Ronaldo Telah Menamatkan Karier Smalling Di Italy?

Share on facebook
Share on twitter

Cristiano Ronaldo dikatakan telah menamatkan karier bola sepak Chris Smalling di Serie A dalam perlawanan AS Roma menentang Juventus.

Pemain penyerang veteran Juventus itu telah menghasilkan satu skil yang gila lagi beraras tinggi yang tidak mampu untuk Smalling berbuat apa.

Ronaldo telah menerima bola dalam kotak penalti dan Smalling teguh mengawal segera merapati bagi menutup ancaman daripada Ronaldo.

Namun Ronaldo berusia veteran namun masih berbeza dengan membuat satu roulette kesukaan ramai ke pemain pinjaman daripada Manchester United itu.

Kejadian itu menyebabkan ada berpendapat Ronaldo telah memusnahkan karie Smalling yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama AS Roma.

Malah Smalling juga dikatakan akan dihantar kembali ke England selepas terkena skil Ronaldo itu.

Aksi Ronaldo melepasi Smalling dalam gerak perlahan.

Dalam perlawanan ini, Juventus telah menewaskan AS Roma 2-1 dan sudah semestinya kemenangan dan tiga mata penuh di cari Juventus.

Juventus terlebih dahulu dihapadan dengan dua gol selepas 10 minit permainan dan kedudukan ini kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Merih Demiral menjaringkan pertama dan gol kedua adalah hasil jaringan Cristiano Ronaldo melalui sepakan penalti.

Gol saguhati Roma dijaringkan oleh Diego Perotti juga melalui sepakan penalti pada minit ke-68.

Kemenangan ini telah melonjakkan skuad bimbingan Maurizio Sarri kembali ke puncak liga dengan kelebihan dua mata.

Keputusan seri Inter Milan menentang Atalanta membolehkan Juventus memotong tang konar.

Share on facebook
Share on twitter

Baca Juga

Baca Juga