Roy Keane Pecah Karakter Hanya Kerana Mahu Pertahankan Pemain United

Roy Keane pecah karakter hanya kerana mahu pertahankan pemain United dengan beliau yang dikenali sebagai seorang yang panas baran, berubah menjadi manusia penyabar.

Beliau tampil mempertahankan pemain Manchester United dan meminta agar para peminat supaya berhenti menghentam penandatanganan terbaru kelab, Jadon Sancho.

Bintang berusia 21 tahun itu tiba di Old Trafford dari Borussia Dortmund pada musim panas baru-baru ini, namun beliau masih belum mampu mempamerkan rentak persembahan terbaiknya.

Beliau masuk sebagai pemain simpanan ketika aksi kemenangan 2-1 setan merah menewaskan West Ham hujung minggu lalu.

Keane yang dikenali sebagai seorang panas baran dengan tiba-tiba menjadi manusia penyabar ketika bercakap tentang Jadon Sancho.

“Dia akan baik-baik sahaja.”

Jelas bekas ketua pasukan Manchester United itu kepada Sky Sports.

“Dia sudah berada di sini sejak bila? Dua bulan? Memang ada banyak perubahan, pemain baru datang ke kelab, beri budak itu masa.”

“Dia masih belajar dalam bidang dia, dia pemain yang masih muda, pengharapan terlalu tinggi.”

“Dia datang ke kelab baru yang mana dia tidak mungkin akan terus jadi bintang besar, dia akan mula dari bawah dan dia perlu biasakan diri untuk semuanya. Berikan dia peluang.”

Sancho sudah berada dalam radar United sejak 18 bulan sebelum beliau ditandatangani oleh setan merah, dan beliau jelas sekali antara pemain paling dikehendaki oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Walau bagaimanapun, kehadiran tidak diduga Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo telah menambah kekuatan dan memberi tonik tambahan kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Salah satu posisi yang United gagal sempurnakan pada musim panas ini adalah di bahagian central midfielder dan Keane yakin hal itu bakal menjadi masalah terbesar setan merah musim ini.

West Ham menurunkan Declan Rice di posisi midfield ketika aksi di London Stadium kemarin, dan bintang England itu juga merupakan pemain sasaran utama Manchester United.

Ketika ditanya tentang kebarangkalian untuk pemain berusia 22 tahun itu memperbaiki permainannya, Keane menjawab:

“Saya rasa dia bakal lakukannya, saya rasa dia sudah ada peningkatan sama seperti pemain lain sejak tempoh satu ke dua tahun ini, itu yang saya nampak pada dia.”

“Saya tahu dia sudah dikaitkan dengan United dan jika kamu perlu tanya saya setahun lalu, saya akan katakan:”

“Tidak, berikan dia satu atau dua tahun lagi (sebelum dia bersedia untuk ditandatangani), itu dari segi kematangan.”

Saya lihat pada dia dan sedar dia 22 tahun, dia jauh lebih bagus berbanding saya ketika saya masih berusia 22 tahun dahulu.

“Saya rasa langkah seterusnya akan datang pada dia ketika dia bermain di peringkat lebih tinggi. Ketika dia bermain bersama Manchester United dalam saingan Champions League, bertanding untuk Piala.”

“Dia jelas sekali pemain penting England. Ada banyak kelebihan tentang dia. Dan ada banyak lagi yang akan datang pada dia.”

“Kehadiran dia sangat besar di luar sana. Saya rasa ia merupakan cabaran yang bagus untuk dia hari ini, kerana saya tidak gemar dengan barisan midfield United. Saya rasa mereka sedikit lemah, jadi kita akan lihat bagaimana dia lakukan hari ini bertemu mereka.”

Said Benrahma menjaringkan gol pendahuluan untuk skuad kendalian David Moyes, dengan rembatan beliau tertampan badan Raphael Varane untuk bantu West Ham mendahului permainan.

Cristiano Ronaldo kemudiannya menyamakan kedudukan lima minit selepas United ketinggalan menerusi satu gol yang cantik hasil gandingan beliau bersama Bruno Fernandes.

United kemudiannya berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 menerusi pemain yang mereka pinjamkan kepada West Ham musim lalu, Jesse Lingard.

Berlaku drama menarik di penghujung aksi permainan selepas West Ham dihadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan Luke Shaw.

West Ham kemudiannya memasukkan Mark Noble untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun pemain veteran The Hammers itu gagal melakukannya.

Wisel penamat dibunyikan dengan United berjaya menewaskan West Ham 2-1 seterusnya mengukuhkan rekod bersih tanpa kalah mereka dalam lima perlawanan awal liga musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  [Video] Aksi GK Playmaker Dari Onana, Rekod Buruk Man United Dan Transisi Bertahan Yang Barai