Roy Keane Dengan Ganasnya Tibai Segala Kenyataan Carrick

Roy Keane ternyata penuh dengan amarah dan dendam apa yang menghantui dirinya apabila dengan ganasnya telah membangkang dan ditibainya segalanya kenyataan Micheal Carrick dalam temuramah selepas perlawanan.

Selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer yang memakan kos agak tinggi, Manchester United masih mengekalkan barisan kejurulatihan era Solskjaer kerana baru sahaja diperbaharui kontrak mereka.

Tiada pillihan lain buat Manchester United selain melantik Michael Carrick dalam tempoh masa menunggu pengurus interim yang sebenar dilantik.

Michael Carrick telah melayakkan Manchester United ke pusingan kalah mati dalam perlawanan pertamanya selaku pengurus sementara dan hampir mengejutkan Chelsea dalam perlawanan kedua.

Chelsea dijangka menang mudah namun itu tidak terjadi dan hampir terciduk namun sepakan penalti menyelamatkan Chelsea dari kekalahan.

Bekas pemain tengah Manchester United itu nyata tidak bersetuju dengan tindakan pengadil perlawanan, Anthony Taylor yang menghadiahkan sepakan penalti.

“Aku tidak fikir itu satu penalti.”

Dalam masa yang sama, Carrick telah memuji barisan pemain dan berbangga dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain di padang.

“Aku taknak terlibat dengan apa yang berlaku musim ini. Aku boleh berbangga dengan apa yang pemain lakukan hari ini.”

“Fred bermain dengan bagus, barisan pertahanan juga cemerlang. Semuanya bukan tentang aku, semuanya tentang pemain.”

Namun begitu segala kenyataan dari Michael Carrick dalam temuramah itu telah disanggah dan tidak dipersetujui langsung oleh legenda Manchester United, Roy Keane.

“Aku tidak bersetuju dengan apa yang Carrick cakapkan dalam temuramah.”

Bagi Roy Keane keputusan Anthony Taylor menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea adalah satu keputusan yang tepat.

Keane kemudian mempersoalkan apa yang dibuat Carrick selama ini ketika bersama Ole yang secara tiba-tiba mempunyai perancangan.

“Dia berada di bangku simpanan dengan Ole, kini secara tiba-tiba dia berbangga dengan pemain minggu ini dan mereka kini mempunyai perancangan.”

“Bagaimana dengan semua permainan lain yang mereka ada sebelum ini? Mengapa mereka tidak berusaha dalam permainan lain? Mengapa mereka tidak menutup ruang dalam permainan lain?”

Menurut Keane lagi statistik sebelum perlawanan ini, Manchester United paling teruk di Premier League dalam banyak aspek.

“Kami melihat semua statistik sebelum perlawanan – ia adalah yang paling teruk dalam liga, menutup orang, memenangi bola kembali. Dan dan puji pemain kerana melakukan tugas mereka.”

“Dia duduk dibangku simpanan selama beberapa bulan terakhir bersama Ole. Beberapa tahun lepas. Dan dia juga duduk bersama Mourinho. Tiba-tiba dia berbangga dengan pemain minggu ini? Dia bekerja dengan pemain yang sama.”

Senada dengan Paul Scholes yang mahukan semua staf kejurulatihan zaman Ole dipecat, Keane juga mahukan perkara itu walaupun tidak mengatakan secara terus.

“Beberapa orang kakitangan mereka perlu bertanggungjawab.”

“Saya mendapat tanggapan dalam beberapa tahun kebelakangan ini bahawa ia adalah satu pekerjaan untuk pemain di Man United.”

“Mereka terkebil-kebil terkenyit-kenyi mata memandang antara satu sama lain. Kenali orang yang betul. Dan itulah sebabnya mereka berada di tempat kelapan atau kesembilan dalam liga.”

Keane kemudian berharap sesiap yang datang selepas ini akan membuat keputusan yang betul dan melantik orang yang betul untuk membimbing pasukan.

“Kami berharap sesiapa yang masuk ke kelab mula membuat keputusan yang betul dan mendapatkan orang yang sesuai untuk jawatan itu, dan bukan kerana anda mungkin mengenali seseorang atau kerana seseorang itu seorang lelaki yang baik.

“Pasti ada sedikit aksi rakan-rakan yang berlaku di Man United, tanpa ragu-ragu.”

Amboi Keane sempat lagi sindir Ole, jangan lantik kerana orang itu seorang yang baik. Nyata Keane seperti menyalahkan Carrick dengan apa yang terjadi disini kerana tidak membuat apa-apa dan mencadangkan sebarang plan ketika bersama Ole.

Mungkin Carrick sudah memberi cadangan dan perancangan untuk Manchester United kembali kepada Ole. Namun segala keputusan ketika itu berada di tangan Ole.

BACA:  Roy Keane Pertikai Pemilihan Jordan Henderson, Adakah Sekadar Jadi Badut Pasukan England?