Rooney Masih Tak Puas Kemenangan Man City Ke Atas QPR 10 Tahun Lalu Tidak Disiasat

Legenda Manchester United dan jurulatih Derby County, Wayne Rooney, tidak berpuas hati dengan kemenangan Manchester City ke atas QPR 10 tahun lalu.

Di mana legenda Manchester United itu mendapati ada sesuatu yang pelik di saat kejayaan Manchester City menjuarai Liga Perdana 2011-2012.

Sepuluh tahun lalu, Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama mereka dalam keadaan yang paling dramatik.

Bermain di Stadium Etihad menentang Queens Park Rangers pada 13 Mei 2012, Manchester City menjaringkan dua gol pada masa kecederaan menerusi Edin Dzeko (90+2′) dan Sergio Aguero (90+4′).

Dua gol lewat membawa Manchester City kembali kepada kedudukan 3-2 dan memastikan kemenangan ke atas Queens Park Rangers.

Kemenangan itu juga membawa Manchester City ke puncak kedudukan akhir dengan perbezaan gol yang lebih baik berbanding Manchester United, yang kedua-duanya mengumpul 89 mata.

Manchester United yang sudah tersengih sengih meraikan kejayaan mereka memenangi liga kemudian kecewa apabila mendapati Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan saat akhir.

Manchester City meraikan ulangtahun peristiwa itu bersama dengan Aguero dan membina tugu khas pemain itu di hadapan Etihad.

Aguero terharu dengan penghargaan itu.

Di mana ianya turut diraikan bersama dengan 34 orang penyokong Man City.

Ditanya pandangannya tentang gol Agueroooo itu, Rooney malah meluahkan rasa kecewa dan tak puas hatinya. Jauh sekali dia nak kagum dengan tugu yang mirip wajah Toni Kroos itu.

Walaupun sibuk memberikan keterangan berkaitan kes fitnah melibatkan isteri dia, Coleen dan isteri Vardy, Rebekah, Rooney sempat telah mempersoalkan mengapa kemenangan Manchester City ke atas Queens Park Rangers tidak pernah dibedah dengan betul. Tiada pihak yang menyiasat unsur unsur kecurangan dalam perlawanan itu.

Rooney menegaskan ada sesuatu yang mencurigakan tentang cara QPR tewas kepada Man City dalam perlawanan terakhir 10 tahun lalu.

Dia menuduh penjaga gol QPR tidak bersungguh sungguh dalam beberapa gol City pada masa itu,

“Paddy Kenny (penjaga gol QPR pada masa itu) sepatutnya melakukan yang lebih baik,” kata Wayne Rooney yang masih terluka dengan apa yang berlaku.

Bukan itu sahaja, menurut Rooney, selepas Man City mendapat gol kedua, pemain QPR pula dengan sengaja menendang bola pergi kepada pemain City semula.

Selain itu bekas pemain Liverpool, Djibril Cisse pula dengan girang meraikan kemenangan City pada masa itu.

“Man City mendapat gol kedua dan QPR menendangnya terus ke arah mereka dan ia tidak pernah dipersoalkan, saya rasa pelik.”

“Djibril Cisse (pemain QPR pada masa itu) menyertai keraian bersama pemain Man City selepas perlawanan dengan pemain City.”

Rooney tidak menyangkal ianya detik bersejarah dalam EPL. Cuma dia terkilan cara QPR tewas adalah tidak  boleh diterima seolah olah ada sesuatu yang tak kena.

“Tetapi, ya, ia adalah detik bersejarah dalam Liga Perdana.”

“Jadi, saya pasti jika anda tidak terlibat sebagai pemain Man United, ia mungkin antara detik terbesar di dunia,” kata legenda Red Devils itu.

Manchester City kini hanya selangkah lagi untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana bagi musim 2021-2022.

Ketika ini, Man City masih terikat rapat dengan Liverpool, yang menduduki tempat kedua dalam kedudukan dengan 89 mata daripada 37 perlawanan.

Dengan The Citizens hanya perlu menang dalam aksi ke-38.

Pada perlawanan Liga Perdana terakhir, Man City akan bermain di halaman mereka sendiri, Stadium Etihad, menentang Aston Villa.

Manakala Liverpool akan menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers di Stadium Anfield pada hari dan waktu yang sama.

BACA:  Gary Lineker Arah BBC Delete Hantaran Hina Wayne Rooney Yang Dipecat Birmingham