Roy Keane Akhirnya Memberi Markah Kepada Tarian Keraian Gol Lingard

Bekas pemain dan legenda Manchester United, Roy Keane akhirnya memberi markah kepada tarian yang menjadi cap dagang Jesse Lingard sebagai tarian keraian gol yang dijaringkan.

Roy Keane seperti masih lagi tegas dan keras seperti zaman beliau masih lagi bergelar pemain bola sepak walaupun sudah pencen dan menjadi pendita bola sepak di studio.

Sebelum ini Roy Keane tanpa belas telah menghentam penjaga gol Manchester United, David De Gea dan Harry Maguire yang beraksi buruk dan tewas 6-1 kepada Tottenham Hotspur.

Emosi Roy Keane tidak mampu dibendung lagi ketika mengkritik David De Gea dan Harry Maguire dan mahukan kedua-dua pemain itu jangan naik bas dan balik dengan teksi.

Selain menganggap aksi kedua-dua pemain itu menjijikkan, Roy Keane juga mahu menghayun muka David De Gea dan Harry Maguire.

Jangan sampai Roy Keane tunggu di tempat letak kereta menjadi popular kerana kelantangan beliau di studio yang sentiasa mahu memukul pemain yang bermain dengan teruk.

Roy Keane juga menjadi pendita bola sepak ketika perlawanan West Ham United menentang Leicester City dan dalam perlawanan itu Jessi Lingard terus cemerlang dengan menjaringkan dua gol.

Ketika ditanya berapakah markah yang akan beliau diberikan selepas melihat tarian yang menjadi keraian gol Jesse Lingard, akhirnya Keane menjawab:

“Satu! Aku pernah menari tarian yang sama sebelum ini, biasanya selepas meminum banyak minuman keras dan coke.”

Agak halus dan berlapik komen Roy Keane mengenai tarian Lingard dan memberi markah yang satu sambil mengakui pernah menari seperti itu ketika mabuk.

Bagi Roy Keane, tarian keraian gol Lingard itu hanya dilakukan oleh orang yang mabuk. Okay lagi la mabuk lepas tu menari dari memandu melawan arus.

“Bila Lingard menjaringkan gol seperti itu, aku kena bagi sedikit kredit.”

Mungkin kegembiraan terdetik dihati Roy Keane kerana jaringan Jesse Lingard itu bukan sahaja memberi tiga mata kepada West Ham, malah mengukuhkan kedudukan Manchester United di tempat kedua.

Namun Roy Keane melahirkan kekaguman perstasi Lingard malah memuji tahap profesional Lingard sebagai pemain bola sepak walaupun sudah sangat lama tidak beraksi.

“Pujian yang aku berikan kepada Lingard adalah bagaimana beliau kembali menyerlah di West Ham United yang sudah lama tidak beraksi untuk Manchester United sejak berbulan-bulan lalu.”

“Jadi jelas, Lingard menjaga fizikalnya dengan sangat baik, tanda-tanda pemain profesional. Lingard melalui waktu sukar di Manchester United yang mungkin akan membuatkan beliau buta kayu.”

“Lingard sentiasa menjadi budak yang berbakat. Beliau nampak fokus, lapar dan berbakat. Sangat hebat dapat menyaksikannya.”

Jesse Lingard boleh menjadi contoh terbaik pemain berbakat yang disisihkan oleh pasukan dan apabila dipinjamkan ke pasukan lain supaya bakat tidak dibazirkan kembali menyerlah.

Ramai pemain yang terus hilang dalam radar selepas disisihkan kerana kemerosotan prestasi atau kecederaan namun tidak bagi Lingard.

Ternyata Lingard serius berlatih dan menjaga pemakanan serta rutin harian ketika tidak diturunkan oleh Ole Gunnars Solskjaer, segalanya seperti biasa buat Lingard kecuali tanpa perlawanan kompetitif.

Selepas 9 perlawanan bersama West Ham United sejak 3 Februari lalu, Lingard telah menjaringkan 8 gol dan mencipta 3 bantuan gol. Lingard gembira, David Moyes senyum.

Lingard kini berada ditangga ke-20 mengatasi pemain yang lebih hebat serta popular dan telah beraksi hampir penuh musim:

  • Sadio Manè (7)
  • Richarlison (6)
  • Jack Grealish (6)
  • Phil Foden (6)
  • Mason Mount (6)
  • Roberto Firmino (6)
  • James Rodriguez (6)
  • Timo Werner (5)
  • Kevin De Bruyne (5)
BACA:  Jesse Lingard: Lemau Di Old Trafford, Hero Bersama England