atau tujuh tahun lagi dan fikir saya masih mampu memenangi secara kolektif, kerana jika anda tidak menang secara kolektif anda tidak boleh memenangi secara individu.โ
Ketika menyertai Juventus, ujian perubatan yang dijalankan ke atas Ronaldo pada 2018 di usia 33 tahun telah mendapati biologi dirinya adalah seperti individu berusia 20-an.
Sporting Kansas City were really trying to sign Cristiano Ronaldo. SKC held a meeting before Morgan interview then one more with concrete talks about the prospects of CR7 playing in Kansas City commercially ๐ต๐น๐บ๐ธ #MLS
Salary package was huge but Ronaldo decided for Al Nassr move. pic.twitter.com/W3SEuZVyI2
โ Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2022
Lapan tahun hampir berlalu, Ronaldo kini kegersangan tanpa kelab dan berstatus ejen bebas dan tiada kelab di Eropah mahu mendapatkannya kerana sikapnya itu.
Lalu kelab Arab Saudi, Al Nassr FC menjadi pilihan Ronaldo yang terbuang maka betullah Ronaldo cakap dia tak akan ke US atau Qatar atau Dubai tetapi Arab Saudi jadi pilihan.
Al Nassr mengumumkan perpindahan penuh bersejarah mereka yang tidak penat memburu Ronaldo dari awal lagi sehinggalah menjadi pemburu tunggal dan satu-satunya pilihan Ronaldo ada.
โIni lebih daripada sejarah dalam pembikinan. Ini adalah tandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan perempuan untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Selamat datang @cristiano ke rumah baharu anda @alnassr_fc.โ
Al Nassr mengikat dan menandatangani Cristiano Ronaldo selama dua tahun dengan bayaran gaji sehingga RM900 juta (โฌ200 juta) setahun dan menjadikannya penerima gaji terbesar dalam bola sepak.