Ronaldo Tembam : Cristiano Ronaldo Akan Memenangi Ballon d,Or

Menjelang anugerah Ballon d’or yang bakal menjelang para pemain dan bekas pemain bolasepak serta penyokong mula mencongak dan menduga calon pilihan masing-masing yang dirasakan layak untuk memenangi anugerah tersebut.

Lagenda bolasepak Brazil, Ronaldo El Fenomeno atau Ronaldo Tembam tidak ketinggalan dalam memberi pendapat tentang calon kegemaran beliau. Ronaldo Tembam memilih bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bakal merangkul anugerah Ballon d’Or sekaligus mengetepikan pesaingnya, Lionel Messi.

Cristiano Ronaldo dilihat sebagai pemain pilihan untuk merangkul Ballon d’Or buat kali keempat selepas membantu Portugal memenangi Euro 2016 serta menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 31 tahun itu telah meledak 51 gol dalam semua pertandingan untuk Madrid musim lalu di samping jaringan tiga golnya menyaksikan Portugal mencipta sejarah di Perancis.

Bekas penyerang Real Madrid, Ronaldo Tembam, percaya pencapaian Cristiano Ronaldo tahun ini tidak mampu ditandingi mana-mana pemain.

“Tahun ini, saya memilih Cristiano berbanding Messi untuk memenangi Ballon d’Or berdasarkan pencapaiannya musim ini bersama kelab dan negara” jelas Ronaldo kepada Claro Sports.

Bagaimanapun, prestasi Cristiano Ronaldo pada musim 2016/17 agak hambar dan dikritik kerana gagal menjaringkan gol, dalam saingan La Liga ketika berdepan Leganes, beliau hanya mampu melakukan percubaan sebanyak tiga kali sepanjang perlawanan.

Menjawab kepada persoalan itu Ronaldo Tembam berkata

“Ini hanya sementara, saya tidak berpendapat prestasinya akan menurun.”

Persaingan Ballon d’Or seolah-olah hanya berkisar kepada Cristiano Ronaldo dan Messi sahaja walaupun terdapat 28 orang calon yang lain.

Baca Juga : Senarai 30 Calon Ballon d’Or 2016

Suarez sebelum ini seolah-olah telah mengaku kalah dari persaingan walaupun dicalonkan, Suarez berkata beliau sukar untuk memenangi anugerah tersebut kerana tiada faktor pemasaran dan nilai komersil pada dirinya.

Baca Juga

Baca Juga