Ronaldo Selepas Mencetak Hatrik: Sebab Itulah Juventus Beli Saya

Bintang bola sepak tersohor, Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan mengapa beliau adalah pemain paling hebat di dunia apabila menjaringkan hatrik ketika menentang Atletico Madrid dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Juventus memerlukan sesuatu yang istimewa untuk layak ke saingan suku akhir selepas tumpas 2-0 kepada pasukan bimbingan Diego Simeone pada perlawanan pertama di Sepanyol dua minggu yang lalu.

Not normal-normal. Itulah ungkapan yang bisa diungkapkan kepada CR7 selepas mencetak satu lagi hatrik awal pagi tadi

Ketika Juventus memerlukan magis dari pemainnya, muncul lah Ronaldo menyelamatkan keadaan. Bagaikan Superman menyelamatkan Lois Lane, Juventus bangkit dari ambang penyingkiran hasil persembahan individu yang menakjubkan dari pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali.

Liga Juara-Juara Eropah dan Ronaldo bagaikan pasangan yang susah untuk dipisah. Ronaldo sudah memenangi kejohanan tersebut sebanyak 5 kali sepanjang kariernya, jumlah paling banyak yang pernah diraih mana-mana pemain dalam sejarah.

Ronaldo berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 3 kali berturut-turut bersama Real Madrid sebelum membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru di Itali.

Mimpi ngeri melihat bicycle kick Ronaldo musim lepas bertukar menjadi mimpi indah musim ini

Juventus yang saban tahun gagal memenangi Liga Juara-Juara Eropah akhirnya berjaya memancing pemain yang sering menjadi duri dalam daging ketika bertemu Real Madrid.

Antara paling diingati adalah jaringan ‘bicycle-kick’ Ronaldo ketika Real Madrid menewaskan Juventus di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim lepas di Itali.

Disebabkan aksi cemerlangnya dalam kejohanan tersebut, Juventus sanggup menghabiskan £105 juta untuk membawa Ronaldo ke Turin demi merealisasikan impian peminat Juventus untuk bergelar juara Eropah.

Dalam temu bual bersama Sky Sports Italia selepas mencetak hatrik, Ronaldo berkata beliau dibawa masuk ke Juventus untuk menghasilkan persembahan seperti dalam perlawanan tadi.

“Malam ini mesti menjadi malam yang istimewa dan mujurlah ia berlaku.”

“Jika kami berterusan bermain macam ini, walaupun kami belum menang apa-apa, kami mempunyai sebab untuk berasa bangga. Kami berada dalam landasan yang tepat untuk menjuarai pertandingan ini.”

“Sebab itulah Juventus menandantangani saya. Saya cuma mencuba sehabis yang baik.”

“Malam ini merupakan malam yang penuh magis. Atletico Madrid merupakan sebuah pasukan yang sukar untuk ditentang tetapi kami berjaya menunjukkan yang kami juga adalah pasukan yang besar.”

Antoine Griezmann. Forever in Ronaldo’s shadow.

Ronaldo sering menjadi duri dalam daging buat Atletico Madrid sejak beliau menyertai Real Madrid. Dari 31 perlawanan di antara Real Madrid dan Atletico Madrid, beliau berjaya membantu pasukannya memenangi 14 perlawanan dan 9 keputusan seri.

Dengan kemenangan tersebut, Juventus menempah tiket untuk bersaing di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan undian akan dijalankan pada hari Jumaat ini.

Ronaldo juga berpeluang untuk pulang ke gagang sekiranya Juventus diundi bertemu Manchester United, yang turut layak dengan cara yang penuh menakjubkab apabila menyingkirkan PSG.

Tetapi sudah tentu peminat Setan Merah tidak mahu melihat ia berlaku. At least not now.

https://twitter.com/ESMSPORTS2/status/1105787072625938433

BACA:  Real Madrid Terdesak Mahu Menandatangani Nadi Penting Liverpool