Ronaldo Tidak Berada Dalam Ranking 10 Penyerang Terbaik Musim 2017/18

Cristiano Ronaldo baru sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia selepas merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali kelima awal bulan ini, malah pada bulan lalu Ronaldo juga berjaya meraih anugerah FIFA The Best Men.

Namun itu semua sekadar nikmat dunia sahaja, akhirat jua yang kekal selamanya. Musim ini Ronaldo hanya menjaringkan 4 gol sahaja di 11 perlawanan La Liga untuk Real Madrid dan 3 jaringan dilakukan dalam 3 perlawanan terakhir. Power bukan?

Football Observatory, a research group within the International Centre for Sports Studies (CIES) yang berpengkalan di Switzerland telah mengeluarkan senarai 10 penyerang terbaik bagi Liga Eropah 5 teratas.

Dalam senarai yang dikeluarkan CIES Football Observatory itu, nama Ronaldo tidak langsung berada dalam senarai 10 terbaik. Sergio Aguero berada dalam senarai teratas sebagai penyerang terbaik dunia ketika ini.

10 Penyerang Terbaik. Imej : CIES

Walaupun lena ku panjang, tiada mimpi bertandang, Aguero musim ini banyak digilirkan dengan Gabriel Jesus dan terpaksa berehat kerena kemalangan, faktor ini tidak diambil kira kerana Aguero telah menjaringkan 9 gol dalam 11 perlawanan dan menang 10 perlawanan.

Rakan penggiliran Aguero di Manchester City pula, Gabriel Jesus berada di tangga ke-8 selepas menjaringkan 8 gol dalam 15 perlawanan Premier League. Satu angka yang padu bagi pemain muda. Cerah masa depan budak ni.

Jesus cukup tajam setakat ini.

Seorang lagi pemain Premier League yang berada dalam senarai 10 terbaik sudah tentu, Harry Kane yang dikedudukan ke-5. Kane telah setakat ini telah menjaringkan 12 gol dalam 15 perlawanan musim 2017/18.

Penyerang berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski berada dibelakang Aguero di tempat ke-2. Pemain Lazio Ciro Immobile dan penyerang Roma, Edin Dzeko masing-masing berada di tempat ke-3 dan ke-4.

Sentiasa cemerlang.

Pemain Sampdoria, Fabio Quagliarella di tangga ke-6 dan penyerang prolifik PSG, Edison Cavani berada di belakang di tempat ke-7. Radamel Falcao dan penyerang Valencia, Rodrigo Moreno melengkapkan kedudukan masing-masing di tangga ke-9 dan ke-10.

Jika diikutkan kedudukan, Ronaldo berada ditangg ke-12 dihadapan Luis Suarez yang berada di tangga ke-13.

Kenapa Ronaldo Teruk sangat kedudukan? Pemain Terbaik Dunia kot

Kajian yang dibuat oleh CIES Football Observatory ini, algoritmanya hanya memfokuskan kepada perlawanan domestik sahaja di big 5 leagues iaitu England – Premier League, Spain – La Liga, Germany – Bundesliga, Italy – Serie A, dan France – Ligue 1.

Ini bermakna prestasi di Champions League atau Europa League dan lain-lain tidak diambil kira. Hanya liga sahaja. Walaupun Ronaldo cemerlang di Champions League namun Ronaldo tidak begitu padu di La Liga. Lega sikit peminat Ronaldo mendengarnya kan?

Di La Liga Ronaldo telah mencipta 19 peluang sama seperti Aguero tetapi gagal memberikan kesan yang besar seperti penyerang City itu jika diambil kira dari segi scoreline dan memenangi perlawanan.

Aguero jelas mendominasi. Imej : The Sun

Ronaldo hanya menghasilakn 4 gol dan 2 bantuan gol sahaja daripada 19 peluang yang dicipta. Secara puratanya Ronaldo hanya mampu mejaringkan gol atau mencipta peluang gol setiap 162 minit ketika berada di padang.

Dalam 11 perlawanan Premier League, Aguero juga telah menciptaa 19 peluang, membuat 3 bantuan gol dan menjaringkan 9 gol. Maka secara puratanya Aguero mampu menjaringkan gol atau mencipta peluang gol setiap 72 minit ketika berada di padang.

Nampak tak jurang kedudukan pertama dan ke-12? Ada nampak mami happy?

Kenapa aku tak masuk top 10? Uhuk Uhuk. Imej : Indianxpress)

Ronaldo juga hanya mempunyai kadar kemenangan 60 peratus sahaja(6 perlawanan daripada 10) dan hanya tiga perlawanan sahaja menang dengan jaringan lebih daripada satu gol itu pun ketika menentang kelab yang biasa-biasa atau lebih tepat bawahan.

Aguero pula telah menjaringkan 9 gol dalam 11 perlawanan dan menang 10 perlawanan dan satu seri. Kemenangan bukan dengan kelab-kelab biasa seperti Manchester United.

Mungkin anda tercari-cari di mana Messi, Neymar dan Salah? Gembira la tu peminat Ronaldo Messi takda dalam senarai langsung.

Di Mana Messi dan Neymar?

Bagi yang tertanya-tanya, pemain yang cemerlang musim ini disaingan domestik, Salah, Lionel Messi dan Neymar tiada dalam senarai 10 penyerang terbaik kerana mereka ini termasuk dalam kategori pemain sayap.

Lionel mendahului carta sebagai pemain sayap terbaik disamping, Leroy Sane, Neymar, Arjen Robben, Salah dan korang tengok sendiri list dibawah.

10 Sayap Terbaik. Imej : CIES

Baca Juga

Baca Juga