Roy Keane Kesian Dengan Harry Maguire

Bekas ketua pasukan dan juga legenda Manchester United, Roy Keane telah menzahirkan rasa kesian serta simpati dengan kapten terkini Setan Merah, Harry Maguire the great.

Harry Maguire kini menghadapi tekanan yang memuncak di Old Trafford di mana pemain pertahanan tengah itu berterusan dikritik samada melakukan kesalahan atau tidak di media sosial.

Pada awal tahun ini, pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick terpaksa menafikan khabar angin bahawa Maguire akan digantikan oleh Cristiano Ronaldo sebagai kapten kelab itu.

Roy Keane antara individu yang lantang mengkritik bekas pemain Leicester City itu tetapi semasa membincangkan tentang Maguire dalam rancangan Agree to Disagree bersama Jamie Carragher, Keane menyatakan rasa simpati terhadap nasib Maguire.

Roy Keane telah menjelaskan:

“Saya kasihan dengan Maguire. Bayangkan jika saya pergi ke Manchester United pada 2021 dan saya masuk dan mereka berkata ‘anda adalah kapten’, anda akan berfikir ‘Mereka tidak bercakap banyak tentang orang lain dalam pasukan’. Pasti ada seseorang telah berada di kelab itu untuk beberapa tahun?”

Apabila ditanya oleh Jamier Carragher siapa yang sepatutnya menjadi kapten di United, satu soalan mudah namun Roy Keane bergelut untuk menmberikan jawapan.

Roy Keane mengeluh untuk menjawab soalan itu dan tidak manis untuk berbicara perkara itu kerana pasti membawa kepada jawapan yang negatif, Keane menambah:

“Di United sekarang, Ainajo? Hakikat bahawa samada kita perlu membincangkan atau memikirkannya adalah sesuatu yang tidak baik.”

“Ia tidak bagus. Tidak baik Maguire dilantik kerana dia sendiri baru bersama kelab itu beberapa tahun lalu dan dia sudah hampir membiasakan diri tetapi tiba-tiba dia mendapat tanggungjawab tambahan ketika dia cuba cari yang terbaik.”

Selepas era Roy Keane tidak ada lagi ketua pasukan yang benar-benar berkaliber seperti Roy Keane namun mereka tidaklah seteruk Harry Maguire yang ada ketika ini.

Ketika Roy Keane menjadi ketua pasukan Setan Merah pun beliau tidak terlepas untuk dibandingkan dengan bekas kapten power nak mati kesayangan Sir Alex Ferguson, Bryan Robson.

Sekurang-kurangnya Roy Keane masih lagi dibandingkan dengan Bryan Robson namun Harry Maguire rasanya seperti tidak layak dan jauh sekali nak dibandingkan dengan Keane.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Roy Keane menzahirkan rasa simpati kepada Harry Maguire selepas lantang mengkritik apabila pernah melabel Maguire seperti sampah dan robot.

Pada penghujung Mac lalu dalam rancangan The Overlap bersama Gary Neville juga di saluran Youtube, Roy Keane juga meluahkan rasa kesian kepada Maguire.

Roy Keane telah menceritakan secara ringkas perjalannya di Old Trafford sebelum dilantik sebagai kapten yang amat berbeza dengan apa yang dilalui Maguire.

“Aku kesian kat Maguire.”

“Bila aku dilantik sebagai kapten, aku telah berada di kelab untuk tempoh beberapa tahun.”

Selok belok perjalanan kelab dan suasana serta sepak terajang, politik di bilik persalinan sudah Roy Keane khatam untuk berhadapan cabaran mendatang.

“Aku telah biasa dengan kelab dan juga budaya yang ada di kelab. Aku telah belajar dari kapten yang terdahulu, apa yang mereka lakukan.”

“Kami adalah pasaukan juara, di mana telah membuatkan segalanya menjadi mudah.”

Kerisauan Keane tentang perlantikan Harry Maguire ini sejak dari awal lagi.

“Bila Harry datang ke kelab dan mendapat lilitan kapten, itu membuatkan aku risau tentang pemain lain di mana tiada seorang pun daripada mereka dapat memikul tanggungjawab itu.”

“Dia harus memastikan dia bermain dengan baik. Walau apa permintaan yang berbeza datang, pastikan anda bermain dengan baik. Selebihnya akan datang dari sana. Tetapi Harry sendiri bergelut dengan prestasinya, orang masih akan kembali mengungkit tentang jawatannya selaku kapten.

Selepas pelbagai maki hamun dan gelaran buruk dilemparkan, Keane mungkin tidak mampu lagi untuk mengutuk lalu menzahirkan rasa simpati dua kali dalam tempoh kurang sebulan.

BACA:  [VIDEO]: Roy Keane Diserang Dan Ditanduk Penyokong Arsenal Di Emirates