Ronaldo Tunjukkan Sifat Pemurah Apabila Tinggalkan Tip Yang Tinggi Ketika Bercuti Di Greece

Cristiano Ronaldo menunjukkan sifat pemurah beliau ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Greece apabila meninggalkan tip yang cukup besar kepada pekerja-pekerja hotel tempat beliau menginap.

Laporan tersebut berkata Ronaldo amat berterima kasih kepada seluruh staff hotel kerana menjaga keluarganya dengan cukup baik dan berbesar hati memberikan tip yang tinggi sebagai tanda penghargaan.

Ronaldo menuju ke Greece untuk memulakan percutiannya sebaik sahaja Portugal tersingkir dari Piala Dunia

Ronaldo dilaporkan meninggalkan tip berjumlah €20 ribu untuk dibahagikan kepada staff-staff hotel berkenaan. Jumlah tersebut bukan satu masalah buat Ronaldo memandangkan beliau baru sahaja menandatangani kontrak lumayan selama 4 tahun untuk bermain dengan Juventus.

Bekas penyerang Real Madrid itu menukar angin baru apabila menyertai Juventus minggu lalu dalam perjanjian bernilai €100 juta (£88 juta/$117 juta). Ronaldo turut menjadi pemain menerima gaji paling tinggi di Eropah selepas menyertai Juventus.

Berikutan penyertaan Ronaldo bersama skuad Portugal di Piala Dunia 2018, Ronaldo masih lagi sedang bercuti bersama keluarganya.Selepas bercuti di Greece, beliau singgah sebentar di Turin minggu lalu untuk menjalani pemeriksaan perubatan seterusnya menandatangani kontrak untuk bergelar pemain Juventus yang baru.

Ronaldo bersama keluarga besar beliau. Kerana gembira dengan layanan pekerja hotel, beliau bermurah hati memberikan tip 2000 euro seorang

Sebaik sahaja tersingkir dari Piala Dunia, Ronaldo menuju ke Greece untuk bercuti bersama pasangannya, Georgina Rodriguez. Ronaldo menginap di sebuah hotel yang dikenali sebagai ‘The Royal Methoni ‘ selama 10 hari. Kerana gembira dengan layanan staff hotel terhadap beliau, beliau meninggalkan tip berjumlah €20,000 sebelum meninggalkan Greece.

“10 orang pekerja hotel yang diberi tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada Ronaldo dan keluarganya dan menjauhkan paparazzi dari mereka, telah menerima tip berjumlah €2,000 seorang.”

Ronaldo turut memuat naik beberapa gambar percutiannya di Instagram. Ronaldo yang menjaringkan 44 gol dalam musim terakhirnya di Madrid dilihat berada dalam keadaan tenang sebelum memulakan musim baru bersama Juventus.

Hotel tersebut menjadi pilihan Ronaldo kerana ia menawarkan perkhidmatan layanan 24 jam sehari dan mempunyai beting pasir yang luas bagi menghalang paparazzi dari mendekati tempat penginapan.

Peminat Juventus sudah tidak sabar menantikan kelibat Ronaldo dalam baju Old Lady

Sebelum menandatangani kontrak dengan Juventus, presiden kelab berkenaan Andrea Agnelli melawat Ronaldo di Greece untuk berbincang mengenai perpindahan tersebut.

Ronaldo dilaporkan telah bergerak ke China untuk menyertai skuad Juventus yang melakukan pra-musim di sana. Juventus akan bertemu pasukan seperti Bayern Munich, Benfica dan akhir sekali kelab lama Ronaldo, Real Madrid dalam International Champions Cup.

BACA:  "Jangan Percaya"- Ten Hag Sebenarnya Menipu Ketika Bercakap Tentang Ronaldo