Ronda Rousey Secara Rasmi Sertai WWE, Triple H Jadi Mangsa Pertama

Selebriti terkenal UFC, Ronda Rousey secara rasmi menandatangani kontrak menyertai WWE dalam satu majlis khas di WWE Elimination Chamber dihadapan ribuan penonton yang tanpa henti bersorak nama beliau.

Rousey juga mengumumkan kemasukan beliau ke rancangan hiburan terkenal dunia itu dengan menghempap bos barunya, Triple H ke meja sehingga patah !

Mangsa pertama Rousey. Puas

Sejurus sahaja menandantangani kontrak untuk bersama dengan WWE, Rousey tidak menunggu lama untuk menghiburkan jutaan peminat WWE di seluruh dunia dengan melempar Triple H ke meja dan membuatkan Stephanie McMahon naik gila di atas pentas.

Dalam satu tweet yang dikeluarkan Rousey tamat acara tersebut, beliau tidak gembira dengan apa yang berlaku di atas gelanggang dan berkata ia sepatutnya berjalan dengan lancar jika tidak kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh Kurt Angle.

Semuanya berjalan dengan lancar sehingga pemenang pingat emas Olimpik, Kurt Angle membuka mulut dimana beliau mendakwa Triple H hanya mahu mempergunakan Rousey untuk kepentingan peribadi sahaja dengan menawarkan kontrak kepadanya.

“Saya tidak dapat mengingati kali terakhir atlet berkaliber seperti ini [merujuk kepada Rousey] melangkah masuk ke WWE sejak pemenang pingat emas Olimpik bernama Kurt Angle. Atlet ini telah menempuh segala tembok halangan dihadapannya untuk bergelar juara judo dan pemenang pingat Olimpik. Di MMA, mereka telah mencipta satu kategori berat khas untuk beliau.”

“Pada pendapat saya, Rousey berhak mendapat gelaran wanita paling ‘kuat’ di planet ini.”

Tetapi tidak lama kemudian, ketika Rousey sedang menandatangani kontrak, Kurt mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi dimana beliau mendakwa Triple H dan Stephanie hanya mahu mempergunakan populariti Rousey untuk kepentingan peribadi sahaja.

Keadaan menjadi hangat dan akhrinya Triple H menjadi mangsa pertama Rousey di gelanggang WWE.

Rousey tidak perlu menunggu lama untuk melakukan debut di WWE dimana beliau telah disahkan bakal membuat penampilan di acara paling besar WWE, Wrestlemania pada 8 April ini. Terdapat spekulasi mengatakan beliau mungkin bakal bergandingan dengan Kurt Angle atau The Rock untuk menentang Triple H dan isterinya, Stpehanie dalam perlawanan Tag-Team.

BACA:  Senarai Pendapatan Tertinggi Yang Diraih Bintang WWE