Roy Hodgson Letak Jawatan

Roy Hodgson telah meletakkan jawatan sebagai Pengurus England selepas kekalahan yang di jangkakan kepada Iceland. Kekalahan 2-1 ini menyingkirkan England dar saingan Euro 2016 sekaligus memadam impian Rooney untuk menjulang piala.

Kontrak Hodgson bersama England akan tamat selepas Euro 2016 tetapi dengan kekalahan ini Uncle telah meletakkan jawatan serta merta bersama dua orang pembantunya, Ray Lewington dan Gary Nevill.

Dalam sidang media Uncle Roy berkata : ” Kontrak saya akan tamat selepas Euro, jadi sekarang adalah masa untuk orang lain untuk menjaga dan membimbing pemain muda yang sentiasa lapar dan mereka adalah sekumpulan pemain yang sangat berbakat.

” Mereka sangat lah power dan sentiasa patuh kepada arahan.

“Semasa awal ketibaan di kem England, saya diberitahu bahawa pemain tiada semangat bermain untuk England dan sentiasa menarik diri di saat akhir. Tapi saya tidak melihat perkara itu berlaku. Ini adalah fitnah. Pemain saya mahu bermain untuk negara dan komitmen mereka tidak harus dipersoal.

Uncle Roy juga berterima kasih kepada staff, pemain dan FA England yang memberi peluang untuk beliau mengurus selama 4 tahun, di mana bagi Uncle Roy itu pengalaman yang menarik dan membanggakan.

” Saya meminta maaf dengan satu lagi kegagalan dengan terkeluarnya England dari saingan ini.

Baca Juga

Baca Juga