Ronaldo Sah Ke Juventus Dengan Bayaran RM472.93 Juta Selama Dua Tahun

Selepas penyingkiran Portugal dari saingan Piala Dunia 2018, spekulasi mengenai masa depan Cristiano Ronaldo ini semakin bertiup kencang mengatakan Ronaldo serius untuk meninggalkan Real Madrid musim panas ini.

Tidak perlu menunggu lama bagi kedua-dua kelab mencapai persetujuan seperti satu kelab yang siap menjalani pemeriksaan perubatan dan hampir jadi tetapi dibatalkan akhirnya kini Kapten Portugal itu sah bersama Juventus.

Real Madrid sehabis daya untuk memujuk Ronaldo supaya kekal bersama Los Blancos dan sanggup membayar gaji kasar sekitar €55 juta setahun menyamai gaji yang bakal dibayar oleh Juventus tetapi Ronaldo nekad untuk pergi.

Kontrak Ronaldo bersama Real Madrid sebelum ini dianggarkan kira-kira €38.5 juta setahun berada di belakang Lionel Messi yang menikmati gaji tahunan sebanyak €73.6 juta dan Neymar dibayar PSG sebanyak €66 juta setahun.

Meskipun klausa pelepasan Ronaldo dari Rela Madrid adalah €1 bilion tetapi Real Madrid sanggup menerima bayaran 10 peratus sahaja dari klausa itu bagi digunakan sebagai modal untuk meneruskan kelansungan pasukan yang dibarisi pemain yang semakin berusia.

Juventus telah mengumumkan secara rasmi perpindahan Ronaldo ke Turin melalui satu kenyataan di laman sesawang mereka.

“Cristiano Ronaldo bakal menyarung jersi Bianconera bagi tempoh empat tahun. Beliau digelar Cristiano Ronaldo dan beliau merupakan pemain Juventus” Itulah permulaan kenyataan Juventus.

PERJANJIAN DENGAN REAL MADRID UNTUK PEMEROLEHAN AKHIR PEMAIN BOLA CRISTIANO RONALDO

Turin, 10 Julai 2018 – Juventus Football Club SpA mengumumkan bahawa ia telah mencapai satu perjanjian dengan syarikat Real Madrid Club De Fùtbol SpA untuk pemerolehan tetap hak bagi prestasi sukan pemain Dos Santos Aveiro Cristiano Ronaldo terhadap satu bayaran € 100 juta, mesti dibayar dalam tempoh dua tahun, ditambah sumbangan perpaduan disediakan oleh peraturan-peraturan FIFA dan caj tambahan € 12 juta.

Juventus menandatangani kontrak prestasi sukan empat tahun dengan pemain sama sehingga 30 Jun, 2022

—-

ACCORDO CON IL REAL MADRID PER L’ACQUISIZIONE DEFINITIVA DEL CALCIATORE CRISTIANO RONALDO

Torino, 10 luglio 2018 – Juventus Football Club S.p.A. comunica di aver raggiunto l’accordo con la società Real Madrid Club De Fùtbol S.p.A. per l’acquisizione a titolo definitivo del diritto alle prestazioni sportive del calciatore Dos Santos Aveiro Cristiano Ronaldo a fronte di un corrispettivo di € 100 milioni, pagabili in due esercizi, oltre il contributo di solidarietà previsto dal regolamento FIFA e oneri accessori per € 12 milioni.

Juventus ha sottoscritto con lo stesso calciatore un contratto di prestazione sportiva quadriennale fino al 30 giugno 2022

Juventus ha sottoscritto con lo stesso calciatore un contratto di prestazione sportiva quadriennale fino al 30 giugno 2022

Real Madrid Meratapi tetapi Relakan Ronaldo Pergi

Ronaldo berpindah ke Santiago Bernabeu dari Manchester United pada tahun 2009 dalam perpindahan rekod dunia ketika itu yang dianggarkan berjumlah £80 juta.

Beliau telah bermain selama 9 musim untuk Real Madrid dan berjaya membantu kelab tersebut memenangi pelbagai kejuaraan disamping memecahkan pelbagai rekod individu.

Sepanjang menyarung jersi Real Madrid, beliau berjaya memenangi 2 kejuaraan La Liga, 2 kali juara Copa Del Rey, dan 4 kali juara Liga Juara-Juara Eropah. Ronaldo juga memegang rekod penjaring tertinggi sepanjang zaman untuk Real Madrid dengan 450 gol.

Kini segalanya menjadi kenyataan apabila Real Madrid telah mengeluarkan kenyataan beserta penghargaan ke atas Ronaldo selama 9 tahun bersama.

Real Madrid telah bersetuju di atas kehendak dan permintaan oleh Cristiano Ronaldo yang telah bersetuju untuk berpindah ke Juventus FC dalam satu kenyataan yang sendu lagi pilu.

“Hari ini Real Madrid ingin untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pemain yang telah membuktikan bahawa beliau pemain terbaik di dunia ini dan telah memberi sinaran yang padu dalam sejarah bola sepak kelab dan dunia bola sepak.

Di luar gelaran yang ditaklukkan, trofi yang didijulang dan kejayaan yang dicapai dalam bidang bola sepak selama 9 tahun ini, Cristiano Ronaldo telah menjadi contoh dalam dedikasi, kerja, tanggungjawab, bakat dan peningkatan.

Dia juga telahmenjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid dengan 451 gol dalam 438 perlawanan. Meraih 16 gelaran, termasuk 4 Piala Eropah, 3 kali daripadanya secara berturut-turut dan 4 kali dalam 5 musim lepas. Secara individu, dengan menyarung jersi Real Madrid Ronaldo telah memenangi 4 Bola Emas, 2 The Best FIFA Awarda dan 3 kasut emas dan banyak lagi.

Bagi Real Madrid Cristiano Ronaldo akan sentiasa menjadi salah satu simbol kehebatan dan rujukan unik untuk generasi akan datang.

Real Madrid akan sentiasa menjadi rumah anda.”

Mesej yang sendu ini diikuti oleh video kenangan Real Madrid dan Ronaldo. #GraciasCristiano

Baca Juga

Baca Juga