Roy Keane Kantoi Pakai Makeup

Bekas kapten Manchester United kantoi ketika sedang memakai makeup di wajahnya polos dengan Micah Richards dan Jamier Carragher yang nyata tidak dapat menahan ketawa.

Macam setan Micah Richard gelak. Nampaknya keakraban serta keserasian antara Keane, Carragher dan Micah Richards mekar berkembang apabila bergandingan di studio.

Micah Richards kini telah menyertai Roy Keane dan Jamier Carragher untuk rancangan Super Sunday.

Melihat aksi Roy Keane memakai makeup tanpa berlengah lagi Micah Richards meneruskan rutin umat manusia hari dengan menatal layar telefon untuk memulakan rakaman.

Saat rakaman itu dilakukan Jamier Carragher berada berhampiran dan tidak mampu menahan tawa yang memecah keheningan stadium tanpa penonton.

Gelak tawa dari Micah Richard memang tak boleh bawa bincang yang boleh mengundang tawa mereka yang mendengar tapi menyakitkan hati untuk mereka jadi bahan tawa.

Micah Ricahrds: Apa kat tangan kau tu Roy?

Roy Keane: Aku harap aku tahu.

Micah Ricahrds: Tengokla tu muka rasa jijik.

Keane terus menyapu mukanya untuk meyudahkan pemakaian makeup.

Rakaman itu telah dimuat naik terus ke Instagram Live rasmi Micah Richards dan terus disambar oleh media seluruh dunia.

Micah Richards merupakan salah seorang pemain yang berada dalam senarai 50 pemain muda yang paling mengghairahkan dan bakal menggegar dunia bola sepak oleh Majalah World Soccer edisi November 2007.

Produk keluaran akademi Manchester City ini tidaklah menjadi pemain superstar namun agak berjaya dan dikenali apabila setia bersama City dari tahun 2005 sehingga 2015.

Selepas dipinjam kan ke Fiorentina pada 205, Richard menyertai Aston Villa selepas dilepaskan oleh Aston Villa 2019.

Pada 26 Julai 2019, Richards telah mengumumkan persaraan pada umur 31 tahun lantaran masalah kecederaan lutut.

Roy Keane merupakan seorang pemain tengah yang bijak dan lelaki Irish itu sangat terkenal dengan terjahan kerana telah bermain bersama Setan Merah dari tahun 1993 sehingga 2005.

Roy Keane juga merupakan antara ketua pasukan Manchester United yang paling berkaliber dan membantu kelab memenangi 17 trofi kejuaraaan.

Dek kerana kelantangannya sebagai pundit pula, ramai generasi hari ini mempersoalkan, hebat sangatkah Roy Keane ini dahulu?

Aduh! Itu soalan hilang akal terutama sekali jika kamu penyokong Manchester United yang marah hanya kerana Keane mengkritik pemain-pemain muda United Hari ini.

Jika anda pergi ke bandar Manchester dan bertanya, siapakah kapten terbaik di dalam sejarah Manchester United? Nama Roy Keane antara yang paling kerap anda dengar selain daripada Bryan Robson.

Roy Keane adalah simbol pejuang tidak kenal erti ‘mati’ di dalam padang. Pemain yang ada karakter kepimpinan yang kuat dan digeruni oleh pemain lawan dan rakan sepasukan.

Keane seringkali dianggap salah seorang kapten terbaik Man United dan sudah pastinya kapten terbaik di era Ferguson yang sangat ramai pemain berbakat.

Anda boleh berdebat tentang siapa no.9 terbaik, siapa penjaga gol terbaik, siapa pemain tengah terbaik era Ferguson, ataupun siapa pertahanan terbaik, namun untuk topik siapa kapten terbaik, anda tidak ada pilihan yang banyak.

Kalau anda tidak mahu Keane sebagai yang terbaik dia tetap berada paling jauh di pilihan kedua.

Ini kerana pada era Ferguson, pengurus itu membina pasukan berasaskan pemain muda dari akademi dan Keane menjadi kapten yang membimbing para pemain ini.

Jadi, tugas Keane menjadi kapten pada masa itu jauh lebih sukar daripada yang digambarkan.

Sepanjang 12 tahun mengemudi jentera tengah Manchester United, Roy Keane telah membuat 480 penampilan dan sering terpalit dengan perbalahan di padang. Keane vs Vieira.

BACA:  Teori Roy Keane Mengenai Ronaldo Benar Dan Ten Hag Telah Buat Keputusan