Roy Keane Gelar Penjaga Gol Albania Bodoh Kerana Lepaskan Bolos Dari Tengah Padang

Penjaga gol Albania, Etrit Berisha telah digelar sebagai bodoh oleh Roy Keana gara-gara kerana telah melepaskan gol atau bolos dari tengah padang selepas sepak mula perlawanan.

Kejadian ini telah terjadi dalam perlawanan antara Kazakhstan menentang Albania dalam kejohanan UEFA Nations League Liga C Grup 4.

Sokol Cikalleshi meletakkan Albania di depan pada minit ke-16 dan Ardian Ismajili menggandakan kedudukan 7 minit kemudian.

Dan dari kick-off oleh Kazakhstan selepas jaringan kedua Albania menyaksikan satu keajaiban dan kejadian pelik serta aneh telah terjadi.

Kazakhstan segera mengurangkan defisit gol apabila Aibol Abiken telah menjaringkan gol terus dari tengah padang menyaksikan Etrit Berisha kelemasan.

Penjaga gol Albania, Etrit Berisha yang berada terlalu ke hadapan telah dihukum dengan satu rembatan terus dab beliau bergelut untuk kembali ke belakang bagi menghentikan gol itu.

Lalu lemaslah Etrit Berisha terkapai-kapai menanggung kemaluan dan satu gol segera serta percuma buat Kazakhstan, bijak Aibol Abiken ni yang cepat menghidu peluang.

Apa yang malang buat Etrit Berisha, apabila Roy Keane yang sentiasa panas, garang dan tidak berlapik bertugas untuk mengulas perlawanan tersebuat di saluran ITV.

β€œKamu tidak akan memaafkan dia. Bola sepak antarabangsa kot … apa yang kau buat?” Ujar Keane.

Legenda Arsenal Ian Wright yang menjadi peneman nyata tidak berpuas hati dengan kelakuan penjaga gol Albania itu yang tidak masuk akal.

β€œMengapa dia tidak kembali ke kawasan gol? Apa yang dia lakukan sejauh ini?”

Roy Keane tanpa beralas terus melabel penjaga gol Albania, Etrit Berisha sebagai bodoh.

β€œItu namanya bodoh! Aku tengok pun naik angin.”

Nasib baik buat Etrit Berisha apabila Albania berjaya menewaskan Kazakhstan 3-1 dalam perlawanan ini dan jika tidak lagi lain macam impaknya.

Albania menambah 1 lagi gol dan memenangi perlawanan ini 3-1. Ray Manaj menjaringkan penalti pada minit ke-62 untuk memastikan kemenangan buat negaranya.

BACA:Β  Keane Berbulu Lihat Micah Richards Menari Rai Kejuaraan City