Ross Barkley’s Berjaya Mencatatkan 16 Minit Untuk Larian 5KM

Terdapat cabaran baru sedang tular di media sosial sekarang. Ramai bintang sukan yang terlibat menyertai cabaran yang dipanggil ‘Lari 5, Namakan 5, Derma 5’ ketika perintah kawalan pergerakkan ini.

Apa yang menarik tentang cabaran itu? Seseorang perlu berlari sejauh 5 KM dan selepas berjaya mereka harus menamakan lima lagi orang untuk turut serta, akhir sekali mereka akan menyumbangkan £5 untuk Virgin Money Giving-Run for Heroes.

Bergantung juga kepada tahap stamina seseorang itu, larian 5KM adalah cabaran paling sukar. Tetapi sekiranya berjaya dihabiskan, ia boleh menjadi kejayaan besar untuk seseorang.

Ada yang mencuba mengikuti cabaran ini untuk memperbaiki atau menambah baik catatan masa terbaik peribadi.

Apa saja catatan masa yang berjaya dilakukan, perkara paling penting sekali adalah, menderma, itu adalah antara tujuan sebenar cabaran ini dilakukan.

Mungkin sukar untuk mencatatkan rekod seperti yang dilakukan oleh pemain Chelsea Ross Barkley’s.

Pemain midfield itu merupakan individu yang sering dikritik kerana lembab bila beraksi di atas padang.

Beliau mengikuti cabaran ini dan telah memilih untuk berlari sejauh 5km. Bahkan Barkley sebenarnya menghabiskan larian sejauh 5.2km.

Beliau mencipta catatan masa yang begitu mengejutkan, catatan masanya adalah 16:11.

Itu menunjukkan bahawa seorang pemain bola sepak mempunyai tenaga, stamina dan kekuatan yang luar biasa hebat.

Cuba bayangkan kalau Barkley boleh mencipta rekod sebaik itu, bagaimana kalau cabaran ini dilakukan oleh N’Golo Kante.

Pemain kebangsaan Perancis itu kini sedang menghadapi kecederaan yang mengakibatkan beliau terlepas hampir keseleruhan musim ini.

Sebelum wabak Covid-19 menular, Kante sudah berjaya untuk pulih dan kembali beraksi bersama pasukan.

Bekas pemain pasukan Everton itu mendedahkan bahawa beliau mengalami kecederaan di kakinya dan menyebabkan beliau berlari dengan kekuatan satu kaki sahaja.

“Saya mengalami masalah kecederaan dibahagian kaki dan ianya sangat menyakitkan”

“Saya cuma mahu memperbaiki catatan masa yang pernah saya lakukan dan mahu bekerja lebih keras untuk lebih berjaya, kaki kanan saya tidak begitu kuat untuk berlari apa lagi menendang bola jadi saya berlatih menggunakan kaki kiri. Sekarang saya rasa seperti sudah pulih dan tidak sabar untuk kembali beraksi.”

Mungkin itu lah alasan Barkley untuk mengekalkan tahap kecergasan beliau diwaktu begini sebelum kembali beraksi untuk pasukan.

BACA:  Ross Barkley Sah Sertai Chelsea, Mahu Beraksi Dalam Liga Juara-Juara