Ronaldo Sanggup Terima Pemotongan Gaji Asal Saja Dapat Tinggalkan Old Trafford

Cristiano Ronaldo bersedia untuk menerima pemotongan gaji dalam usahanya mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.

Ronaldo sanggup menerima pemotongan gaji kerana beliau benar-benar mahu menyertai kelab yang boleh menawarkan beliau beraksi dalam saingan Champions League.

Kem Manchester United dikejutkan dengan berita yang Cristiano Ronaldo mahu meminta untuk dirinya dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selepas hanya setahun membuat kemunculan semula bersama kelab, Cristiano Ronaldo akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford kerana menganggap kelab tidak bercita-cita tinggi.

Sementara kelab sangat berhasrat mahu memastikan pemain berusia 37 tahun itu kekal di Old Trafford, Ronaldo sepertinya bukanlah pemain yang akan kekal andai beliau sudah bertekad mahu pergi.

Melihat kepada usia beliau, dan ditambah pula dengan kedudukan Man Utd yang sedikit huru-hara pada ketika ini, menyebabkan sukar untuk peminat melihat Ronaldo terus melanjutkan kariernya di Old Trafford.

Beliau sudah mendedahkan hasratnya untuk pergi dan Ronaldo sepertinya benar-benar mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Bukan hanya kerana menganggap kelab tidak bercita-cita tinggi, Ronaldo juga dikatakan terdesak mahu beraksi di pentas saingan Champions League.

Tidak ada kelab yang akan berani atau mampu untuk membayar gaji Ronaldo yang ketika ini menerima £500,000 seminggu.

Bahkan andai Chelsea benar-benar mahu menandatangani Ronaldo sekalipun, mereka belum tentu mampu lagi untuk membayar gaji beliau yang luar biasa lumayan itu.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru tentang Ronaldo sepertinya memberi khabar positif kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Ronaldo dilaporkan sanggup menerima pemotongan gaji dalam usahanya mahu menyertai kelab yang beraksi di pentas saingan Champions League.

Laporan sama turut mendakwa yang pemain penyerang itu merasakan tidak ada kelab yang betul-betul terdesak mahu mendapatkan khidmatnya pada ketika ini dan kerana itulah beliau sanggup untuk menerima pemotongan gaji.

Beliau dikaitkan dengan Chelsea selepas ejennya, Jorge Mendes ada bertemu dengan pemilik baru Chelsea baru-baru ini.

Mendes turut melaporkan yang ada beberapa kelab lain sebenarnya turut tampil menyatakan minat mereka untuk mendapatkan bintang Portugal itu.

Bayern Munich dikatakan antara kelab yang dikaitkan dengan Ronaldo, namun sporting director mereka menegaskan yang mereka tidak ada perancangan sama sekali untuk mendapatkan bintang Man Utd itu.

Bayern Munich pada ketika ini sedang berunding bersama Barcelona berkait urusan perpindahan pemain penyerang mereka, Robert Lewandowski.

Gergasi Bundesliga itu juga sebenarnya sudah berjaya mendapatkan pemain pengganti untuk Lewandowski dengan mereka pada awal bulan lalu telah berjaya melengkapkan perpindahan Sadio Mane dari Liverpool.

Cristiano Ronaldo juga berkemungkinan akan kembali bekerjasama dengan Jose Mourinho, dengan pengurus Roma itu merupakan individu bertanggungjawab dalam memperkenalkan bintang Portugal itu di posisi nombor sembilan.

AS Roma pada ketika ini tersangat berminat mahu mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo dengan Jose Mourinho sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu.

Ronaldo walau bagaimanapun mungkin tidak akan ke Roma, memandangkan kelab dari saingan Serie A itu tidak beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Cristiano Ronaldo dikatakan tidak sanggup melihat rekodnya dalam saingan Champions League dipecahkan dan kerana itulah beliau benar-benar mahu beraksi dalam pertandingan tersebut.

Ronaldo mahu tinggalkan United kerana takut rekodnya dipecahkan

Menurut bekas bintang Chelsea dan Celtic, Tony Cascarino, Ronaldo hanya mahu meninggalkan kelab kerana bimbang rekod beliau dalam saingan Champions League.

Legenda Portugal itu pada ketika ini merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah saingan Champions League dengan menjaringkan 141 gol.

Seteru utama beliau, Lionel Messi berada di kedudukan kedua dengan menjaringkan 125 gol, dan Messi bakal beraksi dalam saingan Champions League musim hadapan.

Ronaldo pula pada musim baharu ini beliau hanya akan beraksi dalam saingan Europa League andai beliau kekal bersama Manchester United.

Cascarino memberitahu talkSPORT bahawa:

“Ronaldo merupakan seorang pemain, seperti biasa dia ada ego dia. banyak yang ada dalam diri dia yang membantu pasukan dia sertai untuk berjaya, jadi kamu akan ingat benda itu yang dia sebagai seorang team player.”

“Hebat, dia menjaringkan gol, dia berhak dapat pujian, dia antara pemain terhebat sepanjang zaman. Kamu boleh nampak semua itu ada pada dia dan itu tak ada masalah, asalkan kelab menang. Ketika kamu tak menang, sekarang kamu bermasalah.”

Cascarino kemudiannya turut menambah bahawa:

“Saya katakan kepada kamu ketika off-air, saya sedikit sangsi kerana dia berjaya jaringkan 141 gol dalam saingan Champions League. Messi berjaya jaringkan 125 gol. Dia mahu tetap bermain dalam saingan Champions League kerana dia mahu kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Champions League. Itulah siapa Cristiano Ronaldo.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Salah Akui Belum Lagi Capai Tahap Messi Dan Ronaldo