Ronaldo Pohon Maaf Kepada Jutaan Ibu Di Seluruh Dunia Kerana Rambut Si Pekan

rambut ronaldo

Ronaldo Luis Nazario de Lima atau Ronaldo Fenomeno atau juga dikenali sebagai Ronaldo Original telah membuat permohonan maaf kerpada jutaan ibu di seluruh dunia kerana rambut si Pekan yang pernah digayakannya.

Pada Piala Dunia 2002 yang berlangsung di dua buah negara Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun pemain sensasi Brazil, Ronaldo telah mengejutkan dunia dengan gaya potongan rambut yang luar biasa dan agak kelakar.

Sehingga kini potongan rambut yang dicukur hampir keseluruhan kepala dan hanya ditinggalkan sejemput di bahagian depan itu kekal menjadi antara potongan rambut yang teruk dalam sejarah bola sepak dunia.

Gaya potongan itu telah menjadi bualan dan menjadi salah satu diantara detik-detik menarik yang terjadi pada kejohanan paling agung Piala Dunia tahun 2002 Korea dan Jepun itu.

Lantaran itu potongan rambut Ronaldo walaupun pelik dan buruk telah menjadi ikutan peminat di seluruh dunia terutamanya peminat cilik.

Kehebatan Ronaldo yang menjaringkan 8 gol yang menobatkan dirinya selaku pemenangan kasut emas dan berjaya membawa Brazil menjuarai Piala Dunia membuatkan peminat sanggup meniru potongan rambut itu.

Lantaran rambut yang pelik dan sukar untuk diterima majoriti masyarakat itu ramai ibu-ibu di seluruh dunia naik hantu dan benci dengan Ronaldo.

Ronaldo juga telah mendedahkan bahawa ibunya sendiri geram dan marah serta mempersoalkan kenapa dia telah memotong rambut sedemikian rupa.

Bercakap bersama Good Morning Britain untuk mempromosikan dokumentari DAZN yang akan datang tentang kerjayanya, bertajuk ‘The Phenomenon’, Ronaldo meminta maaf kepada ibunya dan ibu-ibu di seluruh dunia atas potongan rambutnya.

“Ibu saya – dan berjuta-juta ibu di seluruh dunia – mereka semua membenci saya sehingga hari ini,” katanya dalam nada bergurau.

“Saya jumpa beberapa orang yang anaknya mempunyai potongan rambut yang sama. Saya minta maaf! Saya minta maaf sangat-sangat.”

Potongan rambut Ronaldo kononnya diilhamkan oleh watak bernama Cascao daripada siri kartun Brazil Turma da Monica.

Ronaldo original sebelum ini telah mendedahkan rahsia dan sebab kenapa beliau membuat potongan rambut yang sejemput ala-ala si Pekan dalam cerita batu belah batu bertangkup telan lah aku makan lah aku di kejohanan Piala Dunia 2002, Korea/Jepun.

Pada tahun 2017. selepas 15 tahun Piala Dunia Korea/Jepun berlalu Ronaldo tampil untuk membicarakan dan menceritakan sebab beliau melakukan potongan rambut sedemikian yang tak semengah mana pun.

Rahsia disebalik gaya rambut Ronaldo itu sangat ringkas tujuannya dan agak diluar kotak. Ringkas tapi berjaya dan memberikan hasil yang diinginkan Ronaldo.

Koi Puteh! Koi Puteh! Barulah Putih! – Ujar Ronaldo 15 Tahun Lepas

Bila ditanya kenapa cukur rambut macam pekan sehari Temerloh?

“Koi bukan mende. Malam ter koi nutuh dahan mutan. Bole pulok dia jatuh ke peha koi. Pemberita pulok sibuk nanye. Bila nok sihat peha aok ter? Boleh main ke dok? Giler aok dekat seminggu nanyer koi gitu. Koi ngaku koi cergas cuma 60%.”

—-

“Sebenarnya ketika itu aku mengalami kecederaan peha dan pemberita pula sibuk bertanya mengenai kecederaan itu. Boleh main ke tidak. Hampir seminggu soalan itu ditanya. Aku jawab la, aku cergas pada tahap 60%.”

Serabut dengan soalan yang sama secara bertubi-tubi dari wartawan maka, Ronaldo telah membuat satu tindakan bijak untuk mengalihkan bukan sahaja perhatian wartawan tetapi satu dunia.

“Esoknye koi cukur la macam pekan. Terus orang dok nanyer peha koi dah. Sibuk ke rambut pulok. Power betei koi nipu pemberita.”

—-

“Esoknya aku cukur la rambut tinggal sejemput kat depan. Terus wartawan tidak bertanya tentang situasi peha aku. Mereka sibuk ke rambut pula.”

Satu tindakan bijak daripada Ronaldo untuk memberi fokus yang lebih kepada kejohanan Piala Dunia yang berlangsung daripada diganggu dengan persoalan yang menyerabutkan.

Senangkan? Potong Rambut Menang Piala Dunia dan Top Scorer!

Legend kalau cerita tak perlu panjang-panjang. Senang cerita Ronaldo cukur rambut sebab nak alih perhatian orang supaya tak bercakap mengenai kecederaan beliau dan tindakan kurang popular Ronaldo itu berjaya.

Hasilnya Brazil mengalahkan Jerman di final untuk Brazil mendakap trofi kelima Piala Dunia. Ronaldo penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan menjaringkan kedua-dua gol di perlawanan akhir.

Ronaldo telah berjaya menebus kekecewaan di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis apabila Brazil tunduk di kaki Perancis pada perlawanan akhir dan ketika itu Ronaldo juga diselubungi misteri.

BACA:  Ronaldo Original Namakan Calon Pilihannya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or