Roy Keane Dedah 5 Bekas Rakan Sepasukannya Yang Dianggap Berkelas Dunia

Roy Keane merupakan antara legenda yang membantu menaikkan Manchester United untuk menjadi gergasi dalam dunia bola sepak pada era 90 an hingga awal tahun 2000.

Pemain kebangsaan Ireland itu jelas sekali antara pahlawan di bahagian tengah padang dengan beliau dianggap sebagai ketua pasukan terhebat dalam sejarah.

Beliau dianggap antara legend paling berjaya berdasarkan pencapaian yang mampu beliau capai sepanjang karier profesionalnya.

Sentuhan pertama beliau sememangnya dasyat dengan Keane juga mempunyai kualiti tackle yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau memiliki kesemua ciri pemain midfield terhebat dunia dan dengan kehadiran beliau di tengah padang, ia jelas sekali akan beri kelebihan kepada sesebuah pasukan itu.

Seandainya ada yang bertanya siapa pemain berkelas dunia terbaik yang pernah beraksi di era kegemilangan Sir Alex Ferguson, jelas sekali Keane adalah salah seorang darinya.

Siapa agaknya pemain lain yang boleh dianggap sebagai pemain berkualiti tinggi yang ada di zaman kegemilangan Manchester United?

Keane sendiri sebelum ini pernah menjawab soalan tersebut ketika beliau menjadi tetamu di acara Monday Night Football pada tahun 2019 yang lalu.

Selepas melihat Manchester United terikat 1-1 bertemu Arsenal, legenda Liverpool, Jamie Carragher bertanya kepada Keane.

“Ketika era kamu bermain bersama Manchester United, siapa yang akan kamu anggap sebagai pemain berkelas dunia? Di mana tahap kamu tentang pemain berkelas dunia.”

Keane kemudiannya menjawab:

“Jadi, kami tak pernah beri peluang kepada diri kami sendiri untuk bercakap tentang pemain yang dianggap berkelas dunia.”

Roy Keane kemudiannya telah menamakan lima pemain Manchester United yang beliau rasakan sebagai pemain berkelas dunia di mata beliau.

Peter Schmeichel, David Beckham, Rio Ferdinand, Wayne Rooney dan Cristiano antara nama besar yang pernah ada di era Keane yang tidak disebut olehnya.

1. Ryan Giggs

“Jika kamu lihat kebelakang sekarang, kamu perlu kagum dengan Giggsy. Saya selalu akan anggap pemain berkelas dunia itu kalau dia kekal selama 9/10/11 tahun.”

“Jelas sekali Giggsy lakukan itu lebih lama lagi. Bagi saya itu adalah kunci untuk menjadi pemain yang sangat bagus. Kamu perlu konsisten.”

“Kita lihat pemain sekarang, mereka melalui beberapa bulan yang bagus, tapi lepas tu merundum. Kamu perlu bagus selama bertahun-tahun, dan Giggs merupakan contoh terbaik.”

2. Mark Hughes

“Dengar, Mark Hughes merupakan pemain penyerang yang sungguh menakjubkan.”

3. Eric Cantona

“Eric (Cantona) merupakan pemain yang bagus. Saya tahu orang kata, ‘Eric tak lakukannya di pentas ini dan pentas itu, peringkat antarabangsa.’ Tapi dia memang pemain yang sangat hebat kalau dapat bermain bersama dia.”

4. Paul Scholes

“Scholsey sememangnya sangat dasyat.”

5. Denis Irwin

“Denis Irwin… Ya Tuhanku, bayangkan Denis Irwin bermain sekarang. Dia boleh main di posisi left back, right back, jaringkan gol, tahu untuk bertahan, tak pernah cedera, seorang yang menakjubkan di bilik persalinan. Denis sememangnya pemain berkelas dunia bagi saya.”

Tidak dinafikan yang Roy Keane mempunyai pilihan yang agak menarik dan diakui pemain-pemain yang beliau pilih sememangnya mempunyai kelas tersendiri.

Ketiadaan Rooney dan Ronaldo mungkin sedikit mengejutkan ramai pihak, namun harus diingat yang Keane hanya beraksi seketika sahaja bersama dua pemain tersebut.

Pemain kebangsaan Ireland itu meninggalkan Man Utd pada November 2005, dua tahun sahaja selepas Ronaldo menyertai kelab dan sekitar 13 bulan selepas ketibaan Rooney dari Everton.

Ketiadaan Schmeichel dalam senarai pilihan Keane jelas sekali antara yang paling mengejutkan, apa lagi selepas memikirkan yang beliau merupakan penjaga gol terhebat dalam sejarah saingan Premier League.

Sumber: GMS

BACA:  Teori Roy Keane Mengenai Ronaldo Benar Dan Ten Hag Telah Buat Keputusan