Ronaldo Telah Tercium Dybala Ketika Meraikan Gol

Cristiano Ronaldo secara tidak sengaja telah mencium mulut rakan sepasukannya, Paolo Dybala selepas bintang Portugal itu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Parma di Serie A.

Selepas gagal untuk memenangi anugerah Ballon d’Or 2019, Cristiano Ronaldo tidak menoleh ke belakang lagi dengan mempamerkan kehebatan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Pemain yang bakal berusia 35 tahun itu telah menjaringkan 11 gol dalam 7 penampilan terakhir bersama Juventus dan secara keseluruhan 16 gol telah dijaringkan musim ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Allianz Stadium itu, Ronaldo telah menjaringkan dua gol.

Gol kedua terhasil daripada rembatan leret hasil hantaran cantik dan bijak daripada Paol Dybala pemain yang kembali bersinar musim ini.

Sudah menjadi lumrah penjaring dan pembantu akan berlari berkejaran bersama-sama meraikan jaringan.

Itulah yang dilakukan oleh Ronaldo dan Dybala mereka berlari bergandingan bahu bersama menuju ke penjuru padang.

Namun keraian gol itu telah terjadi satu detik yang tidak menyenang lalu tersebar keserata pelusuk media sosial.

Ketika Ronaldo mahu berpaling, Dybala juga berpaling lalu menurut pandangan netizen bibir mereka bersentuhan tetapi dalam sekelip mata.

Dua bibir bersentuhan biasanya dipanggil ciuman tetapi Ronaldo telah tercium Dybala, dengan pantas Dybala dan Ronaldo mengelak.

Mereke membatalkan ciuman itu sambil berpelukan dan disertai pemain lain.

Dalam perlawanan ini Ronaldo telah menjaringkan dua gol sekaligus membolehkan Juventus meraih 3 mata berharga dan meninggalkan Inter Milan empat mata dibelakang.

Cristiano Ronaldo membuka jaringan buat Juventus dua minit sebelum separuh masa pertama tamat dengan satu gerakan potongan ke dalam dari kiri padang.

Tanpa berlengah Ronaldo melepaskan satu rembatan padu yang tertampan pemain Parma menyebabkan penjaga gol tersalah langkah.

Andreas Cornelius pemain pinjaman Parma dari Atalanta menyamakan kedudukan 10 minit selepas permainan bersambung.

Namun gol itu hanya bertahan selama tiga minit sahaja apabila Ronaldo kembali meletakkan Juventus di depan hasil umpanan Dybala.

Percubaan leret Ronaldo itu telah menjadi gol kemenangan buat Juventus.

Pada musim ini Ronaldo telah menjaringkan 18 gol untuk Juventus dalam semua kejohanan.

Serie A: 16
UCL: 2

Starting XI: Szczesny (7), Cuadrado (6), De Ligt (7), Bonucci (6), Sandro (5); Rabiot (6), Pjanic (6), Matuidi (6), Ramsey (5); Dybala (6), Ronaldo (8*).

Substitutes: Danilo (6), Higuain (5), Costa (5)

Starting XI: Sepe (7); Darmian (7), Iacoponi (6), Alves (7), Gagliolo (6); Kucka (6), Hernani (5), Scozzarella (6); Kulusevski (6), Inglese (5), Kurtic (6)

Substitutes: Cornelius (7), Sprocati (5), Siligardi (N/A)

Baca Juga

Baca Juga