Roy Keane Bengang Arteta Tak Puji Manchester United Dan Asyik Salahkan Pengadil

Roy Keane telah melabel Mikel Arteta sebagai “sore loser” ataupun kuat merengek lepas kalah kerana komen pengurus itu selepas kekalahan Arsenal 3-1 di tangan Manchester United.

Dua gol daripada Marcus Rashford dan satu lagi gol menerusi Antony mengesahkan kemenangan keempat berturut-turut United dalam Liga Perdana Inggeris pada petang yang menghiburkan di Old Trafford.

Ia adalah persembahan mantap daripada pasukan Erik ten Hag, yang telah membuat peningkatan besar sejak permulaan buruk mereka dalam kempen menentang Brighton dan Brentford.

Tetapi selepas wisel penamat, bos Arsenal Arteta tidak mahu memberikan pujian kepada pasukan tuan rumah – keputusan yang menjengkelkan bekas kapten Manchester United, Roy Keane.

Dengan jaringan Gabriel Martinelli yang tidak dibenarkan masih segar dalam ingatannya, Arteta mengkritik kekurangan konsistensi di dalam pengadilan VAR dan persembahan buruk pasukannya di depan gawang.

“Kami harus datang ke sini dan memenangi perlawanan,” kata Arteta.

“Prestasi, untuk datang ke sini dan bermain dengan cara yang mereka ada dan menguasai permainan, serta cara mereka perlu bermain apabila mereka berada di sini. Jadi, kamu mahu sentiasa berada di tahap tertinggi, dan kamu perlu memenangi perlawanan.”

Arteta turut mempersoalkan VAR yang menurutnya tidak konsisten. Minggu lalu, Aston Villa diberikan gol ketika Douglas Luiz menewaskan Aaron Ramsdale terus daripada sepakan penjuru. Kerana menurut VAR, cabaran yang diterima penjaga golnya terlalu lembut.

Dalam aksi di Old Trafford, Martin Odegaard dianggap melakukan kekasaran yang keras ke atas Eriksen. Selain itu Mikel Arteta turut mempersoalkan, kenapa tiada penalti diberikan ketika Saka dikasari?

Dia menambah: “Kekurangan konsistensi [dalam VAR]… minggu lepas terdapat kekasaran ke atas Aaron, tetapi itu dikira lembut dan bukan kesalahan.”

“Ada terjahan ke atas Bukayo ia dianggap lembut dan bukan penalti. Hari ini ia adalah kesalahan, dalam aksi babak pertama, kamu sendiri boleh lihat ada beberapa terjahan yang kuat tetapi tiada kad kuning kerana ia adalah perlawanan yang besar.”

“Ia benar-benar sukar untuk difahami.”

Tidak lama selepas Arteta meluahkan pandangannya kepada Sky Sports, Roy Keane yang jelas jengkel melihat Arteta telah mengkritik pengurus asal Sepanyol itu kerana membuat alasan dan bukannya memberi pujian kepada bekas kelabnya, Manchester United.

Keane sangat berharap Arteta dapat memberikan pujian kepada Manchester United yang berhak memenangi perlawanan tersebut. Bukannya meroyan dengan menyalahkan pengadil.

Kean berkata: “Dengar sini, saya sudah muak dengan semua alasan yang mereka katakan, saya serius,” katanya.

“Arteta ditemu bual selepas perlawanan, dia kalah seperti kita semua tetapi dia perlu memberi sedikit penghargaan kepada Man United tetapi dia tidak pernah melakukannya.”

“Setiap kali dia tewas dalam perlawanan, ianya adalah mengenai apa yang mereka tidak lakukan dengan betul atau pengadil, berhentilah mencipta alasan.”

Martin Odegaard, yang diangap telah mengasari Christian Eriksen dalam proses pembinaan gol Martinelli yang tidak dibenarkan, turut meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan.

“Pada pendapat saya ia bukan satu kesalahan sama sekal,” kata kapten yang berasal dari Norway itu.

“Saya rasa pengadil melihatnya dan dia berkata bermain teruskan. Ia adalah cabaran yang lembut dan untuk VAR masuk ia perlu jelas dan ketara.”

“Bagi saya ia sangat-sangat lembut. Kamu sentiasa boleh membuat ia kelihatan lebih teruk pada kamera. Tetapi ia tidak akan pernah dianggap satu kekasaran dan pengadil berkata teruskan permainan, jadi ia mengecewakan.”

BACA:  Sukar Menang Bersama Arsenal, Keane Harap Saka Gembira England Menang