Roy Keane Puji Sikap Profesional Lingard Walaupun Beku Di Bangku Simpanan Manchester United

Bekas pemain tengah Manchester United, Roy Keane telah memuji sikap profesional yang telah ditunjukkan oleh Jesse Lingard sepanjang beliau disejuk bekukan di bangku simpanan Manchester United.

Pujian dari Roy Keane yang jarang memuji dan hanya tahu memberontak dan marah-marah ini hadir selepas menyaksikan aksi yang padu Jesse Lingard bersama West Ham United.

Selepas menyertai West Ham United sebagai pemain pinjaman, Jesse Lingard tidak perlu menunggu lama untuk mempamerkan aksi yang jauh lebih baik berbanding ketika bersama Setan Merah.

Selama dua minggu berturut-turut Lingard menunjukkan aksi sangat cemerlang untuk West Ham United dan membantu pasukan David Moyes kembali ke tempat empat teratas.

Kekaguman Roy Keane jelas kelihatan apabila beliau memuji Lingard yang menjaga fizikalnya dengan baik walaupun sudah lama tidak beraksi.

Roy Keane menganggap situasi ini terjadi kerana sikap yang sangat profesional yang ditunjukkan oleh Lingard sepanjang tidak dapat peluang bermain.

“Pujian yang aku berikan kepada Lingard adalah bagaimana beliau kembali menyerlah di West Ham United yang sudah lama tidak beraksi untuk Manchester United sejak berbulan-bulan lalu.”

“Jadi jelas, Lingard menjaga fizikalnya dengan sangat baik, tanda-tanda pemain profesional. Lingard melalui waktu sukar di Manchester United yang mungkin akan membuatkan beliau buta kayu.”

“Lingard sentiasa menjadi budak yang berbakat. Beliau nampak fokus, lapar dan berbakat. Sangat hebat dapat menyaksikannya.”

Jesse Lingard boleh menjadi contoh terbaik pemain berbakat yang disisihkan oleh pasukan dan apabila dipinjamkan ke pasukan lain supaya bakat tidak dibazirkan kembali menyerlah.

Ramai pemain yang terus hilang dalam radar selepas disisihkan kerana kemerosotan prestasi atau kecederaan namun tidak bagi Lingard.

Ternyata Lingard serius berlatih dan menjaga pemakanan serta rutin harian ketika tidak diturunkan oleh Ole Gunnars Solskjaer, segalanya seperti biasa buat Lingard kecuali tanpa perlawanan kompetitif.

Dua jaringan pendahuluan daripada Jesse Lingard telah membantu West Ham United menewaskan Leicester City 3-2 sekaligus membantu Setan Merah mengukuhkan cengkaman di tangga kedua.

Gol pertama Lingard hadir pada minit ke-29 selepas menyempurnakan hantaran Vladimir Coufal dengan satu teknik yang agak ajaib juga untuk difikirkan akal yang waras.

Jesse Lingard telah melencongkan bola ketika pemain Leicester City cuba membuat hadangan dan menyaksikan Kasper Schmeichel tercengang melihat bola masuk.

Sebelum tamat separuh masa kedua Lingard menggandakan kedudukan dengan satu gol tolakan mudah selepas Kasper Schmeichel keluar untuk menghalang Jarrod Bowen.

Selepas 9 perlawanan bersama West Ham United sejak 3 Februari lalu, Lingard telah menjaringkan 8 gol dan mencipta 3 bantuan gol. Lingard gembira, David Moyes senyum.

Lingard kini berada ditangga ke-20 mengatasi pemain yang lebih hebat serta popular dan telah beraksi hampir penuh musim:

  • Sadio Manè (7)
  • Richarlison (6)
  • Jack Grealish (6)
  • Phil Foden (6)
  • Mason Mount (6)
  • Roberto Firmino (6)
  • James Rodriguez (6)
  • Timo Werner (5)
  • Kevin De Bruyne (5)
BACA:  Sukar Menang Bersama Arsenal, Keane Harap Saka Gembira England Menang