Ronaldo Pemain Pertama Jaringkan Gol Di Empat Edisi EURO

Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo telah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol di empat edisi yang berbeza pada EURO 2004, 2008, 2012 dan 2016.

EURO 2020 merupakan penampilan kelima Cristiano Ronaldo untuk kejohanan terbesar bagi negara Eropah ini dan berpeluang besar melebarkan kepada lima edisi EURO.

Dalam empat edisi EURO, Ronaldo telah melakukan 21 penampilan (1,794 minit) bersama Portugal dengan 9 gol tanpa sebarang penalti berserta 8 assist.

Selain berpeluang melebarkan rekod menjaringkan gol di lima edisi EURO, Ronaldo juga berpeluang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah kejohanan.

Ketika ini Ronaldo berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan Michel Platini yang memegang rekod itu sejak 1984 sebelum disamakan oleh Ronaldo pada 2016.

Jika Ronaldo menjaring satu gol sahaja penjaring terbanyak sepanjang zaman menjadi milik Ronaldo dan melebarkan rekod jaringan di lima edisi EURO.

Pada EURO edisi 2016, Cristiano Ronaldo telah mencipta rekod sebagai pemain pertama menjaringkan gol di empat Edisi EURO yang berlainan, EURO 2004, EURO 2008, EURO 2012 dan EURO 2016.

Semua pemain yang menjaringkan gol di tiga edisi EURO berlainan sudah bersara mereka adalah Nuno Gomes (Portugal), Thierry Henry (France), Zlatan Ibrahimović (Sweden), Jürgen Klinsmann (Germany), Hélder Postiga (Portugal) dan Vladimír Šmicer (Czech Republic).

Ronaldo menjaringkan gol pertama di Euro pada 2004 ketika tewas 1-2 kepada Greece dalam perlawanan peringkat kumpulan dan menjaringkan satu lagi gol di separuh akhir menentang Belanda.

Empat tahun kemudian Ronaldo sekali lagi meledak tetapi hanya satu gol sahaja pada Euro 2008. Sementara itu pada Euro 2012 Ronaldo menjaringkan 3 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bersama Mario Gomez dan Mario Mandzukic.

Pada EURO 2016 tiga lagi gol telah dijaringkan oleh Ronaldo dan mencipta sejarah membawa Portugal memenangi kejuaraan Eropah pertama.

EURO 2004 – 2 gol

Peringkat Kumpulan : Portugal 1-2 Greece – 1 gol
Separuh akhir : Portugal 2-1 Belanda – 1 gol

EURO 2008 – 1 gol

Peringkat Kumpulan : Portugal 3-1 Czech Republic – 1 gol

EURO 2012 – 3 gol

Peringkat Kumpulan : Portugal 2-1 Netherlands – 2 gol
Suku Akhir : Portugal 1-0 Czech Republic – 1 gol

EURO 2016 – 3 gol

Peringkat Kumpulan : Portugal 3-3 Hungary – 2 gol
Separuh akhir : Portugal 2-0 Wales – 1 gol

Penampilan Terbanyak di Kejohanan Euro

Cristiano Ronaldo bukan sahaja menjaringkan gol terbanyak malah menjadi pemain yang membuat penampilan paling tinggi dengan 21 kali.

21: Cristiano Ronaldo (Portugal)
18: Bastian Schweinsteiger (Germany)
17: Gianluigi Buffon (Italy)
16: Lilian Thuram (France), Edwin van der Sar (Netherlands), Cesc Fàbregas (Spain), Andrés Iniesta (Spain)
15: Sergio Ramos (Spain), David Silva (Spain), João Moutinho (Portugal), Nani (Portugal), Pepe (Portugal)
14: Iker Casillas (Spain), Petr Čech (Czech Republic), Philipp Lahm (Germany), Luis Figo (Portugal), Nuno Gomes (Portugal), Karel Poborský (Czech Republic),Zinédine Zidane (France)

Penjaring Terbanyak Bagi Setiap Edisi

1960: 2 François Heutte (France), Viktor Ponedelnik (USSR), Valentin Ivanov (USSR), Dražan Jerković (Yugoslavia), Milan Galić (Yugoslavia)
1964: 2 Jesús Pereda (Spain), Ferenc Bene (Hungary), Dezső Novák (Hungary)
1968: 2 Dragan Džajić (Yugoslavia)
1972: 4 Gerd Müller (West Germany)
1976: 4 Dieter Müller (West Germany)
1980: 3 Klaus Allofs (West Germany)
1984: 9 Michel Platini (France)
1988: 5 Marco van Basten (Netherlands)
1992: 3 Henrik Larsen (Denmark), Karl-Heinz Riedle (Germany), Dennis Bergkamp (Netherlands), Tomas Brolin (Sweden)
1996: 5 Alan Shearer (England)
2000: 5 Patrick Kluivert (Netherlands), Savo Milošević (Yugoslavia)
2004: 5 Milan Baroš (Czech Republic)
2008: 4 David Villa (Spain)
2012: 3 Fernando Torres (Spain), Alan Dzagoev (Russia), Mario Mandžukić (Croatia), Mario Gomez (Germany), Mario Balotelli (Italy), Cristiano Ronaldo (Portugal)
2016: 6 Antoine Griezmann (France)

Pemain Yang Menjaringkan Gol di Tiga Edisi Euro Atau Lebih

4 – Cristiano Ronaldo (Portugal)

2004 v Greece, Netherlands
2008 v Czech Republic
2012 v Netherlands (2), Czech Republic
2016 v Hungary (2)

3 – Nuno Gomes (Portugal)
2000 v England, Turkey (2), France
2004 v Spain
2008 v Germany

3 – Thierry Henry (France)
2000 v Denmark, Czech Republic, Portugal
2004 v Switzerland (2)
2008 v Netherlands

3 – Zlatan Ibrahimović (Sweden)
2004 v Bulgaria, Italy
2008 v Greece, Spain
2012 v Ukraine, France

3 – Jürgen Klinsmann (Germany)
1988 v Denmark
1992 v Netherlands
1996 v Russia (2), Croatia

3 – Hélder Postiga (Portugal)
2004 v England
2008 v Germany
2012 v Denmark

3- Vladimír Šmicer (Czech Republic)
1996 v Russia
2000 v Denmark (2)
2004 v Netherlands

Pasukan Menjaringkan Gol Terbanyak Setiap edisi

Euro 1960: Yugoslavia 6
Euro 1964: Spain, Russia, Hungary 4
Euro 1968: Italy 3
Euro 1972: West Germany 5
Euro 1976: West Germany 6
Euro 1980: West Germany 6
Euro 1984: France 14
Euro 1988: Netherlands 8
Euro 1992: Germany 7
Euro 1996: Germany 10
Euro 2000: France, Netherlands 13
Euro 2004: England, Czech Republic 10
Euro 2008: Spain 12
Euro 2012: Spain 12
Euro 2016: France 13

Senarai Penjaring Sepanjang zaman Euro

1. Michel Platini (Perancis) – 9 Gol

Michel Platini merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EURO sebelum dikejar oleh Cristiano Ronaldo pada EURO 2016 berkongsi sembilan gol.

Pada tahun 1982, Michel Platini telah meninggalakn Saint-Etienne untuk mengejar cita-cita seorang pemain bola sepak dengan menyertai kelab gergasi itali, Juventus.

Hanya dua musim di Juventus, Michel Platini telah meledak gol demi gol dan menamatkan musim di Serie A selaku penjaring terbanyak dua kali dan menang Balllon’Or.

Semarak semangat membara dibakar apai Michel Platini telah dibawa ke kejohanan EURO 1984 dan dalam satu kejohanan sahaja Platini telah menjaringkan 9 gol.

Kesemua sembilan gol Platini itu telah dijaringkan dalam lima perlawanan sahaja dan nama Platini terpahat sebagai penjaring terbanyak EURO selama 32 tahun.

Selepas 32 barulah Ronaldo menyamakan jaringan itu dan selepas 37 tahun rekod itu masih belum dipecahkan, cerah harapan untuk Ronaldo memecahkan rekod itu dengan hanya satu gol lagi.

Di EURO 1984, ketika berusia 28 tahun, Perancis menyaksikan kapten mereka telah mempamerkan aksi terbaik dalam kariernya.

Gol – 9
Perlawanan – 5
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 1.80

3. Alan Shearer (England) – 7 Gol

Alan Shearer penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Premier League telah menjaringkan 7 gol dalam 9 perlawanan di kesemua kejohanan EURO yang pernah beliau sertai.

Kejohanan EURO 1992 merupakan buat pertama Shearer beraksi di kejoahanan Eropah itu dan hanya bermain satu perlawanan dan perlawanan lain hanya memanaskan bangku simpanan.

Pada EURO 1996, Alan Shearer telah menjadi pemenang kasut emas dengan menjaringkan 5 gol dalam lima perlawanan dan membawa England mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman.

Pada EURO 2000, Shearer telah melengkapkan go ke-7 beliau

Gol – 7
Perlawanan – 9
Penalti – 2
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.78

4. Antoine Griezmann (Perancis) – 6 Gol

Antoine Griezmann merupakan satu-satunya calon tebaik untuk memintas Michel Platini dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman yang kini sudah mengumpul 6 gol dalam 7 perlawanan.

Ini kerana faktor usia Griezmann yang masih mampu untuk bermain sekurang-kurangnya satu lagi edisi EURO iaitu EURO 2024. Jika meledak 2-3 gol di EURO 2020 maka semakin besar untuk Griezman.

Selain Ronaldo, Griezmann pemain yang masih aktif bermain berada disenarai teratas selain Ronaldo.

Antoine Griezmann juga merupakan pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.

Gol – 6
Perlawanan – 7
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.86

4. Thierry Henry (Perancis) – 6 Gol

Thierry Henry merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis yang telah menjaringkan 51 gol sepanjang karier antarabangsa dalam 123 perlawanan.

Di kejohanan Euro, Thierry Henry telah melakukan 11 penampilan bersama Perancis dan telah menjaringkan enam berkongsi tangga keempat bersama beberapa orang pemain lain.

Henry telah bermain di tiga edisi Euro dan telah menjaringkan 3 gol di Euro 2000 di mana Perancis muncul juara, 2 gol di Euro 2004 dan satu gol di Euro 2008.

Gol – 6
Perlawanan – 11
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.55

4. Zlatan Ibrahimovic (Sweden) – 6 Gol

Seperti Henry, Zlatan Ibrahimovic merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Sweden dan setakat ini telah menjaringkan 62 gol dalam 118 perlawanan.

Zlatan Ibrahimovic masih belum bersaran dan hampir saja menyertai skuad Sweden untuk Euro 2020 namun terpaksa disisihkan kerana kecederaan.

Zlatan Ibrahimovic telah beraksi di empat edisi Euro pada tahun 2004, 2008, 2012 dan 2016 dengan 13 penampilan dan 6 gol dihasilkan kecuali di Euro 2016.

Gol – 6
Perlawanan – 13
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.46

4. Patrick Kluivert (Belanda) – 6 Gol

Patrick Kluivert merupakan pemain penyerang Belanda yang tenang, membuat debut bersama Belanda pada 16 November 1994 dan mendapat tempat untuk bermain di Euro 1996 dan telah menjaringkan satu gol.

Prestasi terbaik Kluivert adalah pada Euro 2000 apabila menjaring lima gol dalam edisi itu apabila menjadi penjaring gol terbanyak bersama pemain Yugoslavia Savo Milosevic.

Patrick Kluivert menjaringkan empat gol ketika menentang Yugoslavia di suku akhir dengan kemenangan 6-1. Namun Kluivert telah mengaku bahawa beliau tidak menyentuh bola hantaran silang Paul Bosvelt.

Jaringan itu dikira sebagai gol sendiri oleh Dejan Govedarica dan Kluivert hanya mencatat hatrik dan gagal untuk menjadi pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan. Jujur.

Untuk Euro 2004, Kluivert berada bersama skuad Belanda namun hanya memanaskan bangku simpanan sahaja walaupun mara sehingga separuh akhir.

Kluivert merupakan bekas penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Belanda dengan 40 gol sebelum dipotong Robin Van Persie pada 2013.

Gol – 6
Perlawanan – 9
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.67

4. Nuno Gomes (Portugal) – 6 Gol

Nuno Gomes merupakan penyambung legasi penyerang Portugal selepas Pauleta bersara dan telah bermain 79 perlawanan untuk skuad senior Portugal dengan 29 gol.

Nuno Gomes telah menjaringkan empat gol pada Euro 2000 sebelum tewas kepada Perancis di separuh akhir dan satu gol di Euro 2004m tewas dengan sedihnya kepada Greece di final.

Euro 2008 merupakan edisi terakhir Nuno Gomes bersama Portugal dan menjaringkan satu gol. Nuno Gomes membuat 14 penampilan di tiga kejohanan Euro dengan 5 gol dihasilkan.

Gol – 6
Perlawanan – 14
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.43

4. Wayne Rooney (England) – 6 Gol

Wayne Rooney yang kini sudah bersara merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England telah menjaringkan 53 gol dalam 120 perlawanan.

Kejohanan pertama Rooney di Euro adalah pada tahun 2004 ketika hampir berusia 18 tahun dan Rooney telah meledak dengan empat gol dalam empat perlawanan.

Wayne Rooney telah menjaringkan dua gol ketika menentang Switzerland sekaligus menjadi penjaring termuda dalam sejarah Euro dan meledak lagi dua gol ketika menentang Croatia.

Namun rekod penjaring termuda itu hanya sempat dipegang selama empat hari oleh Rooney sebelum Johan Vonlanthen menjaringkan gol ketika menentang Perancis dan kekal sehingga hari ini.

England gagal layak ke Euro 2008 selepas tewas 2-0 kepada Croatia di Wembley ketika pusingan kelayakan dan England kembali semula di Euro 2012.

Di Euro 2012 dan 2016, Rooney telah menjaringkan satu gol di setiap edisi dan secara keseluruhannya telah menjaringkan 6 gol dalam 14 perlawanan Euro.

Gol – 6
Perlawanan – 10
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.60

4. Ruud van Nistelrooy (Belanda) – 6 Gol

Penyerang paling prolifik yang pernah wujud dalam dunia bola sepak, Ruud Van Nistelrooy telah menjaringkan 6 gol dalam 8 penampilan di Euro bersama Belanda.

Ruud van Nistelrooy membuat debut bersama Belanda pada 8 November 1998, namun kecederaan ACL bukan sahaja menjejaskan perpindahan ke Manchester United malah terlepas Euro 2000.

Agak malang buat Ruud van Nistelrooy yang terpaksa menunggu lama untuk kejohanan utama bersama Belanda apabila the Oranje gagal layak ke Piala Dunia 2002.

Pada Euro 2004 barulah Ruud van Nistelrooy merasai kejohanan besar bersama Belanda, Nistelrooy menjaringkan empat gol membawa Belanda ke separuh akhir sebelum tewas kepada Portugal.

Euro 2008 merupakan kali terakhir Nistelrooy membuat penampilan dikejohanan paling agung Eropah itu dengan menjaringkan dua gol.

Ruud van Nistelrooy telah membuat 70 penampilan bersama Belanda dan telah menjaringkan 35 gol.

Gol – 6
Perlawanan – 8
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.75

Senarai 50 Penjaring Terbanyak Euro

Ini pula merupakan senarai penuh 50 penjaring terbanyak sepanjang zaman EURO:

Baca Juga

Baca Juga