Roy Keane Menjelaskan Bagaimana Beliau Menilai Liverpool Sebagai Pasukan Yang Hebat

Bekas pemain midfield Manchester United, Roy Keane telah meluahkan pendapatnya tentang apa yang skuad kendalian Jurgen Klopp perlu lakukan untuk menjadi pasukan terbaik di dunia.

Keane turut menjelaskan bahawa beliau bukanlah seorang yang anti Liverpool. Bekas ketua pasukan setan merah itu percaya Liverpool perlu memenangi lebih banyak Piala dalam tempoh 5 ke 10 tahun kedepan untuk benar-benar menjadi pasukan terbaik di dunia.

“Saya secara jujurnya bukanlah anti Liverpool. Ketika saya membesar di era 80an, Liverpool sangat jelas antara team terhebat ketika itu dan saya sangat menghormati pemain seperti Ronnie Whelan dan Ray Houghton.”

“Saya sangat sangat menghormati Liverpool ketika itum mereka pasukan yang teramat sangat bagus. Mereka sentiasa muncul sebagai Juara liga.”

Jelas Keane kepada Irish Independent.

“Orang sentiasa mengaitkan saya dengan United, tetapi saya tidak akan mengabaikan pasukan yang bakal memenangi liga. Mereka berhak untuknya. Mereka telah mempamerkan persembahan luar biasa beberapa musim terakhir ini. Tanda-tanda sesebuah pasukan itu bagus adalah kecemerlangan yang berterusan, dan itulah yang telah mereka lakukan.”

“Jadi, untuk mereka memenangi liga itu mengagumkan, kejayaan yang sangat luar biasa, tetapi apa yang penting untuk sesebuah pasukan yang besar adalah untuk mengekalkannya. Berapa banyak Piala boleh mereka menangi dalam tempoh lima ke sepuluh tahun ke depan? Begitulah cara saya untuk menilai tahap kehebatan sesebuah pasukan.”

“Ia sama saja seperti menilai seseorang pemain. Saya sudah melihat pemain yang menjadi dalam satu atau dua musim dan mereka mula hambar, hanya mengujakan di awal-awal sahaja dan sebelum anda tahu tentang mereka mungkin anda tidak akan dengar tentang mereka lagi.”

“Pemain yang bagus sebenarnya perlu mengekalkan prestasi mereka, setiap musim menjadi yang terbaik dari kalangan terbaik, itu baru pemain terbaik.”

Keane mendakwa Liverpool yang sekarang sememangnya hebat dan beliau merasakan Klopp perlu mencapai beberapa lagi kejuaraan untuk dikenang sebagai yang terbaik antara terbaik sepanjang zaman.

Liverpool bakal menjulang kejuaraan saingan liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini tidak lama lagi. Selepas terikat tanpa jaringan dengan Everton, the reds cuma memerlukan lima mata sahaja lagi untuk bergelar Juara.

The Reds meninggalkan Manchester City 23 mata di belakang dan kemungkinan anak-anak buah Jurgen Klopp bakal menjulang kejuaraan liga pertama mereka di Etihad Stadium.

BACA:  Neville dan Keane Beri Sokongan Penuh Protes Menentang Glazer