Ronaldo Sakan Raikan Gol Pendahuluan Portugal, Kemudian Bruno Diumum Sebagai Penjaring

Cristiano Ronaldo telah dicap sebagai tidak tahu malu di media sosial selepas sakan meraikan jaringan pendahuluan Portugal yang disangka hadir melalui tandukannya namun Bruno Fernandes diumum sebagai penjaring.

Tidak salah untuk Ronaldo meraikan jaringan Portugal itu walaupun bukan dia menjaringkan gol itu kerana mereka kini beraksi di pentas dunia.

Namun kerana namanya adalah Cristiano Ronaldo maka sudah pasti tidak dapat dielakkan lagi dari dikritik dan dikutuk oleh warga maya terutamanya.

Selepas separuh masa pertama yang rapi yang menyaksikan Rodrigo Bentancur mensia-siakan peluang besar untuk memberikan Uruguay pendahuluan, Ronaldolah yang menjadi tajuk utama sekali lagi kerana dia nampaknya telah memberikan peluang penting kepada Portugal.

Pada minit ke-54, Bruno Fernandes melakukan hantaran silang yang cantik, Ronaldo mengatur masa lariannya dengan sempurna sambil menjeling ke belakang gawang.

Portugal akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan selepas hantaran silang cantik telah ditanduk masuk oleh Cristiano Ronaldo.

Ronaldo berlari keluar ketika dia meraikan jaringan sekali lagi selepas menjaringkan gol menentang Ghana dari sepakan penalti pada pusingan pertama perlawanan.

Ketika Ronaldo meraikan sakan jaringan itu, entah sedar atau tidak jaringan telah diberikan kepada Bruno Fernandes dan assist kepada Raphael Guerreiro.

Ronaldo langsung tidak menyentuh bola tersebut ketika cuba menanduk dan bola terus masuk tetapi jika Ronaldo tidak melonjak naik pasti mudah untuk Sergio Rochet Alvarez menyelamatkan bola.

Pengulas di saluran tv juga tidak terkecuali untuk mempersendakan Ronaldo dengan menyatakan Ronaldo telah melihat scoreboard ketika dikeluarkan.

Lantaran itu Ronaldo menjadi bahan gurauan, troll, memes dan kritikan di media sosial yang dituduh sebagai terdesak mahukan gol.

‘Hair of God’ telah mula trending di Twitter menyamakan peristiwa gol yang dijaringkan Diego Maradona ketika menentang England di separuh akhir Piala Dunia 1986.

Insiden itu telah digelar sebagai ‘Hand of god’ dan kebarangkalian Ronaldo menjaringkan gol itu adalah melalui sentuhan rambut sahaja kerana bola tidak menyentuh kepala.

Maka peperangan mula terjadi antara peminat Ronaldo dan juga pembenci yang cuba mempertahankan hujah masing-masing walaupun gol telah diberikan kepada Bruno Fernandes.

Mungkin Ronaldo sendiri pun tidak ambil kisah mengenai gol itu dan hanya mainan media yang menyatakan dia terdesak mahu claim gol tersebut.

Piers Morgan yang mendonia sebelum Piala Dunia kerana Ronaldo tampil membela pemain itu dan menyatakan Ronaldo patut menjadi pemilik gol tersebut.

Siapa pun empunya gol itu Portugal kini sah ke pusingan 16 terakhir selepas Bruno Fernandes mengesahkannya dengan jaringan kedua pada penghujung masa melalui sepakan penalti.

Jose Gimenez telah dinutmeg Bruno Fernandes sehingga terjatuh kerana hilang keseimbangan badan dan malangnya ketika jatuh tangannya telah menyentuh bola.

Bruno Fernandes membantah keras pengadil merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) di tepi padang lalu menghadiahkan sepakan penalti.

Malang buat Jose Gimenez dikenakan penalti dalam situasi benar-benar tidak sengaja, jika bola tidak terkena tangan, bola itu akan sampai kepada pemain Portugal yang dalam posisi terbaik untuk jaringkan gol.

Menurut pundit di Astro Jose Gimenez sengaja menyentuh bola bagi mengubah haluan bola dari sampai kepada pemain Portugal kerana di pemain terakhir.

Bruno Fernandes mengambil sepakan dan cubaan pemain Uruguay merosakkan spot penalti gagal, Bruno Fernandes mudah menewaskan penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet Alvarez.

Di penghujung perlawanan, Bruno Fernandes hampir menjaringkan gol ketiga dan mencipta hatrik dengan satu rembetan leret malangnya dinafikan tiang gol.

Bruno Fernandes cemerlang menjadi nadi Portugal setakat ini dengan 2 gol dan 2 assist selepas hanya dua perlawanan sahaja.

BACA:  Ronaldo Bengang Kerana Ralf Rangnick Mengeluarkan Beliau Ketika Aksi Bertemu Brentford